[BERITA] TINDAKAN KIBAR BENDERA 'SANG SAKA MALAYA' CABAR KEDAULATAN NEGARA - PAKAR SEJARAH

  • PR would have suffered serious losses in 2013 polls if hudud was major issue, says DAP
    PR would have suffered serious losses in 2013 polls if hudud was major issue, says DAP

    Pakatan Rakyat would have suffered devastating setbacks in Perak, Pahang, Negri Sembilan and Melacca if it had made hudud a major issue in last year’s general election, DAP advisor Lim Kit Siang said. The Gelang Patah MP (pic), who had earlier said hudud was never a vote-winner for PAS in previous elections, gave an illustration of how PR... …

  • Court acquits PKR rep, rules 10-day notice in public assembly act ‘unconstitutional’
    Court acquits PKR rep, rules 10-day notice in public assembly act ‘unconstitutional’

    The Court of Appeal today struck out the charge against Selangor's deputy speaker Nik Nazmi Nik Ahmad who was charged under the Peaceful Assembly Act for failing to give police a 10-day notice for a rally last year. A three-man bench led by judge Datuk Mohamad Ariff bin Md Yusof also ruled in a unanimous decision today that Section 9 (1) of... …

  • Assembly law cannot criminalise public gatherings, court rules
    Assembly law cannot criminalise public gatherings, court rules

    PUTRAJAYA, April 25 ― The Court of Appeal today unanimously ruled it unconstitutional to criminalise spontaneous public assemblies in breach of the 10-day notice required under the Peaceful... …

  • Albukhary International University withdraws decision to cease operations – Bernama
    Albukhary International University withdraws decision to cease operations – Bernama

    The Albukhary International University (AiU) in Alor Setar, Kedah has withdrawn its decision to cease operations. Second Education Minister Datuk Seri Idris Jusoh said the ministry was informed of the matter by the management of AiU through a letter Wednesday. "With that decision, the matter is no longer an issue," he told reporters... …

  • Jalan Bukit Bintang stretch remains closed to traffic
    Jalan Bukit Bintang stretch remains closed to traffic

    The 500m stretch of Jalan Bukit Bintang (Jalan Tun Razak-bound) between Chulan Square and Menara Worldwide will remain closed to all traffic, said Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) today. At 10.42pm last night, a sinkhole appeared at the left lane of Jalan Bukit Bintang, said MRT Corp in a statement released this morning. The... …

  • Bible ban in Pahang hotels draws flak
    Bible ban in Pahang hotels draws flak

    Islamic authorities in Pahang have overstepped their jurisdiction by banning non-Muslim religious materials in hotels in the state, say political and religious leaders. The Pahang Islamic and Malay Customs Council's (Muip) recent prohibition is the first ever such ban to be issued in the country involving hotels, and has drawn strong criticism... …

(Memasukkan perkataan ''disifatkan'' dalam intro)

KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Tindakan kumpulan tertentu mengibarkan

bendera digelar ''Sang Saka Malaya'' dan bukannya Jalur Gemilang pada malam

sambutan ulang tahun kemerdekaan negara di ibu negara, Jumaat lepas, disifatkan

sebagai mencabar kedaulatan negara, kata pakar sejarah Prof Datuk Dr Ramlah

Adam.

Ramlah yang juga Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM)

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berkata ini melibatkan soal kemerdekaan,

perjuangan yang dibuat orang terdahulu untuk memastikan negara tercinta bebas

daripada penjajahan.

"Ini soal negara, bukan soal politik, bagi saya, kumpulan tertentu itu telah

mencabar kedaulatan negara.

"Walaupun Malaysia mengamalkan sistem demokrasi, tetapi kita bercakap

mengenai negara, tidak melibatkan politik," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan kumpulan

tertentu yang mengibarkan bendera itu pada malam sambutan Hari Kemerdekaan

ke-56, di Dataran Merdeka, Jumaat lepas.

-- LAGI

BENDERA-REAKSI 2 KUALA LUMPUR

Tindakan kumpulan itu mencetuskan kemarahan seorang lelaki yang merampas

bendera berkenaan lalu menggumpalnya sambil memberitahu itu bukan bendera

Malaysia dan insiden itu mula dimuat turun di laman sosial.

Ramlah turut mempersoalkan matlamat kumpulan itu yang mengibarkan bendera

digelar ''Sang Saka Malaya'' itu.

"Mana kiblat mereka? Adakah mereka belot kepada negara? Mereka mendaulatkan

sesuatu yang tidak pernah diterima pada satu masa dahulu," katanya.

''Sang Saka Malaya'' itu, merupakan bendera merah putih dengan 12 bintang

kuning disusun tiga baris empat jalur dilaporkan bendera milik sebuah persatuan

di negara ini pada era 1940-an.

Mengulas mengenai penglibatan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said, Ramlah

berkata tokoh itu sepatutnya sensitif dengan perjuangan orang terdahulu daripada

beliau (A. Samad), yang berusaha memperoleh kemerdekaan untuk negara.

-- LAGI

BENDERA-REAKSI 3 KUALA LUMPUR

Ramlah yang berasa sedih dengan penglibatan tokoh itu berkata sebagai

seorang yang matang dan tokoh yang dihormati, beliau perlu menghormati negara

yang telah berjasa kepada beliau.

"Kerajaan mengiktiraf beliau dan kerajaan itu adalah kerajaan yang memimpin

negara sekarang," katanya.

Menurut klip video itu, A. Samad dikatakan sedang mendeklamasikan sebuah

sajak dengan bendera ''Sang Saka Malaya'' berada berhampiran dengannya ketika

seorang lelaki merampas beberapa bendera itu.

Sehubungan itu, Ramlah mahu kerajaan mengambil tindakan tegas terutama yang

membabitkan soal perlanggaran kenegaraan yang menyebabkan insiden seperti itu

berleluasa.

Dalam pada itu, Ramlah mengucapkan tahniah kepada lelaki berkenaan yang

berani merampas bendera itu.

Beberapa penganalisis politik pula berpendapat pihak berkuasa seharusnya

mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba mencetuskan api kemarahan di

kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini termasuk mereka yang mengibarkan

bendera Sang Saka Malaya itu.

-- LAGI

BENDERA-REAKSI 4 KUALA LUMPUR

Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains

Malaysia Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata usaha menukar bendara negara

telah bermula sejak tahun lalu lagi dan seperti tiada kesudahannya, insiden sama

berulang semula pada malam sambutan ulang tahun kemerdekaan negara Jumaat lepas.

"Pihak berkuasa perlu lebih tegas dan berani untuk mengambil tindakan serta

menghukum pihak yang tidak bertanggungjawab itu kerana jika tidak ia seperti

kita mengiktiraf bendera Sang Saka Malaya itu," katanya.

Beliau berkata mereka yang memahami sejarah negara serta peri pentingnya

kedaulatan itu dipertahankan, tidak akan melakukan tindakan sedemikian kerana

bendera merupakan nilai dan simbol negara.

Mengenai tindakan berani lelaki dalam klip video itu, Sivamurugan berkata:

"Tindakan lelaki dalam klip video itu patut dijadikan contoh dan iktibar oleh

semua pihak kerana beliau berani bertindak walaupun seorang diri".

Nada sama turut dilontar Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi Pengajian Media

Universiti Teknologi Mara Prof Madya Dr Ismail Sualman yang berkata tindakan

berani pihak tertentu cuba mengibarkan bendera lain selain Jalur Gemilang jelas

menunjukkan kurangnya penguatkuasaan daripada pihak berkuasa.

-- LAGI

BENDERA-REAKSI 5 KUALA LUMPUR

"Apabila bendera itu dipaparkan pada malam itu....pihak berkuasa macam tak

ambil tindakan, tiada yang ambil perhatian sehingga ada pihak ambil kesempatan,"

katanya.

Beliau menegaskan usaha menukar Jalur Gemilang merupakan tindakan tidak

berakal kerana tiada mana-mana negera di dunia ini yang menukar bendera

masin-masing kerana ia simbol kedaulatan sesebuah negara.

"Pemimpin boleh bertukar dari semasa ke semasa...tapi bukan bendera. Tak ada

lagi negara di dunia ini tukar simbol kedaulatan mereka," katanya.

Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) Amir Amsaa Alla Pitchay

berkata tindakan tegas perlu dikenakan kepada mereka yang tidak putus-putus

mempersendakan Jalur Gemilang bagi memberi pengajaran kepada yang lain.

"Mengibarkan bendera yang bukan Jalur Gemilang tidak sepatutnya

berlaku...mereka perlu menyanjung bendera kedaulatan kita bukan dengan mengambil

kesempatan ketika Merdeka dengan mengibarkan bendera lain.

-- LAGI

BENDERA-REAKSI 6 KUALA LUMPUR

"Kerajaan tidak seharusnya duduk diam lagi...satu tindakan tegas perlu

diambil kepada sesiapa sahaja yang tidak menghormati bendera kita...jangan biar

ia merebak," katanya.

Beliau turut memuji keberanian pemuda yang merampas bendera yang digelar

''Sang Saka Malaya'' itu daripada tangan individu-individu dan lantang

mempertahankan Jalur Gemilang.

Ketua Umno bahagian Cheras Datuk Syed Ali Al-Habshee berkata tindakan berani

pemuda itu membuktikan ada rakyat Malaysia yang berani mempertahankan bendera

negara walaupun sedar berhadapan dengan sebilangan kumpulan tidak

bertanggungjawab di kawasan itu.

Katanya tindakan itu adalah mesej kepada pihak tertentu supaya tidak

sewenang-wenangnnya mempermainkan bendera kebanggaan rakyat dan negara.

Beliau meminta Kementerian Dalam Negeri menjalankan siasatan dan menangkap

individu yang mengibarkan bendera "Sang Saka Malaya" itu serta melucutkan taraf

kewarganegaraan mereka.

-- LAGI

BENDERA-REAKSI 7 (AKHIR) KUALA LUMPUR

Sementara itu Setiausaha Agung Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan)

Syed Anuar Syed Mohamad meminta kerajaan mempertimbangkan supaya menarik

kembali gelaran tokoh Sasterawan Negara yang diberikan kepada A. Samad.

Katanya tindakan A. Samad itu boleh mencemarkan bidang kesusasteraan

negara termasuk hasil karyanya sendiri yang turut berunsurkan patriotisme.

"Kerajaan yang bagi tokoh Sasterawan Negara ini tetapi beliau (A.Samad Said)

tidak sudah-sudah mempertikaikan apa yang dibuat oleh kerajaan. Sepatutnya

beliau kena menjadi model yang perlu diikuti, ini tidak," katanya.

Tindakan mengibarkan ''Sang Saka Malaya'' pernah berlaku semasa ambang Merdeka

di ibu negara tahun lepas.

Ekoran itu, lebih 400 laporan polis dibuat berhubung insiden tahun lepas itu

dan beberapa orang disiasat mengikut Akta Hasutan tetapi tiada seorang pun

didakwa setakat ini.

-- BERNAMA

NJ SS3 NNA KNAA NHAL2 SSR JM ROS

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer The Malaysian Insider
    MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer

    The partner of an American passenger aboard the missing Malaysia Airlines flight MH370 has spoken about how a Fox executive who was recently sacked by the news station had contacted her offering to raise funds on her behalf. Sarah Bajc, whose partner Philip Wood is among the 239 people on board the missing plane, told the Sydney Morning Herald... …

  • My last moments with Pa: Ramkarpal Singh The Malaysian Insider
    My last moments with Pa: Ramkarpal Singh

    A week after the tragic crash that took the lives of veteran lawyer and politician Karpal Singh and his personal aide, Michael Cornelius, his son Ramkarpal recounts the final hours with his father that fateful day. This is his story, as told to V. Anbalagan, assistant news editor. “My parents (Karpal and Gurmit) had gone to Pantai Hospital... …

  • In Disney's shadow, homeless families struggle Associated Press
    In Disney's shadow, homeless families struggle

    KISSIMMEE, Fla. (AP) — When they moved from Georgia to the theme park playground of central Florida four years ago, Anthony and Candice Johnson found work at a barbecue restaurant and a 7-Eleven. Their combined salaries nevertheless fell short of what they needed to rent an apartment, so the couple and their two children have instead been hopping among cheap motel rooms along U.S. 192. …