Arsenal dan 10 Kaitannya dengan Teknologi

Nampak garang di awal musim, pasukan Arsenal nampaknya seakan hilang serangan meriam mereka namun masih berpeluang memenangi liga. Kali terakhir pasukan itu memenangi piala ialah Piala FA pada tahun 2004 dan sejak itu:

- DiGi baru saja melancarkan rangkaian Edge dengan kelajuan 150kbit/s cukup untuk menghantar SMS dan MMS. Kini 2014, telah ada rangkaian 4G dengan kelajuan 12,500kbit/s.

- Twitter baru saja dicipta dan kini mempunyai 500 juta pengguna.

- Instagram dan Whatsapp pula langsung belum wujud

- IPod Classic generasi ke4 diperkenalkan Apple

- Facebook baru saja diperkenalkan di luar Amerika Syarikat oleh Mark Zuckerberg dan kini mempunyai 1.23 pengguna aktif di seluruh dunia.

- Android masih lagi belum dibeli Google

- YouTube masih lagi belum dilancarkan (mula berada di internet pada 2005)

- Jutawan Malaysia, Ananda Krishnan baru saja berniat membeli syarikat telekomunikasi, Maxis.

- Penggunaan CD lebih popular berbanding 'thumbdrive'

- Sony Ericsson W550i masih belum dikeluarkan manakala resolusi kamera telefon juga belum mencecah 1.3 megapiksel