Minat Arsenal? Kena beli telefon Huawei

Anda peminat Arsenal? Tiba masanya menukar atau membeli telefon yang diiktiraf kelab bola sepak Inggeris tersebut Huawei Ascend P7 Arsenal Edition yang baru dilancarkan di Malaysia.

Peranti berasaskan Android tersebut kini sudah boleh dibeli secara rasmi.

Apa yang membezakan Ascend P7 Arsenal Edition ini dengan edisi biasa ialah pada perisian. Pada perkakasnya, ia mempunyai spesifikasi yang sama seperti Ascend P7 biasa. Sebagai tambahan, Ascend P7 Arsenal Edition datang dengan logo Arsenal pada bahagian belakang telefon. Ia juga dipenuhi dengan wallpaper berkaitan Arsenal seperti bangunan Highbury, Stadium Emirates waktu siang dan malam serta gambar perayaan ketika mereka memenangi Piala FA 2014. Paling utama, ia mempunyai jam yang menyerupai jam Arsenal Clock End yang terkenal.

Selain itu, telefon ini juga didatangkan siap dengan permainan FIFA 14, bagi memenuhi keinginan peminat bolasepakk mengisi masa mereka. Huawei juga melengkapkan telefon ini dengan aplikasi Yakatak, yang membawa berita terkini dan berita secara langsung perlawanan Arsenal. Yakatak juga mempunyai link unik yang membolehkan pengguna berborak di laman media sosial mengenai pasukan Arsenal dan juga kelab bolasepak lain dari 400 liga berlainan.

Huawei Ascend P7 Arsenal Edition ini dijual pada harga RM1799 dan didatangkan sekali dengan Huawei Talkband B1 yang berharga RM499, secara percuma. Talkband B1 ialah peranti boleh pakai pertama buatan Huawei, yang boleh memantau aktiviti harian pengguna seperti langkah seharian, jarak yang dilalui dan kalori yang dibakar. Huawei Ascend P7 Arsenal Edition kini boleh didapati di kedai dan pengedar berdaftar Huawei.