Advertisement

ASUS Fonepad 8 bakal dijual tak lama lagi

Model terbaru ASUS, Fonepad 8 kini dikuasakan CPU 4-teras 64-bit Intel Atom Z3530 1.3GHz dan dipadankan dengan 1GB RAM. Ia menampilkan rekaan baru yang sangat ringan dan nipis berbanding tablet 8-inci lain yang berada dalam pasaran kini.

Tambahan pula, bezelnya sangat nipis bagi mengurangkan ruang tidak berguna agar saiz kekal kecil dan mudah dipegang sebelah tangan.

Paparan 8-inci pada Fonepad 8 menggunakan teknologi IPS dengan resolusi HD 1280×800 WXGA. Lebih menarik lagi, Fonepad 8 mempunyai 2 pembesar suara stereo di hadapan, bagi bunyi yang lebih jelas dan lantang. Malah, kameranya dengan resolusi 5MP di belakang dan 2MP di hadapn, dilengkapi teknologi terkenal Asus, Pixelmaster yang boleh menangkap gambar di suasana kurang cahaya dengan lebih terang.

Seperti namanya, Fonepad 8 boleh digunakan untuk membuat panggilan. Ia mempunyai dwi-slot sim kad mikro untuk digunakan dengan 2 sim kad berbeza. Bagaimanapun kelajuan data mudahalihnya hanya sehingga 3G HSPA+ dengan kelajuan muat turun sehingga 42Mbps.

Antara yang menjadi tarikan Fonepad 8 ini, ialah reka bentuknya yang nipis dan ringan.

Ketebalannya hanya 8.9mm nipis dan berat 310 gram sahaja. Lebarnya pula hanya 12cm, antara terpendek bagi kategori tablet 8-inci, terima kasih dengan bezelnya yang sangat nipis juga.

Fonepad 8 ini mempunyai memori dalaman 8GB dan boleh ditambah dengan kad mikro-SD. Ia akan mula dijual selewatnya hujung bulan Oktober ini dengan harga RM 649 dan boleh didapati dalam 4 warna iaitu putih, hitam, merah dan emas.