HTC Desire EYE, kualiti kamera depan sama dengan belakang

HTC tampil dengan model Desire EYE, telefon pintar dengan kamera hadapan yang sama spesifikasi seperti kamera belakang. Tidak perlu lagi menggunakan kamera belakang untuk kualiti gambar terbaik.

HTC Desire EYE dilengkapi kamera hadapan 13 MP dengan auto-fokus menggunakan sensor BSI Sony, aperture F2.0, lensa 22mm serta dua flash LED. Kamera belakangnya juga memiliki spesifikasi yang sama, cuma berbeza pada lensa, iaitu 28mm. Ini ialah telefon kamera muktamad bagi peminat selfie, wefie, groufie dan yang sewaktu dengannya.

Selain kamera hadapannya yang berkuasa tinggi, Desire EYE turut dilengkapi teknologi yang menjadi mercu tanda HTC. Ia mempunyai dua pembesar suara stereo hadapan, yang dikuasakan teknologi HTC BoomSound. Skrin 5.2-inci HD Penuh memastikan gambar yang dilihat kamera hadapan jelas dan terang, selain memainkan video dan melihat semula gambar yang dirakam. Malah, Desire EYE adalah peranti kalis air dan debu dengan rating IPx7.