Office 2013, Ke Mana?

Kita sudah tahu bahawa Microsoft baru-baru ini melancarkan perisian Office 2013 yang banyak menekankan integrasi cloud dengan langganan Office 365 yang baru untuk pengguna di rumah memberi tumpuan kepada era skrin sesentuh yang lebih maju pada masa depan.

Selain itu, Microsoft menekankan aspek Office digital seperti persidangan video yang diintegrasikan terus dalam Office 2013.

Banyak yang didedahkan ketika sidang media yang berlangsung di San Franciso, California baru-baru ini namun ada juga beberapa persoalan yang masih belum kita ketahui? Microsoft masih membisu mengenai beberapa isu penting termasuk harga dan tarikh keluarannya dan sama ada gergasi perisian itu akan menyediakannya untuk peranti Android dan iOS sebaik Office 2013 dilancarkan kelak.
Microsoft baru-baru ini melancarkan pratonton pengguna untuk Office 2013, versi terbaru perisian produktiviti syarikat. Ketika membentangkan kata pembuka, CEOnya, Steve Ballmer menyifatkannya sebagai cita-cita tinggi syarikatnya dan Office terbesar yang pernah dicipta syarikat itu. Versi baru Office termasuk integrasi dengan perkhidmatan dalam talian seperti Facebook, SkyDrive, Flickr dan YouTube.

Syarikat itu juga membuka langganan perkhidmatan desktop Office 365 dalam talian kepada pengguna di rumah. Jika anda mendaftar untuk Office 365 Home Premium dan ia siap sedia dimuat turun, anda boleh memasang Office 2013 sehingga lima PC pada satu lesen sekaligus, anda juga boleh mendapatkan panggilan Skype selama 60 minit dan penyimpanan SkyDrive dalam talian yang ditambah kepada 20GB. Office 365 Home Premium juga lengkap dipasang dengan pelbagai ciri termasuk Access, Excel, OneNote, Outlook, Powerpoint, Publisher, dan Word 2013. Pelanggan Office 365 juga akan dapat menggunakan ciri-ciri yang dipanggil Office on Demand atau Office atas Permintaan yang boleh stream secara versi maya untuk PC. Apabila anda selesai bekerja, program ini akan 'hilang' dari komputer, tetapi fail anda kekal di mana saja anda simpan.

Jika langganan Office 365 tidak menarik minat anda, maka versi kotak Office 2013 saja turut disediakan secara berasingan.
Bilakah Office 2013 Akan Dilancarkan?

Microsoft tidak mendedahkan langsung bila Office 2013 dan Office 365 akan dilancarkan. Tetapi memandangkan bahawa Office baru itu dipanggil Office 2013, boleh dijangkakan ia akan dilancarkan terus pada saat-saat akhir tahun ini atau pertengahan tahun depan. Microsoft pernah mengeluarkan Office 2010, versi yang paling terkini bagi suite produktiviti pada bulan Jun 2010, tujuh bulan selepas versi beta dibebaskan.

Berapa Kos Untuk Mendapatkan Office 2013?

Microsoft juga mengelak untuk membicarakan tentang harga produk ini, kita tidak tahu berapa banyak Microsoft akan mengenakan caj langganan kepada pelanggan Office Premium Home 365. Versi lalu, Microsoft mengenakan $150 bagi Office 2010 Home dan Student Edition, jadi mungkinkah harga sama akan dikekalkan?
Adakah Ia Akan Mesra Android Dan Ios?

Microsoft mendakwa bahawa mana-mana ciri-ciri Office 365 anda boleh diakses pada pelayar web akan bekerjasama dengan peranti Android dan iOS. Tapi sangat tidak jelas apa yang dimaksudkan sebagai 'boleh'. Ia berikutan aplikasi web Microsoft Office versi sekarang tidak boleh beroperasi dengan baik untuk menyunting dokumen pada tablet atau telefon pintar. Apa yang anda boleh lakukan dengan versi Office 365 sekarag hanyalah mengakses e-mel, kalendar, kenalan dan tugas melalui Exchange Online dan melihat dokumen Office melalui SharePoint.

Adakah Versi Apps Android dan iOS Akan Didapati Di Pasaran?

Ada cakap-cakap yang didengari menunjukkan bahawa apps iOS (dan mungkin Android) akan disediakan sebagai sebahagian daripada langganan Office baru 365 apabila Office 2013 dilancarkan nanti. Untuk makluman, Microsoft sudah menawarkan OneNote untuk peranti iOS dan Android.

Berapa Lama Tempohnya Untuk Disediakan Dengan Metro?

Setakat ini, Microsoft telah mengeluarkan hanya aplikasi untuk Windows 8 sebagai sebahagian daripada previu Office 2013. Aplikasi OneNote antara aplikasi lain yang mempunyai pengaruh yang jelas untuk Metro baru dengan 'bahasa' (bahasa komputer) reka bentuk baru, tetapi mereka masih bergantung kepada antaramuka desktop dan bukannya pada antaramuka baru Windows 8. Microsoft tidak kelihatan bersedia untuk melakukan suite Office secara keseluruhan kepada perubahan wajah itu termasuk versi mesra-sentuh Windows 8, malah OneNote masih terdapat hanya di desktop. Office versi Metro? Mungkin ia yang perlu dihairankan.