Advertisement

Gajet Cool CES 2013

Kalau anda peminat gajet, teknologi dan masa depan, anda sepatutnya tidak akan terlepas untuk mengetahui tentang inovasi gila yang berlaku sepanjang tahun ini atau mungkin ada yang bakal dilancarkan 5 tahun akan datang. Semuanya hanya disaksikan melalui Pameran Elektronik Pengguna atau dikenali CES yang sudah dianjurkan berpuluh-puluh tahun bertempat di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Kalau anda mahu lihat apakah teknologi yang bakal dilancarkan tahun ini, CES adalah tempatnya. Tahun 2013 juga tidak ketinggalan dengan gajet-gajet menarik yang antaranya mungkin anda tidak terbayang malah ada di kalangan gajet itu juga tidak akan dipasarkan di Malaysia.

  1. Gigabyte S1185

Syarikat ini kurang popular tetapi ia sebenarnya syarikat pembuat 'motherboard' popular yang turut mengeluarkan banyak aksesori komputer menarik. Kali ini di CES, mereka mencipta tablet berasaskan Windows 8 yang dikatakan langsung tidak akan mendatangkan masalah kepada penggunanya. Model S1185 ini pastinya sangat mengujakan dengan paparan 1080p bersaiz 11.6 inci ditambah pula dengan kuasa prosesor Ivy Bridge. Navigasi tablet ini berdasarkan optikal dan magnetik bermakna syarikat itu mengatakan ia lebih peka.

2. PowerKey GeoPalz

Gajet ini mungkin tidak dipasarkan di Malaysia tetapi minta-mintalah suatu hari nanti ia menjadi kenyataan kerana fungsinya sangat bagus, PowerKey yang dicipta GeoPalz adalah gajet kecil comel yang disasarkan kepada ibu bapa yang mahu memantau di mana lokasi anak mereka berada. Pada masa sama juga, gajet ini bertindak sebagai pengesan aktiviti seharian termasuk melihat jumlah langkah jalan kaki serta mengumpul maklumat kesihatan dalam mesinnya serta menunjukkan jumlah pedometer terus ke aplikasi menerusi iPhone. Ia dijual pada harga RM100 ke RM150 di Amerika Syarikat.

3. Dell Inspiron R

Dell tidak pernah mengecewakan sepanjang CES, mereka sentiasa mempunyai gajet baru yang menarik termasuklah model-model di bawah keluarga Inspiron R yang nipis dan mempunyai tiga saiz iaitu 14, 15 dan 17 inci. Kuasa tingginya memang boleh membuatkan mata terbeliak, prosesor Core i7, RAM 8GB, Intel Wireless Display dan grafik 2GB NVIDIA GeForce GT640M atau 2GB AMD Radeon HD 8730M) pastinya spesifikasi yang bertenaga.

4. Kensington

Mengikut syarikat ini, telefon bimbit akan hilang pada setiap 3.5 saat (bukan statistik Amerika Syarikat tetapi seluruh dunia juga secara umum). Oleh sebab itu, Kensington mencipta peralatan kecil, sangat kecil dimuatkan dalam poket untuk iPhone 5 atau 4S. Ia akan berbunyi apabila telefon anda berada jauh dari anda menggunakan sambungan bluetooth. Oh ya, bukan setakat telefon, anda boleh tetapkan 4 gajet lain supaya ia tidak hilang dari pandangan asalkan ia mempunyai sambungan bluetooth.

4. Razer Edge

CEO syarikat Razer yang popular dengan aksesori game selalu mengimpikan PC game mudah alih yang mudah dibawa. Sebab itu, beliau secara senyap mencipta projek dinamakan Projek Fiona untuk merealisasikan impian itu. Hasilnya, Razer Edge yang nampak macam PC game bergerak. Ia skrin bersaiz 10.1 inci dengan paparan 1,366 x 768 piksel dicampur pula dengan GPU NVIDIA GT640M LE, 4 hingga 8GB DDR3 untuk RAM, USB 3.0 and SSD berjumlah a 64, 128 atau 256GB. Harganya paling pun lingkungan RM5,000. Kalau anda mahu tahu, ia bukan tablet tetapi komputer – yang kompak dan aksesorinya boleh ditanggalkan termasuk konsol, alat kawalan dan sebagaiya.

5. Fujifilm XP60

Anda pastinya sukakan kamera yang kalis segala-galanya bukan? Saya pasti ada model baru di pasaran dan ia turut dipamerkan di CES iaitu Fujifilm XP60 dengan kamera kompak beresolusi 16 megapiksel, lensa 28-140mm dengan zoom hingga 5x serta mod rakaman 10fps. Rakaman video HD pula melangkau 60fps pada 1080i. Kalis air sedalam 20 kaki, kalis hentakan pada kejatuhan 5 kaki, kalis beku sehingga -14. Bukankah ia nampak menarik?

6. ZTE Grand S

Jarang untuk kita mengharapkan sesuatu yang bagus dari produk buatan China tetapi telefon Grand S oleh ZTE nampak lain dari yang lain. Saiznya 5 inci dengan paparan 1080p pada CPU quad core 1.7GHz Snapdragon S4 Pro CPU, kamera 13 megapiksel, RAM 2GB dan berada pada operasi OS Android Jelly Bean 4.1. Tetapi, semua ciri itu mampu dimuatkan dalam telefon bersaiz senipis 6.9mm! Wow!

7. Toshiba

Toshiba dan jam? Nampak mustahil tetapi ia telah menjadi kenyataan. Sebenarnya dari dulu pun Toshiba sudah menghasilkan sesuatu yang lain daripada desktop atau laptop mahupun tablet. Kali ini, mereka tampil di CES dengan jam tangan pintar pengesan ECG yang mengesan nadi. Ia juga boleh mengakses e-mel dan jadual anda terus ke jam itu dan sesuai untuk aplikasi Android atau iOS. Saiznya 1.7 inci dengan skrin OLED 200 x 320 piksel. Dicas dengan USB.

8. QNX

Anak syarikat RIM yang mengeluarkan Blackberry, QNX Software Systems Limited tampak bekerjasama dengan pengeluar kenderaan untuk platform kereta berasaskan perisian melalui QNX CAR™ 2.0. Untuk versi pengenalan, ia bekerjasama dengan Bentley berdasarkan kerangka penciptaan perisian HTML5 untuk model baru Bentley Continental GT. Ciri baru berdasarkan perisian membenarkan sistem kereta berasaskan arahan suara, hiburan, unit multimedia, navigasi 3D dan sambungan ke gajet-gajet lain.

9. Panasonic HX-A100

Kamera kecil seakan filem James Bond? Panasonic ada gajet cool itu dengan HX-A100 yang boleh dikawal melalui kabel kalis air sedalam 5 kaki, lengkap wifi untuk kemudahan stream pada 1080p/60fps, 720p/120fps dan and 640 x 360/240fps.

10. Archos

Archos mempunyai beberapa tablet sebelum ini cuma ia tidak pernah dilancarkan di Malaysia namun boleh dikatakan pengeluar tablet yang hebat juga. Kali ini mempunyai model baru di bawah keluarga Titanium lengkap CPU dual-core 1.6GHz dan GPU quad-core beroperasi pada Android 4.1 Jelly Bean. Harganya di Amerika Syarikat memang murah, semurah RM400 saja seunit.

11. Polaroid M7 Slate

Polaroid biasanya sinonim dengan fotografi tetapi kali ini mereka cuba mencipta kelainan dengan pengenalan tablet M7 Slate bersaiz 7 inci dengan resolusi 1,280 x 800 pada CPU quad core Cortex A7 dan RAM 1GB. Lengkap dengan kamera 5 megapiksel dan HDMI out pada memori dalaman 16GB.

12. Amzer

Amzer mengejutkan dengan pelindung iPhone hanya berasaskan filem saja. Dengan hanya 4 lapisan perlindungan, ujian secara langsung menunjukkan ia mampu menahan iPhone itu dari calar walaupun pengujinya menggunakan 'Driller' ke atasnya!

13. ChargeDr

Anda mahu cas tablet ketika mengembara? Cukup sekadar mengecasnya pada laptop meskipun laptop anda berada dalam keadaan shut down atau tutup. Ia mengecas 4x lebih laju untuk tablet dan 2x lebih laju untuk telefon.

14. Tylt

Beg sebagai pengecas pun tidak mustahil dimiliki sekarang! Letaklah seberapa banyak gajet dalam beg, asalkan ia beg jenama Tylt, anda boleh mengecas tablet, telefon dan macam-macam lagi pada kuasa bateri 10,400mAh. Cukup masa untuk cas pada tempoh 8 jam. Ia mempunyai sekurang-kurang lima slot untuk cas. Harga beg ini ditawarkan pada RM450 untuk unit paling murah.