[BERITA] TIGA MAUT DALAM KEMALANGAN BERASINGAN DI PAHANG SEMALAM

KUANTAN, 29 Mei (Bernama) -- Tiga termasuk seorang wanita maut dalam

kemalangan berasingan di Pahang semalam yang membabitkan dua penunggang

motosikal dan seorang pengguna kenderaan pelbagai guna (MPV).

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri Supt Mohamed Fauzi Abdul

Rahim berkata dalam nahas membabitkan MPV itu, Zuliana Zulkeply, 34, maut di

tempat kejadian di Km 197.8 Lebuhraya Pantai Timur.

Kejadian berlaku pukul 6.15 petang ketika mangsa yang bekerja di syarikat

telekomunikasi dan berasal dari Ampang, Selangor dalam perjalanan dari arah

Kuala Lumpur menuju ke Kuantan.

"Apabila tiba di tempat kejadian, kenderaan yang dinaikinya tiba-tiba hilang

kawalan lalu terbabas sebelum merempuh besi penghadang di kiri jalan," katanya

di sini hari ini.

Beliau berkata dalam satu lagi nahas yang berlaku awal pagi semalam, seorang

pelajar tingkatan empat terbunuh apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung

dengan sebuah lori di Km 138 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan dekat Temerloh.

-- LAGI

KEMALANGAN-MAUT 2 (AKHIR) KUANTAN

Muhammad Adam Mirul Azshraf Mohd Shah, 16, dari Kampung Desa Bakti, Mentakab

meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah

Temerloh, katanya.

Dalam satu lagi kemalangan, seorang pelajar kolej swasta, Syuib Badri, 21,

dari Chenor, Maran maut selepas tayar belakang motosikalnya tiba-tiba pecah

semasa menuruni satu selekoh tajam dan melanggar besi penghadang jalan di Jalan

Maran-Kampung Serekam, Maran.

Beliau berkata dalam nahas 1.15 petang itu mangsa yang disahkan mati di

lokasi kejadian dalam perjalanan dari arah Kampung Serekam menuju ke Maran.

-- BERNAMA

QA NZR NM

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer The Malaysian Insider
    MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer

    The partner of an American passenger aboard the missing Malaysia Airlines flight MH370 has spoken about how a Fox executive who was recently sacked by the news station had contacted her offering to raise funds on her behalf. Sarah Bajc, whose partner Philip Wood is among the 239 people on board the missing plane, told the Sydney Morning Herald... …

  • My last moments with Pa: Ramkarpal Singh The Malaysian Insider
    My last moments with Pa: Ramkarpal Singh

    A week after the tragic crash that took the lives of veteran lawyer and politician Karpal Singh and his personal aide, Michael Cornelius, his son Ramkarpal recounts the final hours with his father that fateful day. This is his story, as told to V. Anbalagan, assistant news editor. “My parents (Karpal and Gurmit) had gone to Pantai Hospital... …

  • In Disney's shadow, homeless families struggle Associated Press
    In Disney's shadow, homeless families struggle

    KISSIMMEE, Fla. (AP) — When they moved from Georgia to the theme park playground of central Florida four years ago, Anthony and Candice Johnson found work at a barbecue restaurant and a 7-Eleven. Their combined salaries nevertheless fell short of what they needed to rent an apartment, so the couple and their two children have instead been hopping among cheap motel rooms along U.S. 192. …