Advertisement

Dahlah murah, gempak pula tu!

Korang mahukan laptop yang murah? Dahlah murah, boleh pula diubah menjadi tablet pada masa yang sama. Semuanya ada pada gajet HP baru, HP Pavilion X2 yang datang dalam dua perkakas, tablet dengan skrin 10.1-inci beresolusi 1280×800 serta papan kekunci yang boleh dicabut. Tabletnya merupakan sistem komputer yang boleh berfungsi sepenuhnya kerana semua sambungan terletak pada tablet ini. Ia mempunyai sambungan USB3.0, mikro-USB 2.0, mikro-HDMI 1.4, audio in/out 3.5mm, serta pembaca kad memori mikro-SD.

Di dalamnya, ia dikuasakan CPU Intel Atom Z3745D dari keluarga Bay Trail-T, 4-teras berkelajuan sehingga 1.33GHz. Grafiknya dikendalikan oleh cip Intel HD generasi ke-7. Ia juga dilengkapi dengan 2GB RAM DDR3. Penggunaan CPU Intel Atom menjadikannya sangat jimat tenaga, membolehkan bateri pada tablet bertahan sehingga 11 jam lamanya untuk penggunaan berterusan.

Apa yang menjadikannya sebuah PC berkuasa penuh, adalah penggunaan OS Microsoft Windows 8.1 dengan Bing 32-bit. Ini bermakna, semua aplikasi Windows biasa boleh dipasang, berbeza dengan Windows RT pada Microsoft Surface. Selain itu, ia juga didatangkan siap dengan Microsoft Office 365 Personal dengan langganan setahun.

Apabila menjadi tablet, ia tidak memerlukan kipas untuk penyejukan dalaman. Oleh itu, ia sangat senyap. Lebih baik lagi, ia menjadikannya nipis dan ringan. Berat bagi tablet hanya 598 gram, manakala berat papan kekunci pula 330 gram. Ini menjadikan jumlah beratnya tidak sampai 1 kilogram.

Papan kekuncinya bersaiz 97% besar dari papan kekunci biasa. Selain digunakan untuk menaip, ia juga menjadi penutup belakang bagi tablet serta boleh dilipat untuk menjadi penyokong tablet, yang boleh ditegakkan dalam dua sudut. Ia datang dalam dua warna pilihan iaitu Moonstone Grey dan Tiffany Blue.

HP Pavilion X2 sudah mula dijual di Malaysia pada harga RM1199 sahaja dan boleh didapati dari kedai komputer serta pengedar sah HP.