HTC & Google lancar tablet

Google mengumumkan kerjasama dengan HTC bagi menghasilkan tablet yang dikenali dengan nama Nexus 9. Bahagian luaran Nexus 9 menggunakan kemasan getah lembut yang senang dipegang dan tidak mudah meluncur keluar dari tangan. Malah, ia dikira tablet yang nipis dengan ketebalan hanya 7.95mm. Sebagai peranti yang dihasilkan HTC, ia memiliki 2 speaker di hadapan yang dikuasakan teknologi BoomSound.

Sama seperti nombor padanya, Nexus 9 memiliki skrin IPS 8.9-inci dengan resolusi QXGA 2048×1536. Skrin in diperteguhkan dengan kaca Corning Gorilla 3. Dalamannya, ia dikuasakan CPU 64-bit Nvidia Tegra K1, yang mempunyai GPU Kepler.

Tablet Nexus 9 ini tidak terlalu memfokuskan pada kamera. Ia mempunyai kamera belakang 8MP dengan apertur F2.4 dan satu Flash LED. Manakala kamera hadapan pula 1.6MP. Spesifikasi yang dikira biasa untuk kamera.

Seperti Nexus 6, tablet Nexus juga menggunakan OS terbaru Android iaitu Android 5.0 Lollipop. Dengan penggunaan CPU 64-bit, ia boleh memaksimakan prestasi apabila menjalankan aplikasi yang menyokong arahan 64-bit seperti Chrome, Gmail, Calendar, Google Play Music dan banyak lagi.

Amerika Syarikat akan menjadi negara pertama menerima peranti baru ini. Nexus 9 boleh mula ditempah pada 17 Oktober dan mula berada di rak jualan kedai pada 3 November 2014.