Advertisement

Samsung NX Mini, Kecil Tapi Hebat

Berat badan kamera hanyalah 158gram dengan ketebalan 22.5mm sahaja menjadi tarikan NX Mini yang dikeluarkan Samsung yang telah mula dijual serta-merta.

Lebih menarik apabila ia didatangkan dengan lima warna yang sangat menawan iaitu putih, merah jambu, hijau, coklat dan hitam.

NX Mini memiliki skrin sentuh 3-inci yang boleh dilipat ke atas untuk mengambil gambar sendiri ataupun lebih dikenali dengan selfie. Lensa lebar membolehkan gambar diambil lebih luas pada jarak dekat. Rekabentuk yang nipis dan ringan pula memudahkan untuk jurugambar menyimpannya di dalam poket sekaligus digunakan pada bila-bila masa yang tak terduga.

NX Mini mampu menangkap gambar pada kualiti 20.5 megapiksel. Ia juga berupaya merakam video pada kualiti HD 1080p. Selain itu, mod 'Continuous Shot' mampu menangkap 6 gambar sesaat. Gambar yang dirakam NX Mini pula disimpan di dalam kad luaran mikroSD. Dengan sambungan wifi, gambar dari NX Mini boleh dimuat naik terus kepada Dropbox atau Flickr. Penggunaan NFC pula memudahkan gambar dikongsi dengan telefon pintar atau tablet.

Dengan kebolehan lensa bolehubah, Samsung memperkenalkan beberapa lensa khas untuk NX Mini dikenali dengan nama lensa NX-M. Lensa NX-M 9mm F3.5 ED sesuai untuk mengambil gambar lanskap atau potrait. Manakala NX-M 9-27mm F3.5-5.6 ED OIS pula ialah lensa boleh zoom dengan pengawal kestabilan supaya gambar tidak kabur. Lensa NX yang lain juga boleh digunakan dengan menggunakan NX-M Mount Adapter (ED-MA4NXM). Kesemua lensa ini dijual secara berasingan.

Kamera NX Mini dijual pada harga RM1399.