Chromecast Pancar Kandungan Telefon, Tablet & Laptop ke TV

Google turut memperkenalkan cara hiburan baru dengan Chromecast iaitu peralatan kecil macam 'thumbdrive' yang disambungkan ke televisyen HD anda yang kemudiannya boleh dihubungkan ke telefon, tablet atau laptop.

Anda kemudiannya boleh memancarkan kandungan dari ketiga-tiga peralatan tadi ke TV anda secara online termasuk YouTube, Netflix, Google Play Movies (malangnya tiada di Malaysia) dan Google Play Music.

Ia juga bebas alat kawalan jauh kerana apabila Chromecast dipasang, anda boleh menggunakan telefon, tablet atau laptop untuk mengawal butang kawalan seperti main, berhenti, tinggi atau rendahkan suara dan banyak lagi. Walaupun anda sedang menikmati kandungan TV, anda masih lagi boleh melayari internet seperti biasa (boleh juga dipancarkan di skrin TV). Ia akan beroperasi pada semua platform termasuk Android, iPhone, iPad, Chrome for Mac dan Windows.

Bagi pembangun kandungan, nampaknya Google sudah sedia menawarkan SDK bagi anda meneroka peluang mencipta aplikasi kepada pengguna dan Google juga menjangkakan teknologi ini akan dimuatkan secara terus dalam peranti pada masa akan datang.

Manakala aplikasi Google Play Games membolehkan anda berhubung dengan pemain lain bagi menikmati sama game yang sedang main di mana anda boleh mempelawa rakan dan memulakan cabaran di seluruh dunia, bertanding untuk melihat siapa yang berada di kedudukan tertinggi dan berlumba sesama sendiri. Anda juga boleh menikmati koleksi buku-buku secara digital yang terbesar sehingga kini, mendengar muzik dan menonton filem, siri drama, majalah dan aplikasi dalam Google Play sendiri.

Peranti kecil Chromecast akan mula dijual pada harga USD35 di Google Play, Amazon.com dan BestBuy.com namun agak hampa kerana ia masih belum memasuki pasaran Malaysia dalam masa terdekat.