DiGi WWWOW Internet for All Awards 2012



SHAH ALAM, 24 Mac 2012

– Untuk tahun kedua berturut-turut, DiGi Telecommunications Sdn Bhd (“DiGi”) menganjurkan anugerah popular DiGi WWWOW Internet For All Awards 2012 bagi meraikan bakat-bakat dari seluruh tanahair dalam bidang media sosial, kandungan digital dan e-dagang. Pertandingan tahun ini akan berlangsung dari 24 Mac – 31 Mei dan akan menampilkan beberapa kategori dan penaja baru serta hadiah yang lebih lumayan.

Di samping penaja tahun lepas (ASTRO, Era.fm, Hitz.fm, Google, Exabytes Lowyat.net, MSN, Mudah.my, Nuffnang bloggers, Says.my dan Yahoo!), anugerah tahun ini berjaya meraih sokongan tujuh (7) penaja baru iaitu AirAsia X, Samsung Malaysia Electronics, Chartis Insurance, DiGi Simple MasterCard, InMobi, Innity dan Malaysiakini.

Dengan tema baru “Ilham” serta penaja, hadiah dan kategori baru, DiGi WWWOW Internet For All Awards 2012 telah dilancarkan hari ini oleh Sulin Lau, Ketua Bahagian Khidmat Pemasaran DiGi. Lebih 200 orang peserta dari pertandingan tahun lepas, wakil penaja, blogger-blogger terkemuka tanahair dan tokoh media sosial hadir di majlis tersebut bagi berkongsi pengalaman dan tips untuk berjaya di Internet.

Sebanyak 16 kategori anugerah telah diumumkan untuk DiGi WWWOW Internet For All Awards 2012:

1.    ASTRO “Top Online Over-Achiever Under 15”
2.    Nuffnang “Fave Makan-Makan Expert 2012”
3.    Nuffnang “Fave Kay Poh 2012”
4.    Lowyat.net “Fave Tech Head 2012”
5.    Says.my “Online Shop of the Year 2012”
6.    Nuffnang “Blogger of The Year 2012”
7.    Google “Most Inspiring Internet for Good Award 2012”
8.    Innity “Funniest Video of The Year 2012”
9.    InMobi “Mobile Short Film of The Year 2012”
10.   Malaysiakini “PhotoJournalist of The Year 2012”
11.   MSN “Breakthrough Star Performer of The Year 2012”
12.   Yahoo! “Social Media Gathering of The Year 2012”
13.   Mudah.my “Most Promising Webpreneur of the Year 2012”
14.   Samsung “App of the Year Award 2012”
15.   DiGi “WWWOW People’s Choice of The Year Award 2012” (berdasarkan undian popular)
16.   DiGi” WWWOW Of The Year 2012 (The Best of The Best)”

“Kebelakangan ini boleh dikatakan hampir kesemua aspek kehidupan di Malaysia telah mendapat sentuhan Internet. Bagi anugerah tahun ini, kami ingin mencapai dua perkara: pertama, memperluaskan kategori WWWOW bagi memperlihatkan kepelbagaian inovasi Internet – dari bisnes dan kreativiti hingga ke komuniti dan budaya. Kedua, kami ingin agar WWWOW mempercepatkan proses ‘pendebungaan

silang’ iaitu menggunakan inovasi dalam satu bidang bagi mencetuskan idea baru yang innovatif di bidang yang lain. Itulah sebabnya laman web wwwow.my yang baru telah direka khas untuk menjadi sumber inspirasi bagi seluruh rakyat Malaysia,” jelas Sulin.

“Tahun lepas, kami menerima lebih dari 230,000 undian untuk hampir 6,000 laman web, blog, kedai online, video, innovators serta personality yang bertanding. Tahun ini, dengan pengenalan kategori-kategori baru seperti “Mobile Short Film”, “App of the Year” dan “Webpreneur of the Year” serta hadiah-hadiah yang cukup lumayan yang ditawarkan, kami berharap DiGi WWWOW Internet for All Awards 2012 mampu untuk menjadi kayu ukur kepada kreativiti and kepintaran semua lapisan rakyat Malaysia dalam bidang digital.”

Penyertaan bagi DiGi WWWOW Internet For All Awards 2012 akan dibuka mulai 24 Mac hingga 22 April 2012. Seperti tahun lepas, semua yang berminat boleh mengundi untuk kesemua kategori yang mereka minati kecuali “The Best of the Best”, yang akan ditentukan oleh panel hakim yang turut menampilkan personaliti-personaliti Internet terkemuka. Undian terbuka akan berlangsung dari 23 April hingga 13 Mei 2012.

Pemenang-pemenang bagi kesemua 16 kategori akan diumumkan pada bulan Jun 2012. Hadiah yang ditawarkan termasuk tiket penerbangan, gajet pintar, kad debit prabayar dan banyak lagi hadiah lain dengan keseluruhannya berjumlah RM200,000.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau ingin mengetahui apa yang sedang dilakukan oleh pengguna-pengguna Internet paling kreatif di Malaysia, layarilah www.wwwow.my