Teknologi Bateri Ganti Petrol Untuk Kereta

Salah satu penyelesaian kepada penggunaan bahan api seperti petrol yang digunakan bagi menampung tenaga yang menggerakkan kereta pastinya kini tertumpu kepada teknologi elektrik meskipun ada yang bercakap solar juga tenaga yang penting.
Dewasa ini, teknologi elektrik mula mendapat tempat bagi diletakkan dalam kenderaan seperti. Betul, ada yang katakan ia sebagai kereta hibrid dan sebagainya tetapi teknologi elektrik dalam kenderaan jelas bakal menjadi penentu kelestarian bahan api dan mesra.
Apabila saya maksudkan kelestarian bahan api, ia bermakna kita tidak perlu bergantung kepada penggunaan petrol yang terhasil daripada fosil yang berkurun lamanya bertapak di bawah tanah. Malah, ia juga semakin berkurangan.
Anda boleh bayangkan kenderaan pada masa depan tanpa petrol, anda tidak perlu ke stesen minyak untuk mendapatkan petrol tetapi cukup hanya mengecasnya di depan rumah atau parkir kenderaan yang disediakan.
Teknologi seperti ini sudah dipraktikkan di beberapa negara Eropah dan Jepun walaupun kereta yang menggunakannya tidaklah besar atau kapasiti tinggi seperti 1.6L dan ke atas. Tetapi di Korea Selatan, sudah terdapat bas yang menggunakan tenaga elektrik sepenuhnya untuk beroperasi seperti bas yang membawa penumpang ke menara telekomunikasi mereka di Seoul yang juga menjadi pusat pelancongan.
Bas tersebut dicas untuk tempoh yang memang lama, melebihi 12 jam tetapi ia berjaya mengurangkan asap dan mengelakkan Korea dari terlalu bergantung kepada penggunaan petrol yang terpaksa diimport oleh mereka.
Teknologi bateri dalam kereta elektrik yang digunakan sebagai penyimpan tenaga untuk menghidupkan kereta juga semakin mula mengalami evolusi yang membolehkannya tahan lama walaupun penggunaan seharian.
Bateri tersebut mestilah ringan, tahan lasak dan mempunyai keupayaan penjanaan yang tidak terhad. Bateri berkenaan juga mesti boleh dicas semula dalam masa singkat, di samping mempunyai tempoh boleh guna yang lama.
Kereta Nisaan Leaf yang sudah diperkenalkan di negara ini juga melambangkan teknologi kenderaan elektrik pertama menggunakan bateri dengan mencatat jualan sehingga 30 ribu unit di Amerika Syarikat dan Jepun. Kereta yang dipasarkan syarikat automotif dari Jepun itu melambangkan objektif mereka mencapai visi emisi sifar dalam mempromosi mobiliti bersih terhadap alam sekitar.
Model tersebut memberikan pengalaman pemanduan unik seperti kereta biasa, tetapi tidak menggunakan enjin dijana petrol atau diesel tetapi ia menggunakan teknologi kuasa motor elektrik sesuai untuk lima tempat duduk dewasa.
Bateri yang dicas penuh boleh dipandu sejauh 160 km namun begitu ia bergantung kepada corak pemanduannya dan tempoh mengecasnya dari kosong sampai penuh jumlah baterinya cuma mengambil masa tidak lebih 8 jam. Walaubagaimanapun, pengecas segera pun boleh hanya mengambil masa 30 minit untuk terus menjadikan bateri mencapai 80 peratus kapasiti dalam masa 10 minit mengecasnya dengan jarak pemanduan 50km.
Untuk platform mengecasnya pula, Panasonic membekalkan unit kecil seakan stesen minyak mini yang ditempatkan di lokasi tertentu. Setakat ini di Malaysia, Panasonic akan memperkenalkan kaedah sama bertempat di Bangsar manakala di Jepun, Panasonic sudah mempunyai sebanyak 100,000 lokasi di seluruh Jepun.
Anda boleh bayangkan tempat 'stesen minyak' mini (lebih baik kita gelarkannya sebagai stesen elektrik) untuk kereta di depan kedai runcit, rumah, tepi lebuh raya dan banyak lagi. Apa yang anda perlukan lakukan hanyalah letak kereta di tepi dan terus cas. Tiada lagi asap dan tiada lagi bayaran tinggi untuk petrol.
Panasonic juga bekerjasama dengan syarikat tertentu untuk merancang bandar pintar yang boleh menempatkan stesen tersebut di kawasan perumahan.
Adakah teknologi ini mampu dimanfaatkan di Malaysia?