Video YouTube popular 2012

YouTube sememangnya menjadi laman sosial video yang hebat sehinggalah melahirkan ramai individu yang mampu mencipta video kreatif sehingga mewarnai kehidupan seharian kita.
Bayangkanlah statistiknya begini, lebih 800 juta pengunjung YouTube setiap bulan dengan lebih 4 bilion jam video ditonton untuk tempoh sama manakala 72 video dimuat turun setiap minit di laman yang kini berada di 43 negara melangkaui 60 bahasa berbeza.
Jika kita meninjau tahun 2012, banyak videk yang menggegarkan dunia serta merubah dunia hiburan berteknologi termasuk video popular di Malaysia.
Masanya telah tiba untuk kita berhenti sejenak, memutar semula dan mengingati kembali beberapa video, penghibur, dan detik-detik yang membuat anda tertawan pada tahun 2012.
Tahun ini, muzik Pop Korea melangkaui sempadan dan menular ke seluruh dunia. Lagu nyanyian semula, ‘parody’ , dan video muzik "hasilan sendiri" daripada semua genre menghiburkan kita tidak kira di mana jua. Dan anda telah mengambil bahagian dalam perbualan pada skala global, memuat naik video untuk berkongsi idea mengenai segala-galanya daripada kempen bebas, ke satira politik, ke suara dan bakat-bakat baru yang menakjubkan. Selain itu, di seluruh dunia, anda menyaksikan rakaman berita paling terkini pilihan raya presiden, bencana alam dan banyak lagi.
2012 telah menjadi tahun yang bermakna untuk YouTube. Dunia telah menonton lebih 4 bilion jam video sebulan. Jutaan pencipta menggunakan saluran YouTube untuk bereksperimen dengan pelbagai bentuk hiburan yang inovatif, meneroka minat mereka, mengangkat kreativiti dan budaya pop ke tahap yang baru. Video-video terhangat 2012 mempamerkan kepintaran kreatif dalam cara yang kita tidak pernah terfikir mampu dilakukan.
Saksikan saluran YouTube Rewind untuk meneroka video terhangat sepanjang tahun dan saluran-saluran popular di negara anda. Di peringkat global, berikut adalah apa yang kita semua bualkan pada tahun 2012:
Video Terhangat di YouTube Malaysia
1. PSY - GANGNAM STYLE (강남스타일) M/V
2. [MTV] Sleeq & Najwa Latif - Untuk Dia
3. BIGBANG - FANTASTIC BABY M/V
4. PSY (ft. HYUNA) 오빤 딱 내 스타일
5. ORANG SABAH STYLE (OPPA GANGNAM STYLE PARODY)
6. Maher Zain - Number One For Me | Official Music Video
7. BIGBANG - BLUE M/V BIGBANG
8. KL STYLE - JinnyboyTV
9. [MTV] Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza - Muara Hati (OST Adam & Hawa)
10. UPIN & IPIN 2012 (Season 6) - Tangkap Dia! (EPISODE 2)

Video Terhangat di YouTube.com (seluruh dunia)
1. PSY - GANGNAM STYLE (강남스타일) M/V
2. Somebody That I Used to Know - Walk off the Earth (Gotye - Cover)
3. KONY 2012
4. "Call Me Maybe" by Carly Rae Jepsen - Feat. Justin Bieber, Selena, Ashley Tisdale & MORE!
5. Barack Obama vs Mitt Romney. Epic Rap Battles Of History Season 2.
6. A DRAMATIC SURPRISE ON A QUIET SQUARE
7. WHY YOU ASKING ALL THEM QUESTIONS? .. #FCHW
8. Dubstep Violin- Lindsey Stirling- Crystallize
9. Facebook Parenting: For the troubled teen.
10. Felix Baumgartner's supersonic freefall from 128k' - Mission Highlights