DiGi menawarkan telefon baru….Nokia 3310??

Nampak gayanya syarikat telefon kuning ni cepat sangat nak buat ‘April Fool’. Mana tidaknya – jika anda ke laman web mereka di www.digi.com.my sekarang, anda boleh lihat mereka sedang menawarkan pakej-pakej telefon baru – yang menggunakan telefon pra-internet mudah-alih!

Diantara telefon yang ditawarkan oleh mereka termasuklan Nokia 3310 dan Motorola StarTac. Kedua-dua telefon klasik ini telah diperkenalkan sekitar awal abad ini – Nokia pada tahun 2000 dan StarTac pada 1996.

Lebih menggelikan hati adalah ulasan fungsi telefon tersebut – dan juga Internet percuma yang diberikan dengan setiap pembelian.

Jadi kalau anda nak telefon lain dari yang lain, pergilah ke DiGi dan pesan telefon Nokia 3310 baru anda.

Laman Web Pelik: Digi Tawar Telefon Lama