Advertisement

Dera: Pemilik taska serah diri di IPPKL hari ini

Polis Johor jumpa syarikat keselamatan susulan kejadian amuk

Pemilik Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) Permata Harapan di Taman Melati yang dikehendaki polis berhubung dakwaan mendera kanak-kanak yang diasuhnya, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKKL) di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata wanita itu, Rozita Awang, 35, menyerah diri pada 10.30 pagi setelah diarah polis untuk berbuat demikian, semalam. Wanita yang mempunyai enam anak itu ditahan reman bermula esok, katanya kepada Bernama di sini.

Menurut laporan media, penderaan itu dikesan apabila seorang bapa merakam perbuatan wanita itu menerusi kamera yang disembunyikan di dalam beg anaknya.

Setakat semalam, lima laporan polis berhubung insiden itu juga dibuat di Balai Polis Sentul dan Balai Polis Wangsa Maju antara 29 Oktober dan 4 November lepas.

Berdasarkan laporan itu, dua kanak-kanak telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan kerana terdapat kesan lebam pada tubuh mereka manakala tiga lagi mendakwa anak mereka ketakutan ketika berada di taska berkenaan. - Bernama, 7 November, 2013.