Jangan Terkejut Kalau Surface Pro 3 Lebih Baik Daripada iPad

Hari ini, Malaysia menjadi antara negara pertama daripada 28 negara yang memperoleh Microsoft Surface Pro 3 yang telahpun dilancarkan pada Jun lepas di Amerika Syarikat, Kanada dan Jepun.

Malaysia menyertai Microsoft Surface Pro 3 termasuk Belanda, Hong Kong, Ireland, Itali, Jerman, Korea Selatan, Luxembourg, Norway, Perancis, Portugal, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Taiwan, Thailand dan United Kingdom.

Tahukah anda, Microsoft Surface Pro 3 mempunyai 30 peratus lebih nipis berbanding MacBook Air 11-inci. Tablet yang mempunyai skrin 12-inci ini dilengkapi rekaan tahap kenipisan 9.1mm di mana skrinnya berformat 2160 x 1440 piksel.



Dalam perbandingan yang dilakukan dengan Apple iPad, Surface Pro 3 mempunyai 4 juta program komputer sebenar yang tidak didapati secara ‘native’ menjadikannya mesra PC kepada lebih 90% pengguna yang sudah biasa dengan sistem operasi Windows.

Selain itu, Surface Pro 3 mempunyai kickstand iaitu penahan diletakkan di bahagian belakang yang boleh diubahsuai kepada 3 cara yang mengikut keselesaan anda berbanding iPad yang perlu mendapatkan aksesori pihak ketiga untuk menjadikannya statik dalam keadaan menegak atau melintang.

Selain, Surface Pro mempunyai Type Cover yang juga papan kekunci boleh sambung tanpa memerlukan sambungan bluetooth seperti iPad.

Malah, Surface Pro 3 lebih nipis meskipun fungsinya kini sama atau lebih baik berbanding laptop biasa di pasaran.


Tetapi iPad berharga murah iaitu RM2,249 untuk 64GB berbanding memori sama pada Surface Pro 3 yang berharga RM2,729 untuk gajet itu sendiri. Meskipun begitu, Pro 3 sudah lengkap dengan perisian-perisian kerja seperti Microsoft Office jadi apabila dicampur akhirnya menjadikan Pro 3 lebih berbaloi.

Ditambah pula Surface Pro 3 mempunyai port-port yang diperlukan seperti USB, video output dan juga stylus.

Pada spesifikasi yang ada dan tahap kenipisannya. Surface Pro 3 lebih mengancam berbanding Macbook Air.