iPhone 6 kena 'troll'?

Pengenalan iPhone 6 dan iPhone 6 Plus baru-baru ini mengundang pelbagai cakap-cakap bukan saja di kalangan pengguna malah syarikat pesaing yang berhempas pulas mengeluarkan siri iklan bergrafik menyambut kedatangan telefon Apple baru.

Kebanyakannya menyambut langkah Apple memperkenalkan skrin besar dan syarikat-syarikat pesaing meluahkan gambar-gambar ucapan mereka di laman Twitter masing-masing. Antara syarikat yang turut serta dalam ‘sambutan’ ini termasuklah Samsung, HTC, Sony, Huawei & juga Oppo

Kedua-dua iPhone 6 baru ini dilengkapi paran Retina HD yang baru. iPhone 6 memiliki resolusi 1334 x 750 manakala resolusi untuk iPhone 6 Plus pula ialah 1920 x 1080. Rekabentuk iPhone 6 juga lebih nipis dari iPhone 5S iaitu iPhone 6 hanya senipis 6.8mm manakala iPhone 6 Plus 7.1mm. Butang kuasa kini terletak pada kanan telefon, berbeza dengan sebelum ini apabila ia terletak di atas. Ini bagi memudahkan capaian menggunakan sebelah tangan, kerana penambahan saiz skrin.