Advertisement

Awesome berkelab dengan Bee Talk

Pelbagai aplikasi permesejan mungkin anda telah terokai. Kesemuanya ada ciri-ciri hebat masing-masing namun belum satu pun yang benar-benar menjadikan jaringan rakan-rakan atau berjumpa kawan baru seperti yang ada dalam Bee Talk

Dalam artikel sebelum ini, saya telah memberi sedikit penerangan berkaitan ciri-ciri yang ada dalam aplikasi permesejan, Bee Talk. Sengaja saya tinggalkan untuk ruang yang ada kali ini untuk memberi maklum lebih lanjut tentang satu lagi ciri yang menjadi nadi aplikasi tersebut iaitu Club.

Ciri tersebut boleh diakses apabila anda klik pada Look Around. Kemudian anda akan jumpa Clubs Nearby berdasarkan geo-lokasi anda. Tapi jangan lupa mengaktifkan GPS anda sebab kalau tidak berbuat demikian, ia tidak akan terpampang di muka depan.

Klik pada Clubs Nearby dan akan menjumpai pelbagai kelab-kelab yang mungkin menepati hobi atau minat anda. Misalnya ketika saya berada KLIA, dengan pantas Bee Talk akan mencadangkan kelab-kelan berhampiran untuk disertai yang berdekatan.

Saya menjumpai kelab dengan tajuk 'makan-makan', 'jalan-jalan' dan banyak lagi yang kesemuanya memang menjadi minat saya. Saya boleh terus memohon menyertai kelab tersebut. Saya boleh mengikut sehingga 6 kelab.

Keterujaan menggunakan Club terbukti apabila saya sungguh seronok memperoleh maklumat baru atau tip jalan-jalan yang mungkin tidak diketahui orang lain sebelum ini.Dengan pantas juga berupaya meluaskan jaringan rakan. Hanya dengan join Club ini, saya berkenalan dengan 20 kawan baru.

Berborak dengan 'admin' sesebuah Club juga menarik kerana kebanyakan mereka begitu aktif menghiburkan ahli kelab lain. Langsung tidak bosan berinteraksi secara maya meskipun bukanlah begitu mengenali rakan kelab lain secara peribadi.

Ahli dalam Club biasanya tidak lokek ilmu, ada saja idea atau pandangan yang dilontarkan, cuma tinggal kita saja yang boleh membalasnya.

Satu lagi perkara yang begitu menyeronokkan tentang Club ini ialah ia tidak terhad pada satu-satu lokasi saja. Apabila saya ke KLCC pula, ada saja Club baru untuk disertai. Pendek kata, setiap kali saya ke lokasi tertentu, saja akan membuka aplikasi Bee Talk untuk melihat senarai Club yang ada.

Memang macam main game apabila kita terpesona dan sentiasa memegang telefon untuk membuka aplikasi Bee Talk. Tak sedar saya sendiri macam seolah-olah 'addicted' dengan Club. Dari Club juga, ahlinya termasuk saya sudah merancang beberapa aktiviti luar yang pasti menyeronokkan ditambah rakan yang baru dikenali.

Kami di blog Daunpisang dah mencuba aplikasi ini dan ia benar-benar aplikasi baru yang berfaedah dan menyeronokkan. Mungkin tiba masa anda untuk lakukan perkara sama. Muat turun saja dengan percuma! Kalau dah cuba, sudi-sudikan berikan pandangan anda di ruang komen.