10 ciri iPhone untuk rakyat Malaysia

Gajet ditunggu ramai, iPhone 5 yang dikeluarkan Apple akhirnya bakal memasuki pasaran Malaysia sebagaimana diumumkan Apple yang berkata negara ini antara lebihan 50 negara yang menerima stok terakhir iPhone 5.
Serentak pengumuman itu, 3 telko iaitu Maxis, DiGi dan Celcom mula membuka tempahan namun sehingga kini tiada pelan yang dikeluarkan tetapi ia dijangka sama saja dengan pelan terdahulu.
Baiklah! Jom kita imbas 10 ciri penting iPhone 5 yang bakal digemari rakyat negara ini:
1. Skrin yang lebih besar dan terang
Skrin 4-inci baru membolehkan anda melihat banyak maklumat pada sekali gus. Dan paparan kini 18% lebih cerah daripada paparan pada iPhone 4S.

2. Kelajuan Rangkaian Lebih Hebat
IPhone 5 telah terbina dalam teknologi wayarles LTE yang menghubungkan kepada rangkaian lebih cepat. Apatah lagi pengumuman SKMM yang mengatakan lesen LTE sudah diumumkan (akan disiarkan dalam artikel berikutnya). Ini menjadikan muat turun e-mel dan melayari laman web supaya lebih cepat. Kebanyakan muka surat dan e-mel boleh diakses hampir serta-merta. Saya mendapati iPhone 5 (yang sudah diuji) mempunyai ciri 'Simpan' untuk membolehkan kita membaca muka surat pada mod offline.

3. Peningkatan Audio Terutama Pembesar Suara
iPhone 5 mempunyai tiga mikrofon di bawahnya dan teknologi menyahbunyikan latar belakang yang bising ketika kita bercakap. Saya sudah perasan peningkatan kualiti dalam panggilan ketika meletakkannya dalam mod 'loudspeaker'. Dan jika anda merancang untuk memilih menggunakan fon telinga anda, maka saya mempunyai berita baik. Apple juga memasukkan fon telinga yang baru direka. Fon telinga tersebut lebih selesa berbanding sebelum ini dan muat di telinga anda secara lebih semula jadi. Iajuga datang dengan kasing plastik.

4. Peningkatan Kamera
Terdapat kamera yang mempunyai keupayaan HDR yang lebih baik dan cepat mengambil gambar walaupun objeknya laju. Kamera sekarang menyokong gambar panorama sehingga 240 darjah.
Ia bukan baru dengan iOS6, tetapi hakikat bahawa iPhone 5 membolehkan saya untuk mengambil gambar dengan menekan butang pada skrin walaupun ia dikunci (lock) memungkin saya tidak kehilangan peluang untuk menangkap foto penting.

5. FaceTime Tanpa WiFi Saja
Anda kini boleh menggunakan FaceTime melalui sambungan selular dan tidak hanya bergantung kepada WiFi semata-mata. Ini bermakna bahawa anda tidak lagi perlu mencari hotspot WiFi sebelum anda boleh memanggil seseorang melalui FaceTime.

6. Peningkatan Aplikasi E-mel
Aplikasi e-mel telah bertambah baik dalam beberapa cara untuk membuatkan anda lebih cekap. Sebagai contoh, kini terdapat folder e-mel VIP di mana anda boleh melihat semua mesej anda yang paling penting dalam satu senarai tunggal. Ini membolehkan anda untuk membalas e-mel yang paling penting dulu sebelum anda melalui e-mel keutamaan yang lebih rendah.
7. Pilihan Ciri Panggilan
Anda kini mempunyai lebih banyak kawalan ke atas bagaimana untuk mengendalikan panggilan masuk. Anda boleh menolak panggilan tetapi menghantar mesej teks yang telah ditetapkan kepada orang itu, atau anda boleh menambah satu peringatan untuk memanggil mereka semula kemudian.

8. Integrasi Facebook dan Twitter Lebih Mendalam
Anda boleh mengakses Facebook dan Twitter dari pelbagai aplikasi lain pada iPhone 5 anda dan kemaskini status catatan dengan hanya beberapa klik.

9. Aplikasi Passbook
Aplikasi Passbook membolehkan anda untuk menyimpan pelbagai tiket pelbagai di satu tempat. Anda boleh menyimpan pas, tiket filem, dan banyak lagi jenis tiket di dalam app Passbook anda dan mendapatkannya semula kemudian. Kod bar untuk tiket ini boleh diimbas. Malah, Passbook juga dicipta berdasarkan masa dan lokasi juga. Bermakna tiket kapal terbang anda akan muncul di skrin serta merta sekiranya anda baru menjejakkan kaki lapangan terbang.
10. Peningkatan Siri (Pembantu Maya anda)
Siri kini memahami lebih banyak soalan berbanding sebelum ini. Dia boleh membantu anda dengan mencari restoran yang baik, menghantar e-mel kepada seseorang, menambah peringatan kalendar, dan banyak lagi. Semoga Siri bertambah baik dan memahami sesuatu perkara mengenai negara ini.