Closure PSN – Selangkah ke alam fantasi

Publisher: Eyebrow Interactive
Developer: Eyebrow Interactive
Genre: Puzzle platform
Specs: Permainan PC berasaskan web, boleh didapati di Playstation menggunakan PSN. Versi Playstation diuji

Keputusan: Walaupun hanya hitam putih, namun grafiknya amat menarik dan mempunyai masalah yang mencabar untuk diselesaikan sampai anda tak akan puas bermain dengannya.

Closure PSN

Di mana ada cahaya, di situ ada bayang dan juga sebaliknya. Closure menggunakan cahaya berbeza sedikit, di mana tempat tiada cahaya, di situ tidak ada apa-apa yang wujud. Sebelum anda mula bermain, sedikit pengenalan. Closure adalah satu permainan video di mana anda menggunakan cahaya dan baying-bayang untuk bermain, dimana ia memperkenalkan beberapa konsep menarik dari yang lain. Tidak selalu permainan video kecil percuma menjadi popular sampai dikeluarkan untuk konsol. Dari permainan Flash, ia telah diadaptasi kepada permainan penuh untuk PSN.

Anda akan mengawal satu makhluk berkaki empat di dalam permainan ini, dan pada setiap tahap permainan, anda akan memasuki badan tiga orang yang berbeza; ini termasuk seorang pekerja pembinaan dan juga seorang budak perempuan. Setiap pintu ada 24 masalah berbeza untuk diselesaikan, dan masalah tambahan akan diberi selepas masalah asal diselesaikan.

Menyelami Permainan

Dihumban ke dalam dunia yang penuh kegelapan, anda akan mengawal satu makhluk yang menyerupai labah-labah berkaki empat dan bertangan dua. Menggunakan satu bebola yang menjadi sumber cahaya bagi makhluk itu, pemain perlu mengembara ke dalam dunia gelap ini. Selepas bermain ia menjadi jelas bahawa dunia ini bukan sahaja kegelapan, ianya dunia yang tiada (nothingness).

Dimana ada cahaya, disitu anda boleh terokai. Tak lebih tak kurang. Jauh sikit dari sumber cahaya itu, anda akan jatuh ke dalam gaung yang tiada penghujung. Dengan pengetahuan ini, anda perlu memasuki pintu tertentu, dan mengawal manusia untuk menyelesaikan masalah yang berdasarkan cahaya.

Selain dari menyelesaikan masalah, ada juga gegat perak yang tersembunyi tahap permainan tertentu yang memerlukan anda menyelesaikan tahap ini dengan cara berbeza, atau teroka ke seluruh tahap untuk mencari benda yang mungkin tak disedari oleh pemain. Fungsi gegat ini menambah kelainan kepada Closure. Ada 30 gegat berlainan untuk dikutip untu mendapatkan penghujung  sebenar permainan ini, jadi saya syorkan anda mendengar dengan teliti di setiap ketika kerana mereka mengeluarkan bunyi loceng kecil untuk memberitahu anda mereka di tahap tersebut.

Closure PSN dalam game

Pening Dengan Masalah

Pada mulanya penyelesaian untuk masalah yang diberikan agak senang. Ada dinding, gelapkan dinding itu,  ia akan hilang dan anda boleh lalu dengan mudah. Namun semakin jauh anda pergi semakin susah masalah yang diberikan. Sebagai contoh - ada pintu terkunci yang anda perlu cari kunci, namun kunci ini tidak memancarkan cahaya, jadi anda perlu mencari jalan bagaimana untuk membawa kunci ini ke pintu, kerana anda hanya boleh memegang satu benda saja dalam satu masa.

Ada beberapa benda yang boleh menolong anda di dalam permainan ini, dari kotak dan tayar sehinggalah peralatan yang dikuasai oleh bebola cahaya. Sesetengah daripada barangan ini akan menambah jumlah bebola cahaya manakala yang lain hanya mengubah kedudukan bebola cahaya ini. Walaupun bunyinya  senang namun perlu diingat - anda perlu berada di dalam cahaya, jika tidak anda akan jatuh ke bawah. Bebola cahaya yang bergerak juga berfungsi sebagai jambatan jika ia bergerak mendatar atau sebagai lif jika ia bergerak ke atas. Agak susah untuk menerangkannya, namun anda akan faham apabila bermain permainan video ini.

Closure juga memperkenalkan beberapa mekanik permainan lain bagi menyenangkan penyelesaian seperti lampu sorot yang boleh diubah, suis, ruangan lutsinar dan juga kawasan di mana anda tidak boleh meletakkan benda yang anda pegang. Ruangan lutsinar menarik, kerana anda boleh membuat aras baru dengan menggunakan cahaya dan ais.

Benda Yang Sama Aje

Namun begitu saya rasa saya mengulangi benda yang sama saja walau sebanyak mana mekanik baru diperkenalkan apabila sudah separuh jalan di dalam permainan ini. Selain dari perasaan déjà vu, yang saya tak suka adalah ianya sangat senang untuk gagal di dalam Closure. Oleh kerana ianya amat senang untuk mengubah sestau benda menjadi benda yang salah, ia boleh menyebabkan kegagalan yang segera. Beberapa kali saya melompat, sangat menyedihkan untuk melihat kotak yang penting jatuh ke bawah kerana kehilangan sumber cahaya yang saya sedang pegang.

Mungkin saya terlampau biasa dengan permainan yang mempunyai masalah yang agak senang untuk diselesaikan- walaubagaimanapun  terdapat beberapa tahap memang memerlukan perancangan yang rapi untuk diselesaikan. Kesilapan di saat akhir memang agak menyakitkan hati. Dinasihatkan agar untuk sentiasa merancang dan memberi perhatian kepada segala masalah yang ada untuk tidak melakukan kesilapan besar

Akhir Sekali...

Closure menawarkan pengalaman yang agak berbeza dengan suasana yang agak suram bagaikan filem Tim Burton. Dengan hanya menggunakan idea tiada cahaya untuk digunakan, ia menambah lebih lagi kepada permainan masalah biasa yang tradisional. Walaupun kehilangan momentum di tengah, namun Closure patut dimain oleh sesiapa sahaja yang mencari pengalaman baru.

How do you feel about this article?

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.