Advertisement

Bak Kata Mat Saleh ‘Better Late Than Never’

Salah satu daripada perisian yang paling popular digunakan dalam sejarah, Microsoft Office akhirnya boleh didapati untuk tablet paling berpengaruh sejak beberapa tahun kebelakangan ini, iPad.

Microsoft memperkenalkan perisian itu yang telah lama ditunggu-tunggu mengandungi Word, PowerPoint dan Excel.

ketua eksekutif baru Microsoft, Satya Nadella komited untuk mengetengahkan produk perisiannya supaya boleh diakses di mana-mana peranti pengkomputeran utama meskipun ia bermakna mereka terpaksa bekerjasama dengan pesaingnya. Microsoft juga merancang untuk mewujudkan aplikasi Office untuk tablet yang menggunakan sistem operasi Android juga.

Bagi sesetengah orang, langkah itu adalah tanda positif terutama bagi CEO Microsoft baru, tetapi ada juga berpendapat Microsoft mengambil masa terlalu lama untuk berbuat demikian. Ia ternyata menyukarkan pengguna iPad terutamanya golongan profesional perniagaan selama bertahun-tahun untuk mendapatkan perisian kerja itu.

Hanya selepas 52 hari memegang jawatan, Nadella berani bertolak ansur berbeza sungguh dengan Steve Ballmer terdahulu yang terlalu mengagungkan dengan ucapan berapi memuji Windows. Nadella bernada lebih merendah diri dan mengakui bahawa Microsoft perlu membuat aplikasi dan perkhidmatan yang boleh didapati di mana-mana gajet pelanggan mahukan.

Tim Cook, ketua eksekutif Apple dan Nadella juga terlibat dalam pertukaran mesej mesra di Twitter, dengan Cook menyambut kesediaan Office di iPad dan Nadella berkata beliau teruja untuk membawa keajaiban Office kepada pelanggan iPad.

Pengkritik berkata Microsoft menunggu terlalu lama untuk membawa Office ke iPad di mana hampir 200 juta yang mana telah dijual. Sehingga kini, pelanggan telah bergantung pada produk-produk dari syarikat-syarikat lain seperti Evernote atau Smartsheet.

Office boleh didapati pada harga dari RM180 hingga RM1,000 setahun.