4 juta tempah iPhone 6 dalam masa 24jam

Apple mencatatkan rekod baru dalam sejarah syarikat tersebut apabila berjaya memperoleh 4 juta tempahan iPhone 6 dan 6 plus dalam tempoh 24 jam.

Permintaan untuk kedua-dua iPhone baru ini melebihi jumlah stok yang dikeluarkan Apple. Telefon tersebut akan mula berada dipasarkan bermula Jumaat ini kepada pembeli yang telah membuat pra-tempahan.

Negara paling dekat dengan Malaysia untuk mendapatkan iPhone baru ini ialah Singapura yang memperolehnya Jumaat ini juga.

"iPhone 6 dan iPhone 6 Plus adalah yang terbaik dari pelbagai aspek," kata CEO sekarang, Tim Cook.

Antara negara-negara pertama yang akan mendapat iPhone 6 dan iPhone 6 Plus adalah US, Australia, Canada, France, Germany, Hong Kong, Japan, Puerto Rico, Singapore dan UK pada Jumaat ini. Manakala bagi 26 September, ia tarikh kedua bagi negara-negara seperti Austria, Belgium, Denmark, Finland, Ireland, Isle of Man, Italy, Liechtenstein, Luxembourg, Netherlands, New Zealand, Norway, Portugal, Qatar, Russia, Saudi Arabia, Spain, Sweden, Switzerland, Taiwan, Turkey dan United Arab Emirates.

iPhone 6 dan iPhone 6 Plus baru bersaiz 4.7-inci and 5.5-inci Retina HD yang turut dilengkapi cip prosesor A8 64-bit yang berkuasa tinggi untuk ciri-ciri Apple iSight, kamera FaceTime; teknologi wayarles ultrafast ; dan Apple Pay.

IPhone baru ini juga sedia dengan iOS8 yang mempunyai pelbagai ciri-ciri baru yang ‘awesome’.