Advertisement

Bergaya dengan anting-anting mutiara

Bergaya dengan anting-anting mutiara

17 Ogos – Berkilau bak kerlipan bintang-bintang di angkasa apabila digayakan mampu menyerlahkan penampilan glamor dan eksklusif kepada si pemakainya.

Anting-anting mutiara telah kembali dalam agenda fesyen musim panas ini. Selain daripada pelbagai warna dan gred, terdapat juga pelbagai corak yang menawan.

Penggunaan warna dan corak yang betul memainkan peranan penting dalam melengkapkan gaya peribadi diri anda.

Peti besi aksesori anda pasti tidak sempurna jika tidak menemui sepasang anting-anting mutiara klasik yang mampu menghiasi busana yang digayakan.

Anting-anting mutiara klasik selalunya menjadi pilihan utama bakal pengantin dan setiap individu untuk tampil lebih sempurna.

Mutiara adalah simbol yang melambangkan kemewahan dan merupakan budaya bagi si pemakai untuk tampak mewah. Ia juga boleh dipadankan dengan cincin, gelang, dan rantai untuk melengkapkan gaya si pemakai.

Hasil kombinasi kemodenan dengan kesederhanaan klasik menonjolkan keistimewaan anting-anting mutiara dimana si pemakai dilihat menakjubkan dengan pelbagai rona warna yang ditawarkan.

Diantaranya warna putih klasik dan warna hitam berlian dimana ianya sesuai untuk musim sejuk.

Reka bentuk yang hebat, cantik elegan dan mudah menyerlahkan personaliti berani si pemakai dalam setiap penggayaan fesyen yang dipersembahkan.