Advertisement

Jangan Tertipu Aplikasi Palsu

Aplikasi palsu anti-virus kian berkembang di stor aplikasi mobile seperti Google Play, Apple AppStore dan Windows Phone store. Mengikut laporan ‘IDC Worldwide Mobile Phone Tracker 2014′, pada suku keempat 2013, Android memegang 78.1% dari keseluruhan pengguna dunia manakala iOS pada 17.6% dan Windows Phone di tempat ketiga dengan 3.0%.

Jika hanya 1% dari seluruh pengguna Android tertipu dengan aplikasi palsu ini, kesannya akan menjadi sangat buruk. Kaspersky Lab telah menemui 2 aplikasi palsu yang cuba meniru produk Kasperksy.

Aplikasi palsu pertama ditemui di Windows Phone Store, yang mana agak janggal kerana biasanya Google Play Store yang menjadi sasaran kerana popularitinya. Aplikasi palsu ini menggunakana nama Kaspersky Mobile. Walhal, Kaspersky Lab tidak pernah mengeluarkan produk dengan nama tersebut.

Aplikasi palsu ini meminta pengguna membayar untuk mendownloadnya, bermakna pembuat aplikasi palsu ini mendapat bayaran terus apabila pengguna mahu menggunakannya.

Aplikasi palsu kedua ditemui di Google Play Store yang sangat popular. Ia menggunakan nama Kaspersky Anti-Virus 2014. Sekali lagi tiada produk untuk peranti dengan nama tersebut dari Kaspersky Lab. Screenshot yang digunakan aplikasi palsu itu di Google Play Store diambil terus dari aplikasi sebenar Kaspersky Internet Security untuk Android oleh Kaspersky Lab.

Mengikut Roman Unuchek, Penganalisa Malware Senior di Kaspersky Lab, kisah aplikasi palsu anti-virus berbayar ini bermula dengan kemunculan Virus Shield di Google Play Store. Kini banyak aplikasi palsu seperti ini muncul.

Penipu yang mahu membuat duit mudah ini, berjaya menjual beratus malah beribu aplikasi palsu ini dari pengguna yang kurang teliti dan mudah tertipu dari antaramuka dan screenshot yang ditunjukkan.

Ianya jelas dari hari ke hari aplikasi palsu ini akan terus muncul. Apa yang pasti, mekanisma sekuriti yang digunakan penyedia Stor Aplikasi tidak dapat membendung kemunculannya. Pengguna sendiri harus mempunyai kesedaran untuk membandingkan antara aplikasi tulen dan palsu.