[BERITA] JEREBU — PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG

  • Karpal memorial service non-political event, says DAP inviting Najib, Muhyiddin
    Karpal memorial service non-political event, says DAP inviting Najib, Muhyiddin

    DAP today extended an invitation to both the prime minister and his deputy to be guests of honour at a memorial service for the late Bukit Gelugor MP Karpal Singh tomorrow to prove that the event is non-political. Gelang Patah MP and party adviser Lim Kit Siang (pic) said the invitation has been extended to Datuk Seri Najib Razak and Tan Sri... …

  • Unidentified material washed ashore near Western Australia town, possible MH370 debris
    Unidentified material washed ashore near Western Australia town, possible MH370 debris

    Police in Western Australia have attended to a report of material washed ashore 10 kilometres east of Augusta and have secured the material, the Joint Agency Coordination Centre in charge of the search for Malaysia Airlines flight MH370 in the southern Indian Ocean said in a statement. The Australian Transport Safety Bureau (ATSB) is examining... …

  • Extremists have no place in Malaysian society, says Khairy – Bernama
    Extremists have no place in Malaysian society, says Khairy – Bernama

    Malaysia's Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin (pic) has denounced political and religious extremists in Malaysia, saying they did not belong "in our society". Addressing more than 800 Malaysian university students who had come from all parts of Australia to attend the Second Malaysian Summit of Australia (Masa) in Melbourne, he... …

  • Selangor MCA reveals receipts for 'illegal water sales'

    Selangor MCA has produced a quotation and receipts from a private water-tanker operator, purportedly revealing that he had sold water to the industrial community at prices up to 23 times more than what he had paid the water concessionaire. A document distributed to the media shows that the operator had bought water on March 4 from Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd (Syabas) at RM2.07 per 1,000 litres, but was sold to industrial users at RM48.48. Selangor MCA information bureau deputy …

  • Cops will act if May 1 rally 'threatens public order'

    The police will act against the May 1 anti-GST rally if it is found to threaten public order, Kuala Lumpur Criminal Investigations Department (CID) deputy chief ACP Khairi Ahrasa said today. "So far, our actions are to ensure peace, but if there is a threat against public order, we will take action," he told a press conference at the Kuala Lumpur police headquarters. Asked whether the police have identified individuals who will be the main personalities behind the rally, like how they did for …

  • PKR forms panel to help students with yearly scholarship heartbreaks
    PKR forms panel to help students with yearly scholarship heartbreaks

    PETALING JAYA, April 23 -- Following the annual controversy over the allocation of federal scholarships, PKR today announced a special panel to help deserving secondary school leavers appeal... …

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Malaysia, Singapura dan negara anggota

Asean yang lain telah membangkitkan kebimbangan mengenai bahaya "migrasi"

jerebu saban tahun dari Indonesia ke negara-negara jiran.

Susulan pencemaran jerebu yang teruk melanda Malaysia dan Singapura

baru-baru ini, negara-negara Asean telah menggesa Indonesia untuk segera

meratifikasi Perjanjian Asean Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (ATHP),

yang ditandatangani pada Jun 2002.

Indonesia ialah satu-satunya negara anggota Asean yang tidak menandatangani

perjanjian itu yang dikuatkuasakan pada November 2003, walaupun negara itu

adalah "penyumbang terbesar" masalah jerebu merentas sempadan.

Kini, masalah yang timbul adalah sama ada tindakan undang-undang patut

diambil terhadap Indonesia, berikutan insiden jerebu baru-baru ini, krisis

pencemaran udara terburuk di rantau ini. Bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di

Muar mencanak ke paras lebih 746, dua kali ganda tahap bahaya standard.

Jerebu menyelubungi Malaysia dan Singapura akibat kebakaran hutan di pulau

Sumatera, Indonesia. Laporan menyatakan pembersihan kawasan tanah dengan cara

membakar hutan masih diamalkan di Indonesia disebalik larangan oleh kerajaan.

-- LAGI

JEREBU-UNDANG-UNDANG 2 KUALA LUMPUR

Menurut Dr Mohd Yazid Zul Kepli, Penolong Profesor Jabatan Undang-undang

Antarabangsa, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia, aspek positif mengenai isu ini ialah Indonesia telah

bersetuju mempercepatkan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Peringkat Menteri (MSC)

mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan kepada 15-17 Julai daripada 20-21

Ogos.

Bercakap kepada Bernama, beliau berkata aspek undang-undang berkaitan

perjanjian itu boleh menawarkan langkah pencegahan, namun penyelesaian

menyeluruh meliputi bidang politik, ekonomi dan sosial juga perlu.

Katanya daripada perspektif undang-undang, adalah salah untuk mengandaikan

sebuah negara itu tidak berdaya apabila negara lain enggan menandatangani

undang-undang alam sekitar antarabangsa. "Negara-negara ialah entiti berdaulat

dan pihak lain tidak boleh membuat ketetapan untuknya. Tetapi itu tidak

bermaksud perlu bertoleransi dengan tindakan yang boleh mengundang bahaya, tanpa

menyediakan undang-undang bagi pemulihan," katanya.

Menurutnya mengikut undang-undang domestik, seorang pemilik rumah yang

memulakan kebakaran secara sengaja atau tidak sengaja, bertanggungjawab bagi

sebarang kerugian atau kemusnahan yang dialami jiran-jirannya, dengan itu

doktrin serupa telah dirumuskan dalam undang-undang antarabangsa.

Beliau memberikan contoh kes pertikaian Trail Smelter 1941, melibatkan

kilang relau lebur di Kanada, apabila asap dari kilang itu tersebar merentas

sempadan dan mengakibatkan pencemaran udara di Amerika Syarikat. Dalam kes itu,

sebuah tribunal antarabangsa memutuskan Kanada bertanggungjawab terhadap

kerosakan amal sekitar dan diperintah membayar pampasan.

Menurut Yazid, ini merupakan prinsip asas undang-undang alam sekitar

antarabangsa — aktiviti dilakukan dalam sesebuah negara tidak sepatutnya

mengundang bahaya merentas sempadan.

-- LAGI

JEREBU-UNDANG-UNDANG 3 KUALA LUMPUR

Beliau selanjutnya menjelaskan walaupun boleh menghadapkan Indonesia ke

mahkamah antarabangsa dan menuntut pampasan, ia merupakan satu tugas mencabar

kerana mungkin perlu dapatkan kebenaran daripada Indonesia.

Dalam keadaan sebegini, adalah lebih baik menangani masalah itu secara baik

menerusi perbincangan dua hala dan forum serantau kerana untuk menuntut pampasan

daripada Indonesia bukanlah satu tindakan yang positif.

Menurut Yazid, jika sebuah negara gagal mematuhi Perjanjian Asean, ia boleh

dianggap telah melanggar ketetapan antarabangsa. Dalam kes ini, beliau percaya

hukuman perlu selari dengan asas perjanjian itu.

Bagaimanapun, tiada pihak boleh memaksa mana-mana negara untuk menerima

mana-mana konvensyen atau perjanjian antarabangsa; sebaik sahaja sebuah negara

secara sukarela menerima perjanjian itu, negara itu perlu mematuhi perjanjian

itu, katanya.

Perjanjian Asean Mengenai Pencemaran Udara Rentas Sempadan adalah perjanjian

serantau pertama di dunia yang mengikat daripada segi undang-undang sekumpulan

negara-negara bersempadan menangani masalah jerebu merentas sempadan akibat

kebakaran hutan dan tanah gambut.

Perjanjian itu menetapkan pihak-pihak relevan untuk bekerjasama dalam

menbangunkan dan melaksanakan langkah-langkah untuk mencegah, memantau dan

mengatasi jerebu merentas sempadan, respons segera kepada permintaan bagi

maklumat relevan dipohon sebuah negara atau negara-negara yang telah atau

mungkin terjejas oleh masalah jerebu merentas sempadan; dan mengambil langkah

daripada aspek undang-undang, pentadbiran atau lain-lain untuk memenuhi

tanggungjawab sepertimana dalam perjanjian.

-- LAGI

JEREBU-UNDANG-UNDANG 4 KUALA LUMPUR

Mengulas lanjut mengenai aspek undang-undang, penyelidik di Lembaga Ilmu

Pengetahuan Indonesia (LIPI) Jakarta, Laely Nurhidayah berkata terdapat dua

rangka kerja antarabangsa yang boleh digunakan untuk menangani pencemaran jerebu

merentas sempadan di rantau Asean iaitu undang-undang adat dan perjanjian

antarabangsa.

Rangka kerja undang-undang adat antarabangsa meliputi prinsip tanggungjawab

negara iaitu kewajipan mencegah pencemaran merentas semapdan dan kewajipan untuk

membayar pampasan, katanya dalam kertas kerja bertajuk "Pengaruh Undang-undang

Antarabangsa Berhubung Pendekatan Asean Dalam Menangani Pencemaran Jerebu

Merentas Sempadan Di Rantau Asean".

Laely yang kini melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah doktor falsafah

(PhD) Undang-Undang di Macquarie University, Australia, telah membentangkan

kertas kerja itu pada siri ke-3 Bengkel Cendekiawan Muda, National University of

Singapore (NUS)-Asian SIL (Society of International Law) pada 2012.

Beliau menghantar kertas kerja itu kepada Bernama semasa dihubungi untuk

mengulas mengenai isu jerebu.

Katanya prinsip itu, dikenali sebagai prinsip tanpa bahaya, menetapkan:

"Negara-negara perlu, mengikut Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan

prinsip undang-undang antarabangsa, hak kedaulatan untuk eksploitasi

sumber-sumber mereka sendiri mesti mengikut dasar-dasar alam sekitar dan

pembangunan mereka sendiri.

-- LAGI

JEREBU-UNDANG-UNDANG 5 KUALA LUMPUR

"Negara-negara juga mempunyai tanggungjawab untuk memastikan aktiviti di

bawah bidang kuasa atau kawalan mereka tidak menyumbang kepada kerosakan alam

sekitar negara-negara lain atau kawasan menjangkaui batasan bidang kuasa

nasional".

Di sisi undang-undang, prinsip ini diyakini efektif untuk menangani masalah

pencemaran jerebu merentas sempadan kerana mengikut prinsip berkenaan, Negara

mempunyai tanggungjawab untuk tidak menjadi punca kerosakan alam sekitar kepada

negara-negara lain dan membayar pampasan bagi kerosakan itu, katanya.

Bagaimanapun, katanya prinsip itu dikekang oleh peraturan kedaulatan Negara,

dicerminkan dalam "Cara Asean", terutamanya dalam membangunkan sistem

tanggungjawab dan liabiliti Negara di peringkat serantau, yang bukannya pilihan

berdaya maju daripada segi politik.

Laely memetik kenyataan bekas Setiausaha Agung Asean Rodolfo Severino pada

1999, yang berkata 10 negara anggota Asean tidak boleh menyaman negara anggota

yang menjadi punca pencemaran, yang bertanggungjawab bagi pencemaran merentas

sempadan kerana prinsip perkumpulan itu adalah tiada campur tangan.

Katanya Asean telah mengguna pakai prinsip tanpa bahaya undang-undang adat

antarabangsa dalam rangka kerja undang-undangnya, terutamanya sepertimana

dinyatakan dalam ketetapan Perkara 3(1) AATHP, tetapi dengan tambahan pada

perkataan iaitu “bahaya kepada kesihatan manusia di Negara-negara lain”.

-- LAGI

JEREBU-UNDANG-UNDANG 6 (AKHIR) KUALA LUMPUR

Perkara 3(1) menetapkan: “Pihak-pihak telah, mengikut Piagam Pertubuhan

Bangsa-bangsa Bersatu dan prinsip undang-undang antarabangsa, hak kedaulatan

untuk eksploitasi sumber-sumber mereka sendiri mengikut dasar-dasar alam sekitar

dan pembangunan mereka sendiri, dan tanggungjawab untuk memastikan aktiviti di

bawah bidang kuasa atau kawalan mereka tidak merosakkan alam sekitar dan

membahayakan kesihatan manusia negara-negara lain atau kawasan menjangkaui

batasan bidang kuasa nasional".

Perjanjian itu bagaimanapun tidak mengandungi sebarang peraturan mengenai

liabiliti Negara berhubung kerosakan, katanya yang memetik Perkara 27 AATHP,

bahawa sebarang pertikaian antara pihak-pihak berhubung tafsiran atau pemakaian,

atau kepatuhan kepada Perjanjian itu atau protokol selepasnya, mesti

diselesaikan secara baik menerusi rundingan.

Laely menjelaskan Asean lebih banyak bergantung kepada langkah pencegahan

dan kerjasama daripada mewujudkan regim liabiliti atau mengguna pakai wadah

undang-undang formal untuk melindungi alam sekitar dalam menyelesaikan masalah

alam sekitar bersama.

Katanya perjanjian itu juga tidak secara nyata melarang jenis aktiviti

tertentu tetapi sebaliknya hanya menggalakkan pihak-pihak mempromosikan dasar

sifar pembakaran dan ketetapan dalam Perjanjian Asean Mengenai Pencemaran Jerebu

Merentas Sempadan tidak mengandungi sebarang obligasi untuk membayar pampasan.

Berikutan Mesyuarat Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan sudah diawalkan,

diharapkan Asean akan dapat menangani dan mengkaji semula isu itu dalam semangat

kekitaan, agar tidak lagi berlaku saling "menuding jari."

-- BERNAMA

IAMS INE FR RHM

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer The Malaysian Insider
    MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer

    The partner of an American passenger aboard the missing Malaysia Airlines flight MH370 has spoken about how a Fox executive who was recently sacked by the news station had contacted her offering to raise funds on her behalf. Sarah Bajc, whose partner Philip Wood is among the 239 people on board the missing plane, told the Sydney Morning Herald... …

  • Dr Ling’s son chose wine over woman, court hears The Malaysian Insider
    Dr Ling’s son chose wine over woman, court hears

    The son of former MCA president Tun Dr Ling Liong Sik today reached an out of court settlement with his ex-girlfriend in a breach of contract suit over seven properties registered under their joint names. Ling Hee Leong and businesswoman Teh Chee Yen agreed to settle out of court after he took the stand briefly and testified that he had chosen... …

  • MB: Only 29 days of water left in Selangor Malaysiakini

    Although heavy rain led to flash floods in parts of the Klang Valley yesterday, the Selangor government has said that taps will run completely dry in 29 days if rationing is not continued. "For now, we must continue with rationing as the level at the main dam, the Sungai Selangor dam, is below the critical level and can only last 29 days if rationing is not conducted," Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim said in a statement.   "We really hope the rakyat understands this situation and supports …