Dell Berpusing-pusing Dengan Ultrabook Baru

Tiga produk baru dari Dell yang mengandungi sistem operasi terbaru Microsoft kini berada di Malaysia; XPS 12, XPS One 27 dan Inspiron One 23. Dell juga memberi peluang untuk pelanggan baru Dell untuk membeli perisian ini untuk dipasang ke pesanan baru mereka.

“Dell dan Microsoft telah bekerja keras untuk menjadikan teknologi lebih senang dicapai oleh semua dan lebih senang digunakan oleh sesiapa sahaja. Sejak dua dekad yang lepas, Dell sentiasa bekerja keras untuk mencapai cita-cita ini, dan dengan pengenalan produk baru Dell dengan Windows 8 ini, ianya satu lagi mercu tanda untuk kami di Malaysia.

Dell sentiasa memastikan bahawa kehendak pengguna sentiasa dipenuhi - sama ada ianya pengguna PKS yang memerlukan kuasa pengkomputeran dengan harga yang berpatutan, ataupun mereka yang mahir tentang teknologi dan mahukan yang terbaru dan terbaik untuk kegunaan mereka. Portfolio XPS Dell yang baru ini boleh memenuhi kehendak yang ramai, dan akan menjadi pemangkin untuk ramai mula menggunakan teknologi sesentuh di dalam kehidupan harian mereka,” kata Khoo Teng Guan, Pengurus Besar, Bisnes Konsumer, Dell Sales Malaysia

Model-model yang diumumkan termasuklah XPS 12 – sebuah Ultrabook unik di mana skrinnya boleh bertukar dari mod komputer riba kepada mod tablet dengan satu putaran sahaja. XPS One 27 semua-dalam-satu pula direka untuk mereka yang inginkan skrin beresolusi tinggi dan prestasi grafik yang besar.

Kesemua produk-produk ini kini berada di pasaran dari RM 3549, sama ada dari www.dell.com.my ataupun dari pengedar di seluruh Malaysia