5 Cara Ubah ROM untuk Rooting Peranti Android

Pertama sekali, perlu diingatkan rooting akan menyebabkan waranti peranti Android menjadi tidak sah dan mempunyai risiko sendiri seperti peranti mengalami situasi brick di mana peranti tidak berfungsi sama sekali. Oleh itu, pembaca harus sedar mengenai risiko rooting dan menanggung sendiri risiko.

Rooting sebenarnya menggunakan sistem operasi sendiri dan berbeza tetapi berasaskan Android. Peranti juga dikatakan beroperasi lebih efisien. Namun, custom ROM perlulah sesuai dengan model peranti sebelum dipasang.

Pengguna juga mempunyai kebebasan dan kelebihan mengubahsuai system operasi mengikut kesukaan pengguna. CyanogenMod antara custom ROM yang mudah untuk dipasang dan digemari ramai. Sekiranya ingin rooting buat kali pertama, CyanogenMod dicadangkan sebagai langkah pertama.

1. CyanogenMod

CyanogenMod memang terkenal dan banyak custom ROM seterusnya berasaskan Cyanogen. Selain itu, Cyanogen juga amat mudah untuk dipasang dan menyokong jumlah peranti yang tinggi berbanding dengan custom ROM yang lain. Sistem operasi juga lancar dan fungsi overclock di mana peranti berfungsi dengan lebih laju juga disertakan bersama.

2. Codefirex

Custom ROM ini mempunyai pelbagai fungsi sama seperti CyanogenMod tetapi mempunyai kelebihan dari segi kelajuan dan kelancaran sesuatu peranti. Selain itu, sistem operasi Codefirex menyokong pelbagai permainan Android dan selalunya digunakan oleh gamer.

3. AOKP

Merupakan lagi satu custom ROM yang terkenal dan menyokong pelbagai pengubahsuaian mengikut kesukaan pengguna. Dari penukaran sistem notifikasi ke warna sistem operasi, pelbagai pengubahsuaian boleh dilakukan tetapi custom ROM ini tidak menyokong semua peranti. Antara peranti yang disokong ialah Nexus, Motorola Droid, Samsung S2/S3 dan HTC One XL.

4. Xylon

Custom ROM ini hanya menyokong Google Nexus 4 tetapi mempunyai kelebihan memanjangkan masa bateri dan juga memberi kelancaran kepada peranti. Pengguna juga mudah menyesuaikan dengan custom ROM kerana ia berasaskan stock ROM atau sistem operasi sebelum diroot.

5. Carbon ROM

Terdapat beberapa persamaan dengan CyanogenMod tetapi mempunyai kelebihan untuk memgubahsuai fungsi hardware mengikut kesukaan pengguna. Fungsi seperti overclock turut disertakan bersama. Sistem operasi juga boleh diubahsuai mengikut kesukaan pengguna. Kelebihannya, sistem operasi yang lancar dan direka dengan cantik.