Advertisement

10 Ciri Menarik BlackBerry 10

Semalam adalah pengumuman bersejarah kepada Research In Motion (RIM) yang bukan saja menentukan hala tuju syarikat itu malah pada masa menawarkan kemudahan kepada pengguna baru mahupun pengguna tegarnya apabila mereka secara rasminya mengeluarkan BlackBerry 10, penjenamaan semula yang tentulah menggembirakan!

Blackberry bijak mengenalpasti permintaan pengguna namun ia mungkin mengambil masa menukar mentaliti terutama kepada penduduk Malaysia yang mula merubah peranti mereka lebih kepada Android.

Terdapat 10 fakta tentang BlackBerry 10 yang mungkin perlu dikongsi bersama:

1. Satu ciri baru yang dipanggil Balance mampu membahagikan 'telefon' BlackBerry kepada dua 'peranti' yang berasingan, satu untuk bekerja dan satu lagi untuk kegunaan peribadi. (Balance hanya untuk pelanggan yang melanggan disambungkan kepada BlackBerry Enterprise Service 10). Profil yang dibahagikan kepad dua akan memelihara maklumat sensitif syarikat dan bahagian IT boleh mengawalnya daripada bocor secara tidak sengaja. Aplikasi peribadi, e-mel dan gambar ditempat di ruang 'Personal', jadi anda boleh melompat dari satu profil ke profil yang lain. Ia adalah satu cara untuk menguruskan kedua-dua kerja dalam hidup anda tanpa mengorbankan privasi atau keselamatan.

2. Dilancarkan di Malaysia pada 20 Februari 2013. Jemputan medianya sudah diedarkan jadi secara rasmi ia akan dipasarkan pada tarikh tersebut.

3. Dua telefon untuk BlackBerry 10 iaitu Z10 dan Q10 sudah sedia menemui anda dengan ciri skrin sentuh dan papan kekunci yang bakal memberi nafas baru. Butang kekunci barunya juga nampak lebih baik berbanding model seperti Bold 9900 sebelum ini.

4. RIM kini bukan lagi RIM. Namanya akan dtukar terus menjadi BlackBerry bagi mengelakkan kekeliruan sekaligus menghasilkan jenama yang terngiang-ngiang di kepala pengguna. Kalau sebelum ini anda mungkin akan membaca ayat seperti 'RIM yang mengeluarkan Blackberry akan memperkenalkan' tetapi kini ia hanya terus kepada 'Blackberry akan memperkenalkan...'.

5. Terdapat fungsi Story Maker. Tujuannya menghasilkan ciri interaktif sebagai salah satu aplikasi tambahan yang memungkinkan pengguna mencipta sendiri kandungan interaktif mereka dengan lebih mudah.

6. Remember. Ingatlah ya! Ciri ini menyenangkan anda untuk menguruskan dokumen dalam bentuk nota di mana terdapat dua lagi fungsi di bawahnya iaitu BlackBerry Hub dan BlackBerry Flow.

7. Edit Foto. Aplikasi baru yang siap dibina jadi anda tidak risau kerana tidak mempunyai aplikasi Instagram seperti yang disaksikan pada gajet iOS atau Android. Tiba masa untuk menghilangkan rasa gelisah sedikit kepada rakyat Malaysia yang suka merakam gambar.

8. Berpuluh ribu aplikasi. BlackBerry menjanjikan 70,000 aplikasi yang sudah siap pada BlackBerry 10 dan angka tersebut dikatakan semakin meningkat apatah lagi apabila ia sampai 20 Februari nanti.

9. Panggilan Video. BlackBerry Messenger kini tidak lagi bosan seperti aplikasi mesej biasa lain. Kali ini, bukan saja ikon emo yang anda boleh dapat tetapi lebih mengagumkan fungsi panggilan video terus di dalamnya yang dinamakan BBM Video.

10. Penyanyi terkenal, Alicia Keys bukan menjadi duta produk itu tetapi dilantik Pengarah Kreatif Global untuk penjenamaan syarikat. Mungkin supaya lebih 'cool'. Ia bukan perkara baru apabila penyanyi wanita sebelum ini pernah bekerjasama dengan Reebok untuk mereka dan menaikkan jenama kasut sukan Reebok Classic Freestyle Hi AK dan Reebok Classic Nylon Slim AK.