Advertisement

iPad mini? Comel & Kompak Tapi…

Akhirnya, iPad mini berjaya dilancarkan Apple yang mempunyai untuk menemukan tablet bersaiz 7.9 inci kepada pengguna yang mahukan tablet kompak.
Dengan ini, lengkaplah pasaran tablet bersaiz 8.0 inci ke bawah yang pastinya memberi pilihan kepada pengguna. Jika mahu dibandingkan, ada 3 produk tablet kini (termasuk iPad mini) yang mempunyai pasaran terbaik kepada pengguna.
Saya senaraikannya iaitu Nexus 7, Kindle Fire 2 dan iPad mini itu sendiri. Jadi, yang manakah paling bagus antara ketiga-tiga peranti ini? Meskipun Kindle tidak mempunyai kehadiran secara rasmi di Malaysia namun anda boleh mendapatkannya di luar negara atau beli saja menerusi online.
Dari sudut saiz, Nexus 7, Kindle Fire 2 dan iPad mini direka kemas pada 7 inci, 7, inci dan 7.9 inci. Betul! Apple satu-satunya yang tidak menyediakan saiz 7 inci. Kalau ditanya sebabnya, pastilah jawapannya berkisar mengenai kes saman. Seperti sedia maklum, saiz menjadi salah satu elemen penting dalam kes saman menyaman Apple dan syarikat Korea, Samsung. Kalaulah iPad mini bersaiz 7 inci, habislah!
Ok, kalau bercakap mengenai berat, agak mengejutkan kerana walaupun iPad mini lebih besar, ia hanya mempunyai berat sebanyak 323 gram berbeza dengan Nexus 7 (340 gram) dan Kindle Fire 2 (354 gram).
Namun begiut, iPad mini tewas kepada kedua-dua jenama tersebut dari aspek kenipisan apabila mempunyai ukuran 5.9 inci berbeza dengan Nexus 7 dan Kindle Fire 2 yang masing-masing senipis 4.7 inci.
Apple iPad mini turut kalah mengejut kepada Nexus 7 dan Kindle Fire 2 apabila dimensi pikselnya hanya disediakan pada 1024 x 768 piksel yang jauh berbeza dengan 1280 x 800 pada kedua-dua model tadi di samping resolusi ppi antara ketiga-tiganya Nexus 7 (216), Kindle Fire 2 (216) dan iPad mini (163) jelas menunjukkan Apple mengalami sedikit kekurangan walaupun ia lebih baik jika dibanding dengan abangnya, iPad 2.
Seperti yang diketahui, Nexus 7, Kindle Fire 2 dan iPad mini masing-masing menggunakan sistem operasi Android 4.1, Android 4.0 dan iOS6 jadi faham-faham sajalah bagaimana antaramuka serta operasi ketiga-tiganya berfungsi.
Tetapi, Apple pantas meninggalkan kedua-dua peranti itu di belakang jika anda bercakap soal penggunaan e-buku, jumlah aplikasi, tontonan filem, TV secara mudah alih, muzik dan dari segi kekuatan perkakasan itu sendiri.
Ditambah pula, Apple menyediakan iPad mini pada dua sambungan pilihan iaitu wifi atau wifi+4G yang tidak didapati pada dua model, Nexus 7 dan Kindle Fire 2 (wifi saja).
Jangka hayat bateri pula menyaksikan iPad mini bertahan sehingga 10 jam berbeza dengan Nexus 7, Kindle Fire 2 yang masing-masing hanya mampu setakat 8 jam saja.
Angka 8 juga menyaksikan nombor tersebut menjadi satu-satunya saiz memori bagi Nexus 7 dan Kindle Fire 2 manakala iPad mini mempunyai pilihan 16GB, 32GB atau 64GB.
Harga asas? Nexus 7 (sekitar RM999), Kindle Fire 2 (sekitar RM799) dan iPad mini (sekitar RM999).
Peningkan mahu memilih tablet baru?