Advertisement

Telefon baru Lenovo, sesuai untuk wanita cantik macam anda

Lenovo mempunyai model baru S850 yang diperkenalkan dengan harga RM729 yang menggabungkan rekaan anggun dengan prestasi quad core serta beberapa fungsi baru yang menarik.

Antara ciri yang diketengahkan termasuk kamera 13 megapiksel belakang dengan kamera depan 5 megapiksel kemudian ditambah skrinnya yang mempunyai dimensi 5-inci beresolusi 1280 x 720 piksel IPS.

image

Telefon pintar Siri-S baru ini dikuasakan CPU quad core dari Mediatek dan didatangkan siap dengan Android 4.4 KitKat. Ia memiliki dwi-slot sim kad serta kamera depan dengan sudut yang lebih lebar untuk menangkap gambar selfie dengan lebih luas lagi.

Lenovo S850 diperkenalkan dengan tiga warna iaitu merah jambu, putih dan biru. Ketahanan baterinya pula bergantung kepada 2150mAh tetapi dengan kapasiti tersebut biasanya telefon patut bertahan sehingga 8 jam pada penggunaan aktif.

image

Ia mempunyai RAM 1GB tetapi memori dalamannya pula sebanyak 16GB dan boleh ditambah slot kad memori mikroSD.