[BERITA] IKHLAS SAMPAIKAN MASALAH PENIAGA KECIL KEDAH, P.PINANG DAN S'GOR KEPADA PM

PUTRAJAYA, 18 Jan (Bernama) -- Hasil soal selidik Pertubuhan Ikatan Usahawan

Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) mendapati rata-rata peniaga dan penjaja

kecil di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah tidak berpuas hati dengan pelbagai

tindak-tanduk pentadbiran kerajaan negeri.

Presidennya Mohd Ridzuan Abdullah berkata kaji selidik itu dilaksanakan

pihaknya setahun lepas, membabitkan anggotanya di seluruh negara lebih 1.4 juta

orang.

Beliau berkata berdasarkan kaji selidik itu, antara masalah yang dihadapi

para peniaga dan penjaja kecil ialah pelbagai bentuk penindasan oleh pihak

berkuasa tempatan, kekurangan bantuan dari segi penyediaan tapak dan modal

perniagaan, pengagihan peluang perniagaan yang berat sebelah, dan banyak lagi.

Menurutnya ia berbeza dengan pelbagai langkah kerajaan persekutuan yang

menampilkan banyak inisiatif membantu para peniaga dan penjaja kecil dalam

negara seperti penyediaan skim perlindungan insurans, peluang perniagaan yang

luas dan skim pinjaman modal tanpa faedah.

Beliau yang ditemui di perkarangan premis pejabat Perdana Menteri di sini

berkata hasil kaji selidik itu dihimpunkan dalam sebuah buku setebal 791 muka

surat dan akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari

ini.

Beliau berkata ia bertujuan membekalkan Perdana Menteri dengan maklumat

berguna bagi membantu kerajaan pada pilihan raya akan datang, dan menurutnya

semua anggota pertubuhan sepakat untuk turun habis-habisan bagi membantu

kerajaan pada pilihan raya nanti.

-- BERNAMA

AZH AZH KLS

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer The Malaysian Insider
    MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer

    The partner of an American passenger aboard the missing Malaysia Airlines flight MH370 has spoken about how a Fox executive who was recently sacked by the news station had contacted her offering to raise funds on her behalf. Sarah Bajc, whose partner Philip Wood is among the 239 people on board the missing plane, told the Sydney Morning Herald... …

  • My last moments with Pa: Ramkarpal Singh The Malaysian Insider
    My last moments with Pa: Ramkarpal Singh

    A week after the tragic crash that took the lives of veteran lawyer and politician Karpal Singh and his personal aide, Michael Cornelius, his son Ramkarpal recounts the final hours with his father that fateful day. This is his story, as told to V. Anbalagan, assistant news editor. “My parents (Karpal and Gurmit) had gone to Pantai Hospital... …

  • In Disney's shadow, homeless families struggle Associated Press
    In Disney's shadow, homeless families struggle

    KISSIMMEE, Fla. (AP) — When they moved from Georgia to the theme park playground of central Florida four years ago, Anthony and Candice Johnson found work at a barbecue restaurant and a 7-Eleven. Their combined salaries nevertheless fell short of what they needed to rent an apartment, so the couple and their two children have instead been hopping among cheap motel rooms along U.S. 192. …