Advertisement

Tip: Lupa Kata Laluan / Password Tablet? Nak Tahu Cara Untuk ‘Recover’

Cuba kita lihat senario di bawah:

“Eh, ayah baru jumpa tablet lama la jenis Samsung masa mula-mula keluar dulu? Dah berzaman tak on,” kata si ayah.

“Meh lah saya pakai,” jawab si anak.

“Boleh tapi kakak kau dah lupa password. Ayah tanya dia tadi, dia pun tak ingat password. Sekarang susahlah macam ni, kalau takde password macam mana nak buka tablet ini?” rungsing sungguh si ayah.

Melihat kepada senario di atas, berapa kali ia pernah terjadi kepada anda? Ketika mengemas rumah tiba-tiba terjumpa tablet lama atau saudara-mara, rakan dan pelbagai manusia lain yang memberi anda tablet lama mereka tetapi bila anda mahu membukanya, ia dikunci dengan password atau kata laluan. Sudah pasti anda mati akal tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Ada yang terus pergi ke kedai. Boleh juga tetapi berdasarkan pengalaman, anda mungkin dicaj sehingga RM100 walhal terdapat cara mudah bagi membuka semula tablet lama tanpa perlu ke kedai.

Apa yang boleh dilakukan ialah

1.Tutup/off dulu tablet

2.Tekan butang on dan volum turun/ vol down secara serentak

3.Apabila logo syarikat (misalnya Samsung) keluar, lepaskan butang power tetapi terus tekan butang vol down. Seperti foto A

4.Anda akan menyaksikan menu seperti dalam foto B. Pilih ’reboot system now’ menggunakan butang vol up atau vol down. Selepas pilih, tekan butang ‘Home’ pada tablet anda.

5.Ia akan memaparkan gambar logo Android. Biarkan selama beberapa minit. Mulakan kembali dengan langkah 1 hingga 3.

6.Pilih menu ke-3 pula iaitu ‘wipe data/factory reset’ (foto C). Selepas pilih, tekan butang home, ia akan meminta anda memilih ‘Yes- delete all user data’. Tekan butang Home sekali lagi dan ia akan melakukan reset semula kepada tablet. Selepas itu, ia akan membawa anda masuk semula ke antaramuka tablet.

Perlu diingatkan, ia bermakna anda memadam semua data di dalamnya termasuk aplikasi (kecuali yang default), gambar-gambar yang disimpan dan sebagainya. Tetapi tablet anda kini baru seperti bayi yang baru dilahirkan.