DAGING KUDA ANTARA MENU DI KAZAKHSTAN

  • Express bus drivers say crashes not entirely their fault
    Express bus drivers say crashes not entirely their fault

    KUALA LUMPUR, April 24 — Swift enforcement and a proper monitoring system must be put in place as bus drivers and passengers shared their views over the Transport Ministry’s latest guidelines on... …

  • MH192’s number three main wheel burst during take off, says Hishammuddin – Bernama
    MH192’s number three main wheel burst during take off, says Hishammuddin – Bernama

    Preliminary investigation findings on the Malaysia Airlines (MAS) flight MH192 incident has revealed that the number three main wheel of the aircraft had burst during take off. Acting Transport Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein (pic) said the aircraft was currently grounded at the MAS Engineering facility in Kuala Lumpur International... …

  • Bible banned from Pahang hotel rooms – Bernama

    The Pahang Islamic and Malay Customs Council (MAIP) has prohibited hotel proprietors in the state from placing religious reading materials of other religions other than Islam in their rooms. According to MAIP deputy president, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan, a letter of prohibition on the matter had been sent to 147 hotels across the... …

  • Pre-lim report to ICAO not public, yet

    Malaysia has yet to decide on whether the preliminary report on the MH370 incident submitted to the International Civil Aviation Organisation (ICAO) will be made public.   "We have issued the preliminary report. We've sent it to ICAO but we have not made a decision to release to media or the public," Department of Civil Aviation Chief Azharuddin Abdul Rahman said during a press conference in Kuala Lumpur.   Asked again on why it will not be released to public, although it is common practice, …

  • Take second job to tackle household debt, urges AKPK – Bernama
    Take second job to tackle household debt, urges AKPK – Bernama

    The Credit Counseling and Debt Management Agency (AKPK) has urged Malaysians to take a second job to help them tackle the high rate of household debt. Chief executive officer Koid Swee Lian (pic) said those in the teaching line, for example, could give extra classes to earn more money. "Teachers could earn more money by giving tuition to... …

  • International team probing MH370 to be finalised next week, Hishammuddin says
    International team probing MH370 to be finalised next week, Hishammuddin says

    KUALA LUMPUR, April 23 — Malaysia expects to finalise by next week the list of members on the independent team of experts commissioned by Putrajaya to carry out an extensive probe on the... …

Rencana dua siri ini susulan lawatan penulis ke Kazakhstan sempena sambutan

ulangtahun kemerdekaan ke-21 negara berkenaan yang diraikan pada 16 Dis.

Bahagian kedua berkisar mengenai keistimewaan masakan tradisi dan

lawatan membeli-belah.

ASTANA (Kazakhstan), 11 Jan (Bernama) -- Kazakhstan adalah sebuah negara

yang kaya dengan hasil bumi seperti minyak, uranium dan gas asli di samping

mempunyai himpunan budaya yang unik.

Masyarakat di Kazakhstan terkenal dengan sifat yang peramah. Bagaimanapun,

orang luar mungkin menghadapi masalah untuk berkomunikasi memandangkan bahasa

Inggeris tidak digunakan secara meluas di sini.

Negara ini juga mempunyai keunikan yang berbeza daripada negara lain

terutama dari segi makanan tradisi dan budaya yang berwarna-warni.

BESHPARMAK DAN KASAN

Di Kazakhstan, penulis berpeluang menikmati beberapa masakan tempatan.

Antaranya ialah Beshparmak, sejenis hidangan popular di negara ini dan

diperbuat daripada daging kambing, biri-biri atau kuda.

Daging itu akan direbus dalam ''Kasan'', sebuah periuk besi yang digunakan

secara tradisi di Kazakhstan.

Direbus selama beberapa jam bersama rempah seperti parsli, ketumbar, bawang

dan lada hitam, daging itu kemudiannya akan direneh sehinggalah menjadi sup.

Ia kebiasaannya dimakan bersama kentang dan mee yang menyerupai kepingan

lasagna sangat nipis dan halus.

Mengapa dipanggil Beshparmak?

Menurut penduduk tempatan di sini, hidangan ini dimakan dengan menggunakan

tangan pada zaman dahulu dan disebabkan itulah ia dipanggil Beshparmak yang

bermaksud “lima jari”.

Bagaimanapun, peredaran masa dan arus globalisasi menyaksikan pelbagai

perubahan kehidupan telah menyuntik pembaharuan dalam gaya pemakanan masakan

tradisi itu apabila mereka kini lebih gemar mengguna sudu atau garpu semasa

menikmati hidangan itu.

Rasanya sama seperti sup biasa cuma tidak pedas dan tawar.

HIDANGAN DAGING DAN SUSU KUDA

Pengalaman pertama penulis mencuba hidangan haiwan berdarah panas ini

adalah satu pengalaman pelik, tetapi menyeronokkan!

Secara peribadi, penulis terbayangkan seolah-olah seekor kuda sedang berlari

semasa pertama kali mencuba daging kuda.

Rasanya? Sama seperti daging lembu atau kambing tetapi agak liat.

Manakala, susu kuda pula kurang lemak dan tidak pekat seperti susu lembu.

Daging kuda ini akan dimasak mengikut cita rasa dan selera si pemakannya

sama ada secara sup, panggang atau dibuat ''steak''.

Seorang penggemar daging ini, Makhambet Yensegenov (HE), 28, berpendapat

daging kuda lebih enak berbanding daging lembu atau kambing.

Malahan daging ini juga mempunyai kandungan khasiat dan protein yang tinggi,

serta rendah kolesterol dan tidak menggemukkan.

''RAKMET'' GREEN BAZAAR

Tidak lengkap rasanya jika tidak membawa pulang buah tangan dari negara

orang sebagai tanda kenang-kenangan.

Justeru penulis bersama kumpulan wartawan yang lain dibawa membeli-belah di

sebuah bazar dikenali sebagai Green Bazaar, di Almaty yang menjual pelbagai

jenis produk makanan, kraftangan dan bunga segar antaranya ros dan tulip.

Sepanjang berada di bazar itu penulis agak tertarik melihat sehelai t-shirt

yang tertulis perkataan ''Astana''. Timbul masalah apabila peniaga wanita itu

tidak fasih berbahasa Inggeris menyebabkan situasi tawar menawar sukar

dijalankan.

Namun, penulis kagum dengan semangat gigih peniaga wanita itu untuk

menerangkan harga yang ingin diberikan kepada penulis sehingga menimbulkan

insiden yang melucukan apabila penulis meminta untuk melihat terlebih dahulu

t-shirt tersebut.

Sebaliknya dengan pantas peniaga tersebut terus membungkuskannya ke dalam

beg plastik.

Dengan hanya menggunakan isyarat jari sambil mulut penulis berkata ''No''

barulah peniaga wanita memahami keinginan penulis.

Walaupun mempunyai masalah komunikasi tetapi peniaga wanita itu masih tetap

tersenyum dan sabar melayan kerenah pelanggannya yang tidak memahami bahasa

''Kazakhstan''.

Akhirnya, penulis membeli t-shirt berkenaan dengan harga istimewa iaitu dua

pasang dengan harga 2000 Teng (RM40). Penulis juga sempat mengucap "rakmet"

(terima kasih dalam bahasa Kazakhstan) kepada peniaga berkenaan.

Rata-rata kebanyakan barangan yang dijual di sini tidak terlalu mahal dan

mampu dibeli.

''LUBUK'' PERNIAGAAN ANTARABANGSA

Meskipun, jadual program agak padat namun penulis bersama rakan media

Malaysia sempat meluangkan masa bagi memenuhi undangan makan tengah hari bersama

Duta Malaysia ke Kazakhstan, Datuk Ahmad Rasidi Hazizi bersama kakitangan

kedutaan di kediamaan rasmi kedutaan Malaysia di sana.

Kunjungan kami disambut meriah dengan pelbagai hidangan enak bertemakan menu

Malaysia antaranya laksa Penang, nasi minyak, kerabu mangga, rendang ayam dan

teh tarik.

Di kesempatan itu, beliau tidak lokek menceritakan pengalaman dan

mengutarakan pendapat bahawa Kazakhstan adalah sebuah negara yang kaya dan

menyediakan ruang pelaburan luas kepada para usahawan dan pelabur Malaysia.

"Bagi saya Kazakhstan bukanlah ''landlock'' tetapi mereka adalah ''landlink''

kerana Kazakhstan menghubungkan kepada negara-negara seperti Rusia, China,

India, Eropah dan kepada negara lain.

"Kita mempunyai hubungan baik dengan negara ini sejak di bawah kepimpinan

bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri, Datuk Seri

Najib Razak," katanya dan menyifatkan Kazakhstan adalah sebuah negara yang

selamat.

Beliau berkata jumlah rakyat Malaysia yang bermastautin di Kazakhstan

dianggarkan 75 orang termasuk pasangan dan anak mereka, kesemua rakyat Malaysia

yang tinggal di sini adalah atas tujuan pekerjaan.

"Peluang perniagaan di sini terlalu luas, amat rugi jika kita tidak bijak

merebut peluang yang sudah terbuka.

"Negara-negara seperti China, Jepun, Korea dan Rusia telahpun lama membina

empayar di negara ini," katanya.

Tambah beliau sepanjang tahun 2011, seramai 17,462 warga Kazakhstan telah

melancong ke Malaysia, manakala bagi tempoh Januari hingga September 2012,

adalah 15,851 orang.

MALAYSIA TETAP DI HATI

Biarpun sudah dua minggu berada di Kazakhstan terlalu banyak ilmu, budaya

dan pengalaman yang diperoleh oleh penulis walaupun tidak banyak tempat yang

dikunjungi di Astana dan Almaty memandangkan keadaan musim sejuk dan bersalji.

Namun penulis tetap jatuh hati dengan negara yang begitu cantik dan indah

menawan ini.

-- BERNAMA

KNAZ CR

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer The Malaysian Insider
    MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer

    The partner of an American passenger aboard the missing Malaysia Airlines flight MH370 has spoken about how a Fox executive who was recently sacked by the news station had contacted her offering to raise funds on her behalf. Sarah Bajc, whose partner Philip Wood is among the 239 people on board the missing plane, told the Sydney Morning Herald... …

  • The Poop on Pooping: 5 Misconceptions Explained LiveScience.com

    Here is the truth behind five common misconceptions about defecating. Misconception No. 1: Daily pooping is normal, and optimal. …

  • Dr Ling’s son chose wine over woman, court hears The Malaysian Insider
    Dr Ling’s son chose wine over woman, court hears

    The son of former MCA president Tun Dr Ling Liong Sik today reached an out of court settlement with his ex-girlfriend in a breach of contract suit over seven properties registered under their joint names. Ling Hee Leong and businesswoman Teh Chee Yen agreed to settle out of court after he took the stand briefly and testified that he had chosen... …