Samsung lancar kamera NX1 pula

Samsung Electronics Co Ltd atau Samsung melancarkan kamera barunya, NX1 yang juga kamera jenis ‘interchangeable lens’ atau kamera lensa boleh ubah yang sesuai tidak kira jika anda seorang profesional atau biasa-biasa saja.

Sasaran baru kamera ini tertumpu kepada individu yang mahu kamera yang sangat ringan tetapi pada masa berkuasa tinggi.

NX1 menggunakan prosesor imej baru yang pantas iaitu DRIMe V yang memastikan kamera menangkap gambar dengan pantas dan menghasilkan imej yang betul-betul berkualiti seperti diharapkan seorang jurugambar profesional. Manakala sistem Auto Focus (AF) III super laju pula memastikan setiap senario dirakam pada perincian atau detail yang benar-benar jelas tanpa memerlukan anda ‘re-compose’ tangkapan tersebut.

Samsung mengatakan NX1 sangat bersesuaian kepada mereka yang menangkap fotografi sukan serta hidupan liar. Ia bertepatan dengan satu ciri baru diperkenalkan iaitu Wide Phase Detection yang mengesan subjek di mana saja dalam frame tanpa mengira lokasi mereka. Kemudian gambar dirakam dengan kelajuan shutter sehingga 1/8000 dan 15fps berterusan.

Hasilnya tidak mengecewakan ditambah dengan mod pintar baru iaitu Samsung Auto Shot (SAS) yang menjangkakan atau membaca serta menentukan pergerakan dalam sukan sebelum memastikan rakaman atau shot tidak kabur.

Kamera baru ini menggunakan sensor 28 megapiksel APS-C dengan Back Side Illumination (BSI). Ia juga bersesuaian ketika anda berada dalam kedudukan pencahayaan rendah dan imej nampak lebih asli.

Bagi video pula, NX1 lengkap dengan sokongan rakaman 4K dan Ultra HD (UHD). Jadi sudah pasti video diambil nampak nyata dan berbaloi.

Blog Daunpisang ini tampilkan spek ringkas NX1:

Sensor imej: 28.2 effective megapixel APS-C BSI CMOS sensor

Paparan: 3.0 inci Super AMOLED Tilt, skrin sentuh FVGA (720x480) 1,036K dots

Viewfinder: EVF (OLED) with Eye Contact Sensor XGA

ISO:Auto, 100, 200, 400, 800, 1600, 3200, 6400, 12800, 25600 (1EV or 1/3EV step) (EXT. 51200)

Imej: JPEG (3:2) : 28M (6480x4320), 13.9M (4560x3040), 7.1M (3264x2176), 3.0M (2112x1408)
JPEG(16:9) : 23M (6480x3648), 11.9M (4608x2592), 6.2M (3328x1872), 2.4M (2048x1152)
JPEG (1:1) : 18.7M (4320x4320), 9.5M (3088x3088), 4.7M (2160x2160), 2.0M (1408x1408)
RAW : 28.0M (6480x4320)
* 3D Lens Image Size: JPEG(16:9) 5.9M (3232x1824), 2.1M (1920x1080)

File format: RAW (SRW ver2.0.0), JPEG (EXIF 2.3), MPO (for 3D Lens), DCF

Video:MP4 (Video: HEVC /H.265, Audio: AAC)

UHD 3840x2160 (30fps Only), 4K 4096x2160 (24fps Only), Full HD 1920x1080, 1280x720, 640x480
* 3D Lens Movie Recording Compatible only for Full HD

Frame rate: 60fps, 30fps, 24fps NTSC / 50fps, 25fps, 24fps PAL

Video Output:NTSC, PAL, HDMI

Ciri-ciri lain: SMART Mode: Action Freeze, Beauty Face, Fireworks, Landscape, Light Trace, Multi-Exposure, Night, Panorama (Live), Rich Tone (HDR), Samsung Auto Shutter, Silhouette, Sunset, Waterfall

NFC:NFC

Bluetooth:Bluetooth 3.0

Storan: SD,SDHC,SDXC,UHS-I,UHS-II

Bateri: BP1900 (1860mAh)

Dimensi: 138.5 x 102.3 x 65.8

Berat: 550g