BN PILIHAN TERBAIK BAGI MAHASISWA MENCORAK MASA DEPAN NEGARA - PEMIMPIN PELAJAR

  • It’s Obama’s right to see Anwar or not, says Dr Mahathir – Bernama
    It’s Obama’s right to see Anwar or not, says Dr Mahathir – Bernama

    Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad said it was up to the president of the United States whether to see opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim or not. "It is his (Obama) right, up to him who he wants to see, he does not even want to see me, a former prime minister," Dr Mahathir (pic) told reporters in Putrajaya today. He was... …

  • Karpal’s Bukit Gelugor seat will stay DAP’s, analysts say
    Karpal’s Bukit Gelugor seat will stay DAP’s, analysts say

    GEORGE TOWN, April 24 — Analysts believe that Barisan Nasional (BN) does not stand a fighting chance in Bukit Gelugor, and even said it may not be worth the ruling pact’s time to contest the seat... …

  • Tuhan Harun case postponed again to July 22 – Bernama
    Tuhan Harun case postponed again to July 22 – Bernama

    The Lower Shariah Court today postponed again the case of leader of the “Tuhan Harun” deviant sect, Harun Mat Saat, to July 22. Judge Abdul Wahid Mohd Ali set the date after hearing the application from Pahang Islamic Religious Department deputy prosecutor Mohd Fahmi Abd Jalil that he needed more time to examine the legal representation... …

  • What if flight MH370 is never found?
    What if flight MH370 is never found?

    Despite assurances from Malaysia and Australia that the search will continue for Malaysia Airlines flight MH370, the lack of significant leads after almost seven weeks are leading many to ask: What if the jetliner that disappeared over the southern Indian Ocean is never found? At the start of the massive international search effort, such a... …

  • New law to give Sarawak natives freedom in purchasing customary rights land
    New law to give Sarawak natives freedom in purchasing customary rights land

    Bumiputera from Sarawak could eventually buy Native Customary Rights (NCR) land outside their ethnic group or community when the state amends its Land Code in November. Chief Minister Tan Sri Adenan Satem (pic, right), in disclosing the government's intention to table the amendment at its Budget sitting, said with the amendment the Iban, for... …

  • Cops cannot declare May Day rally illegal, lawyer says
    Cops cannot declare May Day rally illegal, lawyer says

    KUALA LUMPUR, April 24 — There are no provisions under the Peaceful Assembly Act (PAA) 2012 that allows the authorities to declare the anti-GST rally planned for May 1 as illegal, human rights... …

KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) merupakan pilihan

terbaik bagi mahasiswa dan generasi muda yang ingin turut mencorakkan masa depan

negara lantaran kesungguhan usaha pemimpin BN yang hasilnya telah terbukti dan

dinikmati sekarang.

Seorang pemimpin mahasiswa Azri Norfikri Aziz berkata kesungguhan BN memberi

perhatian terhadap kebajikan mahasiswa dan generasi muda kini lebih terserlah

dalam Aku Janji yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kami yakini Aku Janji BN yang jelas akan membela nasib rakyat yang belum

terbela dan meningkatkan kesejahteraan semua lapisan masyarakat.

“Terpenting dan sangat dihargai ialah apabila diberikan peluang melalui

peruntukan undang-undang yang dipinda dalam Perkara 15 (2) (c) Akta Universiti

Kolej Universiti (Pindaan) 2012 atau lebih dikenali dengan AUKU yang membolehkan

kami bergiat dalam politik di luar kampus,” katanya kepada Bernama di sini hari

ini.

Pemimpin mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) itu berkata golongan

mahasiswa inginkan suasana politik yang matang, harmoni, berintergriti dan

mendukung prinsip undang-undang dan mereka peka perkembangan isu-isu semasa

serta sedar akan tanggungjawab mahasiswa untuk mencorak masa depan negara.

-- LAGI

PRU13-MAHASISWA 2 KUALA LUMPUR

Azri Norfikri berkata BN merupakan satu-satu pilihan yang ada bagi mahasiswa

dan generasi muda lain yang ingin melihat Malaysia mencapai matlamat Wawasan

2020 menjadi negara maju berpendapatan tinggi, kekal aman dan harmoni, makmur

dan sejahtera.

“Ini kerana ketika pucuk pimpinan BN dalam tempoh kempen PRU13 sekarang

giat menjelaskan kepada rakyat pelbagai usaha dan inisiatif nyata yang telah dan

akan dilaksanakan BN, para pemimpin pembangkang pula terus menerus menabur

janji-janji yang mustahil dapat dilaksanakan, apatah lagi menabur fitnah dan

tohmahan yang tidak putus-putus,” katanya.

Untuk mengelak rakyat daripada cuba ditipu dan dibohongi pembangkang, beliau

dan rakan-rakannya dari UUM kini turut berkempen untuk BN di Kedah dan berterima

kasih kerana diberi peluang berucap di pentas-pentas kempen BN, yang sekali gus

mendedahkan mereka dengan lebih jelas kepada realiti politik semasa.

Menjanjikan sokongan padu kepada Najib dan BN, beliau berkata kepercayaan

yang diberikan BN kepada mahasiswa itu merupakan satu bukti jelas usaha

transformasi yang dilaksanakan Perdana Menteri.

Ditanya kenapa memilih Kedah sebagai negeri tumpuan, beliau berkata banyak

isu kelemahan negeri di bawah pembangkang itu yang menyentuh hati mereka seperti

pengabaian nasib dan masa depan mahasiswa Kolej Universiti Insaniah Kedah (KUIN)

dan pembalakan haram yang memusnahkan alam sekitar di negeri itu.

-- LAGI

PRU13-MAHASISWA 3 (AKHIR) KUALA LUMPUR

Kebajikan mahasiswa harus diberi perhatian dengan serius, katanya, sambil

menambah bahawa mahasiswa jangan dijadikan mangsa kezaliman politik dan

ketidakupayaan pemimpin yang memegang tampuk pemerintahan negeri untuk mentadbir

dengan baik.

Azri Nofikri berkata rakyat Kedah hendaklah membuka mata terhadap

pembohongan kerajaan Pas dan kembali menyokong BN yang telah menggariskan

Aku Janji tambahan bagi negeri itu, yang akan membela nasib mereka.

“Pelbagai pelan tindakan BN seperti membangunkan pusat industri minyak dan

gas di Yan dan Bandar Getah bertaraf antarabangsa di Padang Terap mampu

menawarkan 13,000 peluang pekerjaan. Kami mahasiswa sangat menyokong cadangan

ini.

“Selain itu, kami mahasiswa juga menyokong usaha BN untuk memperkasakan

pengajian pondok dan tahfiz selari dengan iltizam untuk membangunkan masyarakat

yang berilmu,” katanya.

Beliau berkata para ibu bapa kepada mahasiswa dan generasi muda lepasan

sekolah sekarang juga wajar ingat bahawa mereka perlu memilih sebuah kerajaan

yang mampu menyediakan peluang pekerjaan yang cukup kepada anak-anak mereka yang

akan memasuki alam pekerjaan dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Mengundi bukanlah untuk mencuba-cuba kerana kalau tersalah pilih habislah

masa depan dan peluang membina kehidupan anak-naka yang lebih baik termasuk kami

golongan mahasiswa yang menjadi harapan keluarga,” katanya.

-- BERNAMA

MNY MNY

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer The Malaysian Insider
    MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer

    The partner of an American passenger aboard the missing Malaysia Airlines flight MH370 has spoken about how a Fox executive who was recently sacked by the news station had contacted her offering to raise funds on her behalf. Sarah Bajc, whose partner Philip Wood is among the 239 people on board the missing plane, told the Sydney Morning Herald... …

  • My last moments with Pa: Ramkarpal Singh The Malaysian Insider
    My last moments with Pa: Ramkarpal Singh

    A week after the tragic crash that took the lives of veteran lawyer and politician Karpal Singh and his personal aide, Michael Cornelius, his son Ramkarpal recounts the final hours with his father that fateful day. This is his story, as told to V. Anbalagan, assistant news editor. “My parents (Karpal and Gurmit) had gone to Pantai Hospital... …

  • The Poop on Pooping: 5 Misconceptions Explained LiveScience.com

    Here is the truth behind five common misconceptions about defecating. Misconception No. 1: Daily pooping is normal, and optimal. …