Advertisement

Aplikasi khas HTC ubah muka jerawat

HTC memperkenalkan aplikasi HTC EYE Experience. Antara fungsinya ialah kebolehan mengesan muka sepanjang masa semasa panggilan video seperti Skype. Sehingga 4 muka boleh dikesan jadi panggilan video akan kekal jelas memaparkan muka pemanggil. Malah ia disertakan dengan fungsi berkongsi antaramuka telefon semasa panggilan video dibuat.

image

HTC EYE Experience juga membawakan fungsi Split Capture, yang menggabungkan gambar atau video yang diambil kamera hadapan dan belakang serentak, menjadi satu. Dengan fungsi Crop-Me-In pula, ia akan memotong gambar muka anda dari kamera hadapan, dan meletakkannya pada gambar yang sedang dirakam dengan kamera belakang. Jika anda sering bermasalah menekan butang rakam ketika selfie, Voice Selfie pada EYE Experience boleh membantu menangkap gambar hanya dengan berkata Cheese, atau merakam video dengan arahan Action.

Untuk tahap lebih ekstrem, EYE Experience mempunyai fungsi Face Fusion, menggabungkan dua muka menjadi satu sambil kelihatan semulajadi. Atau pun guna sahaja Live Makeup, untuk mengubahsuai kulit muka menjadi lebih putih dan licin tanpa jerawat, secara masa nyata sebelum gambar diambil lagi.

Aplikasi EYE Experience akan boleh mula didapati pada peranti HTC selain Desire EYE seperti HTC One (M7), HTC One (M8), HTC One E8, HTC One mini, HTC One mini 2, HTC One max, HTC Desire 816, HTC Desire 820 dan HTC Butterfly 2 pada bulan hadapan.