Advertisement

MWC 2013 – Huawei, ZTE, Alcatel, LG & Nokia, siapa hebat?

Maka, berkumpul ramai pemerhati di Barcelona, Sepanyol bagi menyertai salah satu kongres mudah alih ulung iaitu Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) 2013 yang diadakah setiap tahun. Kali ini, kongres tersebut menampilkan jenama-jenama dari China yang kelihatan menyerlah seperti Huawei dan ZTE.

Ia disusuli pula jenama yang jarang atau sudah jarang didengar pada masa kini seperti Alcatel atau LG dan seterusnya nama besar seperti Samsung serta Nokia.

Jom kita sorotkan beberapa telefon yang bakal berada di pasaran yang diperkenalkan ketika MWC 2013.

Huawei Ascend P1

Misi terbaru Huawei selaku syarikat dari China pastinya mahu meyakinkan kualiti produk mereka bukanlah kualiti 'cap ayam'. Sebab itu, Ascend P2 dihasilkan selepas versi pertama, P1 yang dilancarkan sedikit sebanyak mengubah tanggapan berkaitan produk buatan China.

P2 beroperasi pada Android 4.1 Jelly Bean dengan antaramuka sendiri iaitu Emotion UI di bahagian atas. Telefon itu mempunyai saiz skrin 4.7 inci bersama paparan 720p HD dengan kepadatan pikselnya menjangkau 315 piksel, bermakna pengguna memperoleh nibah kontras tinggi bagi walaupun berada di bawah pancaran tengahari yang terik. Kadar kecerahannya sehingga 500 nit dan skrinnya lengkap Gorilla Glass 2 yang tahan calar dan pada masa telefon ini menjimatkan bateri.

Kelajuan telefon bergantung kepada prosesor 1.5GHz quad core. Maknanya? Anda boleh menganggap telefon ini boleh tahan lajunya dan kamera 13 megapiksel juga disertakan. Huawei seterusnya melengkapkan telefon ini dengan RAM 1GB dan memori 16GB dan kapasiti bateri 2,420mAh.

Pro: Skrin yang cerah

Kontra: Bahan rekaan nampak macam terlalu plastik

ZTE Grand Memo

ZTE cukup pantas memperkenalkan Grand Memo, sebuah telefon berpaparan 5.7 inci pada hanya resolusi skrin 720 x 1280 resolusi sebagai produk terbaru ketika MWC 2013 yang lebih hebat berbanding Grand S yang mempunyai paparan 5-inci 1080p.

Di sebalik paparan itu, muncul pula prosesor quad-core Snapdragon 800, RAM sebanyak 2GB, 16GB untuk storan dalaman dan bateri 3200mAh yang agak besar. Terdapat juga kamera 13MP di belakang, sama seperti Grand S.

Grand Memo mempunyai reka bentuk halus dan anggun dengan permukaan telefon yang licin berbahankan plastik dan kamera menonjol di bahagian belakang. Di hadapan pula terdapat skrin Home dan menu yang kapasitif. Ia mempunyai kadar kenipisan 8.5mm, yang agak hebat dengan ciri-ciri komputer. Telefon ini beroperasi pada Android 4.1 Jelly Bean, bersama-sama dengan beberapa penyesuaian perisian sendiri ZTE.

Pro: Sentuhan lancar pada telefon

Kontra: Warna yang diserlahkan pada skrin kurang cantik

Alcatel One Touch Fire

Alcatel One Touch Fire merupakan telefon pertama untuk menggunakan OS Firefox, perisian baru yang bertujuan untuk menyemarakkan persekitaran lambakan OS di bawah Android.

Saiz 3.5-inci menjadi taruhan dibalut dalam bahan plastik berwarna ceria, terang. Sudut tepi yang berbentuk bulat dan kelihatan bertenaga – termasuk logo Firefox oren - memberikan sedikit keseronokan.

Firefox OS adalah sistem sumber terbuka operasi yang dicipta oleh Mozilla, pencipta di belakang pelayar web Firefox. Aplikasi atau apps dibina menggunakan HTML5, yang bermaksud teori mereka mengoperasikan web pada telefon atau tablet anda.

Dan sudah tentu, Firefox mudah didapati pada setiap telefon untuk melayari Web. Anda boleh menyambung kepada web dan peranti lain oleh pelbagai pilihan telefon pintar: 3G, 802.11n Wi-Fi, Bluetooth, dan GPS.

Dengan perisian yang ringkas dan mudah, Alcatel tidak berhasrat untuk bersaing dengan telefon pintar mewah. Ia sebenarnya bergelut dengan fungsi-fungsi asas. Pastinya prosesor satu core saja 1GHz Qualcomm dan RAM 256MB belum boleh melakukan kerja yang baik dengan permainan, melayari web, dan aktiviti-aktiviti lain yang kini standard pada telefon pintar.

Fire juga mempunyai kamera 3.2 megapiksel dan datang dengan kad memori 2GB microSD atau anda boleh menambah kad yang lebih besar sehingga 32GB.

Pro: Harga mungkin semurah RM200 saja

Kontra: Telefon yang sangat ringkas, mungkin terlalu ringkas!

LG Optimus G Pro

Optimus G Pro yang lengkap rangkaian LTE di samping skrin sebesar 5.5 inci HD Penuh IPS bersama fungsi baru iaitu UX sepatutnya mampu menaikkan semula jenama LG. Kali terakhir kita lihat LG benar-benar mampu meyakinkan hanya pada produk LG Secret mereka. Ia sudah terlalu lama. Jadi, LG perlukan lonjakan baru kalau mahu bersaing.

Anda akan saksikan Fungsi UX membolehkan peralatan dibangunkan dengan ciri teknologi tinggi seperti dwi rakaman yang membenarkan ramakan video dilakukan kamera depan dan belakang sekali gus serta mod Panorama Realiti Maya (VR) bagi rakaman 360 darjah pada kedua-dua kamera juga.

Skrin Optimus G Pro ditetapkan pada 1920 x 1080 piksel dengan 400ppi manakala baterinya berkapasiti 3,140mAh. Telefon ini lengkap dengan prosesor 1.7GHz Quad-Core Qualcomm Snapdragon, Android 4.1.2 Jelly Bean dan mempunyai tahap nipis 9.4mm.

Pro: Fungsi kamera cemerlang pada UX

Kontra: Ketahanan bateri menjadi persoalan

Nokia Lumia 720

Ia mempunyai skrin WVGA 4.3 inci LCD dengan Gorilla Glass 2.0 dan skrin yang lengkap Super Touch yang membolehkan pengguna untuk menggunakan telefon walaupun dengan menyentuhnya dengan kuku dan sarung tangan. Ia mempunyai set dual core 1.0GHz Snapdragon S4.

Nokia yang sentiada cemerlang dengan kamera mempunyai resolusi 6.7 megapiksel dengan tahap apertur F1.9 dan lensa Carl Zeiss yang terus menjadi nyawa kamera Nokia akan menawarkan pengalaman gambar yang terbaik. Kamera yang lengkap dengan flash LED mampu merakam video jenis HD pada 720 piksel pada kadar 30fps. Ia mempunyai kamera depan sesuai untuk Skype HD dengan resolusi 1.3 megapiksel.

Dari segi ruang, Lumia 720 mempunyai RAM 512 MB, 8GB memori dalaman massa dan sokongan untuk kad microSD sehingga 64GB. Tidak dilupakan, ia juga dilengkapi dengan penyimpanan SkyDrive percuma 7GB.

Nokia 720 juga datang dengan aplikasi seperti Cinemagraph, Smart Shoot dan Glam Me serta boleh diperoleh melalui lima warna dan lengkap dengan pilihan cas tanpa wayar.

Lumia 720 datang dengan suite aplikasi 'HERE', termasuk HERE Maps, Here Drive untuk naviigasi percuma selain HERE Transit.

Pro: Peta Nokia sentiasa membantu

Kontra: Windows Phone masih belum mampu bersaing dari segi aplikasi