BUKIT FRASER TAMAN BURUNG SEMULAJADI MALAYSIA

  • Umno MP admits to Facebook photos of Karpal in death
    Umno MP admits to Facebook photos of Karpal in death

    KUALA LUMPUR, April 19 — Under-fire Umno lawmaker Datuk Nawawi Ahmad admitted today to uploading photos of slain DAP leader, Karpal Singh on the Internet using his smartphone. The Langkawi MP... …

  • We love you, Tiger of Jelutong, grandchildren bid Karpal farewell
    We love you, Tiger of Jelutong, grandchildren bid Karpal farewell

    The late Bukit Gelugor MP Karpal Singh was given a moving tribute and farewell by his grandchildren tonight, who vowed to take up the mantle of Tiger of Jelutong. The 11 grandchildren, aged between 1½ years and 11, showed the media a poster which they had made together. "Singh is King. We love you, Tiger of Jelutong. We will miss you. Jangan... …

  • ‘I’ll be the next Tiger of Jelutong’, says Karpal’s eldest grandson
    ‘I’ll be the next Tiger of Jelutong’, says Karpal’s eldest grandson

    GEORGE TOWN, April 19 — In a sign that Karpal Singh’s legacy will not be forgotten, his eldest grandson pledged today to become as fearless and dedicated a lawyer his late grandfather once was.... …

  • More seats will check gerrymandering, says opposition
    More seats will check gerrymandering, says opposition

    While Pakatan Rakyat supports the creation of more parliamentary seats in the next redelineation exercise as a means to check malapportionment, academics and non-governmental organisations have warned that it will not necessarily improve the quality of elected representatives. PAS election director Dr Mohd Hatta Ramli said the opposition pact... …

  • Learner drivers can take test in auto cars from June – Bernama

    The Road Transport Department (RTD) will allow learner drivers to be tested in automatic transmission vehicles starting in June. Deputy director-general of RTD Datuk Yusoff Ayob said there had been delays in implementing the move because of technical problems involving the printing of the driving education curriculum. "The printing of the... …

  • In Karpal, slain Beng Hock’s kin saw a beacon of hope
    In Karpal, slain Beng Hock’s kin saw a beacon of hope

    GEORGE TOWN, April 19 — The house at Number 144A Jalan Utama has seen a ceaseless stream of visitors since morning. They came from all walks of life, mostly in groups, sometimes alone to offer... …

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Bagi warga Lembah Kelang yang berminat

memerhati burung, Bukit Fraser yang terletak 130 kilometer dari ibu negara

merupakan tempat terdekat dan yang terbaik bagi aktiviti itu.

Bukit Fraser ibarat taman burung semulajadi dengan lebih 260 spesis burung

endemik dan hijrah menjadikan kawasan tanah tinggi itu sebagai tempat tinggal

atau tempat persinggahan.

Oleh itu tidaklah ganjil yang lokasi tanah tinggi ini diiktiraf sebagai

salah satu destinasi memerhati burung yang terbaik di Malaysia oleh Kementerian

Pelancongan pada 2009.

Bukit Fraser yang terletak di banjaran Titiwangsa, Pahang pada ketinggian

1,524 meter dari aras laut dan bersuhu sekitar 17 hingga 24 darjah celcius

menawarkan flora dan fauna tersendiri.

MENGENAL SPESIS BURUNG

Bukit Fraser merupakan satu-satunya tempat yang menganjurkan perlumbaan

mengenal burung antarabangsa (International Bird Race) di Malaysia setiap tahun

sejak 1988.

Edisi kali ke 25 baru-baru ini dari 22-23 Jun mendapat sambutan baik

peserta dari dalam dan luar negara dengan 49 pasukan mengambil bahagian

berbanding tiga pasukan sahaja semasa acara itu diadakan buat julung kali pada

1988.

Acara itu dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (PKBF) dengan

kerjasama pelbagai agensi kerajaan, swasta, Badan Bukan Kerajaan (NGO) termasuk

Malaysian Nature Society. Ia juga merupakan salah satu daripada acara tahunan

dalam kelendar pelancongan negeri Pahang.

Perlumbaan itu memerlukan pasukan yang bertanding mengesan sebanyak mungkin

spesis burung dalam laluan dan masa yang telah ditetapkan.

Renung sahaja ke arah dahan-dahan pokok, pasti akan dapat lihat kelibat

pelbagai jenis burung dengan pelepah berwarna-warni dan dalam pelbagai bentuk

dan saiz. Kicauan serta teriakan burung di persekitaran yang tenteram melegakan

lagi minda dan hati pemerhati.

SPESIS BURUNG

Antara spesies burung endemik yang mudah ditemui di Bukit Fraser adalah

''Rhinoceros hornbill'', ''mountain tailorbird'', ''silver eared mesia'', ''chestnut

capped thrush'', ''mountain imperial pigeon'' dan ''long tailed sibia''.

Sebanyak 20 spesis burung hijrah dari sejauh Siberia, Jepun dan China boleh

juga ditemui apabila mereka singgah di situ pada tempoh waktu tertentu. Antara

burung hijrah ini adalah ''rare-winged pitta''.

Terdapat juga burung-burung darat pemalu seperti kuang yang muncul di mata

mereka yang sanggup menunggu dengan penuh sabar.

PEMENANG PERLUMBAAN

Perlumbaan kali ini dimenangi pasukan Aquilas dari Pulau Pinang yang terdiri

daripada James Ooi, Tan Choo Eng dan Choy Wai Mun bagi kategori Advance

dengan pasukan itu berjaya merekodkan 68 jenis burung.

Manakala bagi kategori Novice dijuarai oleh pasukan Qaleed terdiri daripada

Norhayani Jalaweh, Mohd. Asrul Abdullah dan Qaleed al-Amin Mustareem dengan

merekodkan 51 jenis burung.

Pengurus PKBF Datuk Md Hanafiah Abdul Talib berkata antara tujuan perlumbaan

mengenal burung itu adalah memupuk kesedaran terhadap pentingnya khazanah alam

semulajadi dipelihara dan dikekalkan untuk dinikmati oleh generasi akan datang.

"Kami tidak melakukan sebarang pembangunan di sini kerana kami sangat

utamakan keindahan semulajadi. Jika kami lakukan sebarang pembangunan ia akan

mencacatkan landskap semulajadinya," katanya.

"Perlumbaan burung ini juga boleh menarik lebih ramai pelancong domestik dan

juga antarabangsa dan secara tidak langsung dapat mempromosi Bukit Fraser

sebagai sebagai salah satu destinasi percutian tanah tinggi yang unggul di

Malaysia.

"Acara ini juga bertujuan melindungi dan memelihara alam semulajadi

Bukit Fraser yang kaya dengan keindahan flora dan fauna dan juga sebagai

sanktuari burung," katanya kepada Bernama selepas perlumbaan itu baru-baru ini.

"Orang ramai yang datang ke Bukit Fraser juga boleh menenangkan fikiran

kerana keadaan cuaca di situ agak segar tanpa sebarang gangguan seperti bunyi

bising kenderaan," katanya.

Mengikut rekod kedatangan pelancong Bukit Fraser kira-kira 100,000 orang

berkunjung ke pusat percutian tanah tinggi itu setiap tahun dengan kebanyakan

mereka adalah peminat bunga dan unggas.

-- BERNAMA

AE PR

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • Langkawi MP unrepentant, continues insults on late Karpal, says Facebook user The Malaysian Insider
    Langkawi MP unrepentant, continues insults on late Karpal, says Facebook user

    A Barisan Nasional MP whose Facebook posting poking fun at the death of Karpal Singh shocked Malaysians has again insulted the late DAP leader, this time comparing him to a hostile figure in Islamic history who fought against Prophet Muhammad. Facebook user Shamsul Kamal Ariffin Mohd Nasir, 42, told The Malaysian Insider that Langkawi MP,... …

  • Karpal’s car crashed into lorry, not the other way around, says Perak police The Malaysian Insider
    Karpal’s car crashed into lorry, not the other way around, says Perak police

    Initial investigations have revealed that Karpal Singh’s Toyota Alphard crashed into a five-ton lorry in the accident yesterday that claimed his life and that of his assistant, Perak police said today. State police chief Datuk Acryl Sani Abdullah Sani also dismissed rumours and speculation that the accident was caused by the lorry crashing... …

  • Interfaith group ‘worried’ that ex-judge can have such ‘racist’ views The Malay Mail Online
    Interfaith group ‘worried’ that ex-judge can have such ‘racist’ views

    KUALA LUMPUR, April 19 — An interfaith group expressed shock today at the “racist” views of a former high-ranking judge who had called the presence of large Hindu and Buddhist statues in the... …