[BERITA] AKTIVITI KESUKARELAWAN SATU GAYA HIDUP BAHARU RAKYAT M'SIA

  • Karpal Singh left his mark on Malaysian law, say legal experts
    Karpal Singh left his mark on Malaysian law, say legal experts

    In a legal career spanning almost half a century, the late Karpal Singh contributed immensely to the development of Malaysian criminal and civil law with nearly 600 citations in the Malaysian Law Journal, say fellow legal minds. They told The Malaysian Insider that the prominent legal eagle, who died in a road accident yesterday, could do this... …

  • Karpal in memoriam at Reformasi 2.0 gathering
    Karpal in memoriam at Reformasi 2.0 gathering

    A Reformasi 2.0 gathering in Penang last night became a memorial service to the late Karpal Singh as speakers paid tribute to the late DAP chairman. Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim said Karpal was worried about his five-year jail sodomy verdict appeal case. Anwar, who is PKR's de facto leader, said the late veteran DAP... …

  • Police seize drugs worth RM18m, Singaporean among suspects nabbed
    Police seize drugs worth RM18m, Singaporean among suspects nabbed

    KUALA LUMPUR, April 18 — A drug dealer came up with a creative idea of hiding syabu in packets of monosodium glutamate and salt and was rewarded by his boss with a Lexus car and RM20,000. ... …

  • The life and times of Karpal Singh: A fighter to the very end
    The life and times of Karpal Singh: A fighter to the very end

    KUALA LUMPUR, April 18 — Karpal Singh, the veteran opposition politician, died in a car crash early this morning on the way to a court hearing in Penang, forever defining the DAP chairman as a... …

  • Oil slick is not from missing flight MH370, says search team
    Oil slick is not from missing flight MH370, says search team

    An oil slick sighted during the sea search for missing Malaysia Airlines flight MH370 did not come from the plane, officials said yesterday, dashing hopes of finding a definitive answer to the fate of the jet. "Preliminary analysis of the sample collected by ADV Ocean Shield has confirmed that it is not aircraft engine oil or hydraulic fluid,"... …

  • 10 things about: Karpal Singh, The Tiger of Jelutong
    10 things about: Karpal Singh, The Tiger of Jelutong

    KUALA LUMPUR, April 18 — For many  who had the pleasure of meeting him, the late Karpal Singh was an approachable statesman and lawyer who had a time for everyone who sought his counsel. The man... …

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Seiring wawasan menjadi negara

berpendapatan tinggi menjelang 2020, Malaysia juga berhasrat menjadi hab

dan negara contoh dalam kerja sukarelawan, seperti di negara maju, dan mahu

rakyat negara ini menjadikan aktiviti itu gaya hidup hidup baharu.

Bagi merealisasikan aspirasi itu, kerajaan melancarkan program 1Malaysia For

Youth (1M4U) pada Julai lepas yang berteraskan gagasan 1Malaysia, bertujuan

mendidik masyarakat, khususnya generasi muda untuk mencintai kerja kesukarelawan

serta melengkapkan mereka dengan nilai-nilai murni, jati diri dan kemahiran

insaniah yang tinggi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi iM4U,

berkata kerajaan melancarkan iM4U sebagai wadah untuk menggalakkan serta memacu

aktiviti berbentuk kesukarelawan dalam kalangan belia Malaysia.

Pengarah iM4U Abdul Kahar Abdullah berkata sejak pelancarannya, lebih 50

Outreach Centre (pusat capaian) ditubuhkan di institusi pengajian tinggi dan

mendapat sambutan menggalakkan daripada mahasiswa dan belia.

"Kita tidak dapat menganggarkan bilangan individu yang berdaftar. Namun

berdasarkan jumlah ''like'' di laman sosial Facebook iM4U lebih 30,000 orang telah

''like'' dan ini merupakan satu reaksi positif daripada golongan belia," katanya

kepada Bernama.

-- LAGI

iM4U-SUKARELAWAN 2 KUALA LUMPUR

Menurut Data Banci 2010, kumpulan belia berusia antara 15 dan 40 tahun

meliputi 41 peratus daripada 27.5 juta rakyat Malaysia, atau 11.3 juta.

Kira-kira tiga juta belia berdaftar dengan pelbagai persatuan seperti persatuan

sukan, perkhidmatan, rekreasi, kebajikan dan alam sekitar.

Mengulas lanjut, Abdul Kahar berkata program iM4u turut menyediakan dana

untuk membiayai aktiviti kesukarelawan, dan sehingga kini 142 permohonan

diluluskan dengan pembiayaan sebanyak RM401,300.

Semasa pelancaran iM4U Najib mengumumkan geran RM100 juta bagi Dana

Sukarelawan 1Malaysia.

Sempena Tahun Kesukarelawan Nasional tahun ini, Abdul Kahar berkata iM4U

akan menganjurkan Konvensyen Sukarelawan Nasional 2013 pada Februari, bagi

membincangkan pandangan serta kaedah memperkasa aktiviti kesukarelawan ke arah

negara Malaysia yang lebih maju dan progresif.

Sementara itu, Presiden Majlis Belia Malaysia Mohamed Maliki Mohamed Rapiee

berkata amalan budaya kesukarelawan dapat mendidik golongan belia menjadi

warganegara bertanggungjawab, mempamer bakat dan keupayaan serta prihatin

terhadap keperluan masyarakat, tanpa mengharap imbuhan tertentu.

-- LAGI

iM4U-SUKARELAWAN 3 KUALA LUMPUR

Dalam konteks ini, negara secara tidak langsung dapat menjimatkan kos

perbelanjaan membiayai sukarelawan dalam program dan aktiviti yang

memerlukan mereka, katanya.

Mohamed Maliki berkata budaya kesukarelawan di Malaysia masih pada peringkat

sederhana kerana lebih banyak yang berstatus pengikut berbanding menjadi

pemimpin dan penggerak kepada aktiviti itu.

"Kita akan menjalankan gerakan ke arah profesionalisme kesukarelawan bagi

tujuan menambah bilangan pemimpin belia profesional yang mempunyai akreditasi

profesional seperti doktor, kaunselor dan guru bahasa Inggeris untuk memenuhi

keperluan negara dan dunia," katanya.

Setiausaha Jawatankuasa Khidmat Masyarakat dan Rakan Muda, Majlis Belia

Malaysia Mohammad Rizan Hassan pula berpendapat aktiviti kesukarelawan

di negara ini mesti disemarakkan dengan menjadikannya amalan kehidupan seharian.

"Kita dalam usaha untuk mencapai status negara maju. Kejayaan sesebuah

negara tidak hanya diukur berdasarkan kemajuan dan pembangunan negara tetapi

aktiviti kesukarelawan sebagai gaya hidup. Contohnya, di Jepun aktiviti

kesukarelawan ini sudah menjadi amalan biasa kepada penduduk di sana, tanpa

mengira peringkat usia," katanya.

-- LAGI

iM4U-SUKARELAWAN 4 KUALA LUMPUR

Beliau berkata aktiviti kesukarelawan tidak semestinya memerlukan dana atau

peruntukan besar, tetapi lebih utama adalah sikap ingin membantu dengan niat

ikhlas untuk berbakti kepada golongan yang memerlukan.

"Sukarelawan sejati tidak akan mengharapkan apa-apa imbuhan atau balasan.

Kita tidak mahu dikatakan bila ada dana baru boleh buat program sukarelawan,

kalau tidak ada dana tidak boleh buat. Di Jepun mereka tidak lokek mengeluarkan

wang untuk membeli plastik sampah bagi mengasingkan sampah-sampah... ia telah

menjadi budaya mereka," katanya.

Mohammad Rizan yang juga penerima Anugerah Perdana Belia Negara 2011 dan

Tokoh Belia ASEAN 2011, berkata aktiviti kesukarelawan bukan hanya tertumpu

kepada masalah komuniti sahaja, tetapi melibatkan segala aspek kehidupan seperti

bidang pendidikan, agama dan penjagaan alam sekitar.

Menyifatkan program iM4U merupakan satu pentas terbaik bagi generasi muda

menonjolkan minat dalam aktiviti kesukarelawan dan memberi impak positif

melahirkan generasi muda yang berjiwa murni dan penyayang, beliau berkata

Malaysia perlu melahirkan lebih ramai ikon sukarelawan yang berjaya mencetuskan

idea unik dan luar biasa untuk menarik lebih ramai golongan muda menyertai

aktiviti kesukarelawan.

Bagi Presiden Majlis Belia India Malaysia (MIYC) Reghu Devan Lopez, program

iM4U mampu menarik minat golongan belia untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan.

-- LAGI

iM4U-SUKARELAWAN 5 (AKHIR) KUALA LUMPUR

"Saya harap 1M4U ini bukan hanya sekadar slogan namun lebih daripada itu ia

perlu memberi penumpuan dan fokus kepada peringkat akar umbi seperti di kampung,

estet melalui aktiviti berterusan yang dirancang," katanya.

Presiden Kesatuan Guru Sarawak William Ghani Bina berkata semangat

kesukarelawan dipupuk dalam kalangan pelajar sekolah terutama dalam mata

pelajaran sivik.

"Bagi meningkatkan aktiviti kesukarelaan di kalangan pelajar sekolah, kita

menggalakkan penyertaan guru dan ibu bapa untuk sama-sama turun padang bagi

setiap aktiviti yang kita jalankan. Aktiviti yang dijalankan bersama secara

tidak langsung akan menimbulkan kesedaran dan semangat kesukarelawan di kalangan

pelajar sekaligus menjadi sebuah pengalaman berharga buat mereka," katanya.

Bagi sukarelawan iM4U, Mohamad Syafiq Abdul Rahman, 23, berkata kerajaan

hari ini mengiktiraf peranan belia untuk mencorakkan Malaysia ke arah yang lebih

dinamik dan cemerlang.

"Selain mendapat kawan baru berlainan bangsa, kami (golongan belia) juga

berkongsi idea, ilmu dan kemahiran yang tidak mungkin dapat diperoleh di

universiti atau kolej," kata penuntut tahun akhir Universiti Tenaga Nasional

itu.

Pandangannya dikongsi Ameer Aqif Mohd Noh, 23, yang berkata aktiviti

kesukarelawan bukan hanya membuka minda tetapi juga mendidik generasi

muda berfikir secara matang dan rasional dalam membuat keputusan.

Anak jati Sarawak Cristine Huring, 21, berkata program iM4U itu membuka

jalan dan ruang kepada generasi muda beramal dan membuat kebajikan kepada

golongan tidak berkemampuan.

-- BERNAMA

KNAZ ERKB HS NM

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • My dad was in KL to see me, says Gobind The Malaysian Insider
    My dad was in KL to see me, says Gobind

    Bukit Gelugor MP Karpal Singh, who died in an accident early this morning, was in Kuala Lumpur to visit his son Gobind Singh Deo who was ill. A distraught Gobind said he was informed of the accident at 2.15am today, and he and his wife rushed to the scene where he saw his father's mangled car and his father's body. "My brother Ramkarpal was... …

  • Langkawi BN MP pokes fun at Karpal Singh’s remains The Malaysian Insider
    Langkawi BN MP pokes fun at Karpal Singh’s remains

    As the nation mourns the passing of a great politician, BN MP Datuk Nawawi Ahmad insulted the late Karpal Singh by posting a picture of the veteran politician's blood-smeared face as he lay in his Toyota Alphard following a tragic accident this morning. Along with the Facebook picture was a newspaper cutting on Karpal being opposed to the... …

  • ‘Huge’ Hindu, Buddhist statues against Islam, ex-judge says The Malay Mail Online
    ‘Huge’ Hindu, Buddhist statues against Islam, ex-judge says

    KUALA LUMPUR, April 16 — The “huge” statues at a Hindu temple in Batu Caves and Buddhist temple in Penang are an affront to Islam as the religion forbids idolatry, a retired Court of Appeals judge... …