Advertisement

10 Fungsi Samsung Galaxy Note 3 yang Anda Mungkin Masih Tak Tahu

Ramai di kalangan pengguna di Malaysia mula menggunakan Samsung Galaxy Note 3 yang kini semakin popular namun ada yang masih tidak tahu tentang beberapa fungsi atau keupayaan yang 'underdog' dalam telefon ini.

1. Gunakan Note Hanya dengan Satu Tangan

Apabila anda memegang skrin 5.7 inci, pastinya sukar untuk menggunakan telefon dengan hanya menggunakan satu tangan melainkan tangan anda tangan seorang yang gergasi. Apa yang boleh anda lakukan ialah dengan pergi ke Settings > Controls dan lihat menu One-handed. Tukarkan ke operasi satu tangan bagi memastikan anda boleh menaip dengan selesa.

2. Menutup tetingkap S Pen yang keluar

Apabila anda mengeluarkan S Pen, akan keluar tetingkap aplikasi S Pen dengan pelbagai pilihan menu yang menjengkelkan. Bagi mengelakkan ia berlaku lagi, sila ke Settings > Controls > S Pen, dan pilih Pen sebelum menekan “none”.

3, Sentuh skrin walaupun dengan memakai sarung tangan

Skrin sentuh kapasitif seperti dalam Note 3 tidak membolehkan pengguna menyentuhnya secara langsung sekiranya anda memakai sarung tangan atau tangan dalam keadaan basah. Apa yang boleh dilakukan ialah dengan Settings > Controls dan cari di ruangan bawah dengan pilihan 'Increase touch sensitivity”.

4. Menggunakan lebih dari satu aplikasi pada masa yang sama

Skrin Note sangat sesuai untuk berbilang tugas yang bermakna anda boleh mengoperasikan dua aplikasi pada masa yang sama. Apa yang perlu dilakukan ialah pergi ke Settings > Device, kemudian aktifkan Multi window. Anda akan perasan tab pertama akan keluar di bahagian kiri skrin. Sentuh apps terbabit dan anda akan lihat aplikasi yang menyokong fungsi ini.

5. Elakkan kehilangan S Pen

Memandangkan S Pen sememangnya penting dalam Note ditambah pula ia betul-betul mahal jika anda terpaksa membelinya secara berasingan, elakkan ia hilang atau tertinggal setelah anda gunakannya dengan Settings > Controls > S Pen, dan pilih “S Pen Keeper”. Ia akan membolehkan Note 3 anda berbunyi jika S Pen tidak dimasukkan kembali ke tempatnya.

6. Senyapkan telefon dengan tapak tangan

Telefon berbunyi secara tiba-tiba dalam mesyuarat? Bagaimana untuk menutup audio dengan hanya tapak tangan anda menyentuh skrin? Sila ke Settings > Controls > Palm motion. Selepas ini, jika telefon anda berbunyi ketika waktu yang tidak sesuai. Sentuh skrin dengan tapak tangan dan ia akan berhenti serta- merta.

7. Membuka dua aplikasi serentak

Seperti mana yang ditekankan dalam 'point' nombor 4 tadi, anda mampu membuka dua aplikasi serentak tetapi ia akan hilang selepas kedua-duanya ditutup. Bagaimana untuk membukanya kembali dan dua aplikasi sama keluar pada tetingkap sama? Ulang cara nombor dan anda akan lihat terdapat anak panah di bahagian bawah, sentuhnya dan menu dengan dua skrin akan keluar. Sentuh lagi untuk cipta fungsi 'pair'. Selepas itu, setiap kali anda membukanya, dua aplikasi akan terbuka serentak.

8. Bebas tangan

Memandu dan menggunakan telefon? Bahaya tu! Bagaimana untuk menjadikan Note 3 anda benar-benar bebas tangan namun masih boleh menerima panggilan dan membaca teks? Sila ke Settings > Controls > Hands-free. Telefon anda juga boleh membacakan nama si pemanggil yang menghantar teks kepada anda. Atau anda boleh menjawab panggilan dengan hanya melambai ke telefon anda.

9. Menukar saiz teks dan font

Apabila telefon anda terlalu besar, ada kemungkinan saiz teksnya juga terlalu besar. Untuk menukarnya, sila ke Settings > Device > Font. Fungsi ini juga membolehkan anda menukar jenis font yang ada.

10. Note 3 sebagai alat kawalan telefon.

Kebanyakan produk Samsung mempunyai fungsi IR termasuk Note yang boleh menjadi alat kawalan jauh. Apa yang perlu dilakukan hanyalah buka aplikasi WatchON.