Mampukah Nokia & Motorola Memukul iPhone?

Samsung, Nokia dan Motorola telah kesempatan mengeluarkan telefon pintar masing-masing sebelum Apple mengeluarkan iPhone 5 mereka yang dijangka pada 12 September ini (13 September untuk tarikh Malaysia).

Samsung's Galaxy Note II dilengkapkan dengan saiz skrin lebih besar iaitu 5.5 inci berbanding 5.2 inci yang ditetapkan sekarang. Selain itu ia akan menggunakan kuasa quad core 1.6GHz, RAM ditambah kepada 2GB, Android 4.1 dan bateri tahan sehingga tiga hari. Mengenai tarikh pasaran Asia Tenggara pula terutama Malaysia, Samsung dijangka mengeluarkannya pada Oktober ini dengan harga yang sangat belum ditentukan.

Samsung yang paling awal mendedahkan produk tetapi dua syarikat iaitu Nokia dan Motorola turut mencuri tumpuan dengan Nokia menampilkan peranti berwarna-warni Lumia 820 dan 920 beroperasi pada platform Windows 8 dan termasuk ciri-ciri penting seperti mengecas tanpa wayar dan teknologi realiti bertambah yang membolehkan pengguna melihat butiran persekitaran mereka melalui kamera.

Lain-lain ciri-ciri yang ketara dalam telefon pintar Nokia yang baru termasuk keupayaan telefon untuk menyesuaikan warna skrin secara automatik mengikut silau cahaya matahari dan keupayaan untuk menggunakan telefon semasa memakai sarung tangan.

Lumia 920 pula mempunyai kamera PureView yang mempunyai keupayaan untuk mengurangkan jumlah kabur dalam gambar dengan menggunakan teknologi 'kanta terapung', yang boleh membantu menstabilkan imej-imej yang diambil semasa bergerak. Nokia mempamerkan ciri dalam iklan namun ia terpalit kontroversi selepas pendedahan yang menunjukkan ia. Syarikat itu telah memohon maaf.

Microsoft dan Nokia berharap telefon pintar baru mereka akan menjadi senjata yang kuat dalam industri perang peranti mudah alih yang semakin meningkat, tetapi pelabur berkata mereka tidak mempunyai faktor 'wow' dan tidak mahu mengangkat ibu jari tanda sokongan.

Cabaran Nokia sebenarnya seakan sukar apabila jenama lain sudah bergerak pada edisi ke-4, 5 dan 6 untuk peranti mereka manakala Nokia masih cuba untuk bergerak dari model pertama. Ia memerlukan masa yang sukar untuk mengejar apatah lagi dengan kedegilan syarikat tersebut untuk bekerjasama dengan sistem operasi lain yang popular dan baik.

Sebenarnya, telefon baru Nokia mengagumkan, tetapi mungkin kawalan Microsoft telah membunuh 'umph'. Pendek kata, telefon cantik, tetapi Microsoft tidak melakukan kerja yang baik memberitahu keseluruhan cerita kepada dunia.

Lumia 920 baru juga datang dengan PrueMotion HD + iaitu sejenis paparan yang cemerlang di dunia dengan resolusi 1280 x 768 piksel bermotifkan skrin sentuh yang terpantas dan paling sensitif: cukup untuk menawarkan kejelasan setiap warna dan cukup sensitif untuk respon kepada hujung jari anda.

Untuk perhatian resolusi tersebut lebih baik daripada iPhone 4s yang mempunyai resolusi iaitu 960 x 640 piksel saja

Satu lagi tarikan yang anda akan dapati termasuk kemudahan mengecas bateri telefon tanpa menggunakan pengecas fizikal kerana semuanya boleh dilakukan secara wayarles di mana pengecasnya sudah tersedia dalam peranti itu sendiri dengan kemudahan peralatan dan perisian menggunakan sistem Wireless Charging Shell.

Pengecas wayarles cekap tenaga Nokia datang dalam pelbagai bentuk, saiz dan warna, jadi anda boleh memilih satu untuk dipadankan dengan telefon anda.

Manakala ciri Nokia City Lens membenarkan anda melihat nama bangunan atau sebagainya apabila ia dibuka menerusi kamera. Contohnya, anda sedang melalui bandar Kuala Lumpur dan melalui Dataran Merdeka tapi anda tidak tahu apakah nama bangunan tersebut, jadi anda hanya perlu buka kamera dan sambungan internet dan ia memberikan namanya iaitu 'Dataran Merdeka' atau 'Bangunan Sultan Abdul Samad' terpampang di skrin.

Motorola Mobility (Motorola) pula memperkenalkan Razr HD, Razr Maxx HD dan Razr M bercirikan telefon 4G LTE (ops, tiada di Malaysia) yang hebat dari segi antaramuka skrinnya dan juga jangka hayat bateri lebih lama. Seperti biasa, rekaan Kevlar pada bahagian belakang sudah pasti mengasyikkan kita.

Sekurang-kurangnya, Motorola boleh menawarkan pilihan terbaik di pasaran Malaysia yang terlalu obses pada Samsung dan Apple (jika anda bercakap mengenai telefon dengan skrin sesentuh). Dari segi saiz, berat dan harga, semuanya dekat-dekat saja.

Tawaran Motorola terutama berkaitan jangka hayat bateri yang benar-benar tahan lama dan tidak seperti telefon pintar sudah pasti memberikan 'killing point' untuk digunakan bagi memikat pengguna cuma strategi mereka perlu lebih ke depan dengan tidak terlalu kedekut untuk memasarkannya secara meluas.

Jadi, adakah kesemuanya boleh membunuh iPhone bersama-sama. Jangan lupa juga kebangkitan syarikat dari 'Great Wall' seperti Huawei dan ZTE!