[BERITA] BANTUAN PERSEKOLAHAN BOLEH DIMANFAAT PELBAGAI CARA - AKTIVIS

  • Australia sees ‘regroup’ on MH370 search in a few days
    Australia sees ‘regroup’ on MH370 search in a few days

    Australia will decide in a few days whether to alter or scale back the search for missing Malaysia Airlines flight 370, but will consult all countries involved on any changes, Australia's ambassador to the United States said yesterday. Kim Beazley told CNN the search countries would "regroup and reconsider" if nothing is found in a section of... …

  • MAS plane bound for Bangalore makes emergency landing in KLIA after tyre bursts
    MAS plane bound for Bangalore makes emergency landing in KLIA after tyre bursts

    A Malaysia Airlines plane with 166 people on board was forced to make an emergency landing in Kuala Lumpur early today in another blow to its safety image after the loss of flight MH370. Flight MH192, bound for Bangalore, India, turned back to Kuala Lumpur after it was discovered that a tyre had burst on take-off, the airline said. "As... …

  • Academic: Seaweed farmers main suspects in turtle deaths
    Academic: Seaweed farmers main suspects in turtle deaths

    PETALING JAYA, April 21 — Seaweed farmers are believed to be responsible for the deaths of four green turtles found floating in the sea between Bum-Bum Island and Kulapuan Island in Semporna.... …

  • Bible, highway storm proves ‘Kajang Move’ right, its engineers say
    Bible, highway storm proves ‘Kajang Move’ right, its engineers say

    KUALA LUMPUR, April 21 — Tan Sri Khalid Ibrahim has shown he is unfit to head Selangor as seen in his recent fumble of the bible seizure and the green light given for a 14.9km elevated highway... …

  • Mosti deny accusations that R&D grant of RM1.152 billion was abused – Bernama

    The Ministry of Science, Technology and Innovation (Mosti) today denied allegations of abusing grants amounting to RM1.152 billion that was allocated for research and development (R&D). Its deputy minister Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah said the allocation for the R&D was given to researchers or applicants using a tight procedure. He said... …

  • Singaporean tourist killed, 39 injured in bus accident, the third in 8 days – Bernama

    A Singaporean tourist was killed while 39 others were injured, including two drivers, when the double-decker tour bus they were travelling in plunged into a ravine at KM70 of the Kuantan-Segamat highway near Pekan, Pahang, this afternoon.  The bus, driven by a local driver, transporting 38 Singaporean tourists from Redang Island, Terengganu to... …

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Skim Bantuan Persekolahan RM100 yang mula

diagih kepada pelajar sekolah semalam, boleh dimanfaat dalam pelbagai cara

asalkan pemberian itu memenuhi matlamat kerajaan untuk membantu rakyat.

Ini kerana menurut aktivis sosial dan ahli akademik, inisiatif kerajaan itu

merupakan bantuan sokongan bagi melancarkan proses pembelajaran pelajar dan

tidak semestinya dihadkan kepada perkara material.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Datuk Ma''mor Osman

misalnya, berpandangan pelaburan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)

adalah antara yang boleh dipertimbang ibu bapa.

"Melalui ini mereka mampu perkenal anak mereka kepada amalan menabung dan

melabur. Bagi yang mampu mereka boleh labur semua RM100, bagi yang kurang mampu

mereka boleh mula dengan RM20," katanya kepada Bernama di sini.

Menurut Ma''mor, ibu bapa juga boleh memanfaatkan pemberian itu untuk

perbelanjaan sekunder persekolahan anak-anak mereka seperti tambang bas dan

lain-lain keperluan berbangkit.

-- LAGI

BANTUAN-MANFAAT 2 (FOKUS BERITA) 2 KUALA LUMPUR

Bantuan yang diagih secara berperingkat sehingga 15 Feb itu merupakan kali

kedua dilaksana kerajaan. Di bawah skim itu yang diumum Perdana Menteri Datuk

Seri Najib Tun Razak menerusi Belanjawan 2013, sejumlah RM498 juta diperuntuk

kerajaan untuk 4.98 juta pelajar dari semua jenis sekolah di negara ini, tanpa

mengira latar belakang keluarga.

Sementara itu, mengulas pandangan peruntukan itu patut dimanfaat untuk

inisiatif kekal seperti pembinaan sekolah baharu, pensyarah Fakulti Pendidikan

dan Pembangunan Manusia, Universiti Sultan Idris Prof Dr N. S Rajendran berkata

negara perlu mempunyai kepelbagaian dalam menyalurkan inisiatif pendidikan.

"Dalam belanjawan telah ada peruntukan bagi inisiatif kekal seperti sekolah

dan sebagainya, apa yang kita perlukan sekarang ialah sistem lain untuk

menyokong inisiatif sedia ada.

"Penyaluran sokongan pendidikan secara tunai dan ''one-off'' itu pada saya

suatu sistem sokongan ''out of the box'' yang terbaik dan kita lihat membuahkan

hasil memberangsangkan pada pelaksanaan kali pertama," katanya.

Bagaimanapun, Rajendran yang juga Penyelaras Pelan Pendidikan

Sekolah-sekolah Tamil berpendapat kerajaan boleh menambah baik pemberian dengan

memastikan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah menerima jumlah lebih

besar.

-- LAGI

BANTUAN-MANFAAT (FOKUS BERITA) 3 KUALA LUMPUR

Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Ezaruddin Abd

Rahman pula berkata skim itu dilaksana kerajaan berdasarkan kemampuan kewangan

negara.

"Saya nampak kerajaan amat teliti dalam membelanjakan wang rakyat untuk

tujuan pendidikan, kerajaan memastikan skim ini mendatangkan impak yang maksimum

pada masa sama tidak mempengaruhi perbelanjaan untuk sektor lain.

"Ini berbeza daripada pembangkang yang tahu berjanji manis pendidikan

percuma, tanpa mengetahui impak janji itu kepada sistem pendidikan dan kewangan

negara. GPMS percaya pendidikan sepatutnya tidak dipolitikkan tetapi ia telah

dipolitikkan pembangkang," katanya.

Sementara itu, rata-rata ibu bapa yang ditemui berharap kerajaan dapat

mengkaji semula agihan dengan mengambil kira pendapatan keluarga.

"Saya amat bangga dengan keperihatinan kerajaan terhadap rakyatnya tanpa

mengira apa bangsa, tetapi saya harap sangat supaya kerajaan kaji semula

pengagihan duit itu antara keluarga berpendapatan rendah dengan berpendapatan

tinggi. Kalau boleh biar penerima yang berpendapatan rendah dinaikkan jumlah

pemberiannya," kata Hashim Adli.

-- LAGI

BANTUAN-MANFAAT (FOKUS BERITA) 4 (AKHIR) KUALA LUMPUR

Hashim, 52, yang bertugas dengan Risda, berkata beliau akan memanfaatkan

bantuan tersebut untuk persekolahan tiga anaknya.

Pesara kerajaan Mohamad Awang, 63, pula menyarankan agar kerajaan

mengagihkan bantuan tersebut sebelum sesi persekolahan bermula membantu ibu bapa

menyediakan kelengkapan sekolah seperti pakaian seragam.

"Kami bukannya orang senang dan terpaksa berusaha lebih untuk membeli

kelengkapan sekolah anak," katanya yang mempunyai lima anak masih bersekolah.

Menurutnya memandangkan semua persediaan sekolah telah lengkap, beliau akan

menyimpan wang bantuan berkenaan dan menggunakannya bila perlu.

Bagi Kamarudin Ali, 49, bantuan tersebut menunjukkan keprihatinan kerajaan

yang mahu berlaku adil dan saksama kepada rakyat, namun rakyat sendiri harus

bijak untuk menilai kewajarannya.

"Orang ramai tidak perlu mempersoalkan siapa yang patut dapat bantuan atau

tidak, jika mereka rasa perlu, ambil bantuan itu...jika tidak, mereka tak perlu

ambil dan bantuan itu sampai kepada mereka yang memerlukan," katanya.

-- BERNAMA

PNABM FBR AKT NM

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • In funeral procession, thousands chant ‘Karpal Singh! Karpal Singh! Karpal Singh’ (VIDEO) The Malay Mail Online
    In funeral procession, thousands chant ‘Karpal Singh! Karpal Singh! Karpal Singh’ (VIDEO)

    GEORGE TOWN, April 20 — The streets of Penang’s historical city centre roared with the voices of thousands calling out the name of their state’s beloved son — Karpal Singh.  Elbows jostled with... …

  • Raja Bomoh spouting mumbo-jumbo again The Malaysian Insider
    Raja Bomoh spouting mumbo-jumbo again

    Bomoh (shaman) Ibrahim Mat Zin (pic, third left) is in the headlines for the wrong reasons again, this time for conducting a cleansing ritual along KM306.1 of the North-South Expressway. The area has been in the spotlight since last Thursday after Bukit Gelugor MP Karpal Singh died when his Toyota Alphard was involved in a collision with a... …

  • Remains of Karpal’s aide to be flown back to India The Malaysian Insider
    Remains of Karpal’s aide to be flown back to India

    The remains of Karpal Singh’s personal aide Michael Cornelius, who died in Thursday's accident along with the Bukit Gelugor MP, will be flown back to India today, according to media reports. Prayers would be held for Michael, 39, at the Ipoh Hospital mortuary before his remains are transferred to the Kuala Lumpur International Airport, The... …