Advertisement

Dimensi Ketiga – LG Optimus 3D Max P720

Dimensi (HxWxD): 126.8 x 67.4 x 9.6 mm
Berat: 148g
Prosessor: 1.2 GHz Cortex-A9 Dwi-teras
Memori: 1 GB RAM
Storan: 8 GB
Sistem Operasi: Android 2.3
Paparan: 4.3-inch 3D LCD capacitive touchscreen
Tambahan: microSD, up to 32GB

Nilai: 7/10
Ciri-ciri: 9/10
Prestasi: 7/10
Rekabentuk: 7/10
Penggunaan: 9/10

Quadrant: 2138

Hasil Ujian: 3D Pada Telefon. Kami suka

Skor: 7.8/10

Kadang – kadang ada orang cuba membuat benda baru. Contohnya Sony cuba memuatkan segalanya kepada telefon Xperia mereka. Namun tiada yang boleh dikatakan menonjol muncul lagi. Orang yang lagi pintar akan mengatakan yang paling penting adalah pemasaran dan juga focus jualan. Agak sukar untuk saya memberi pandangan pada isu ini. Apa yang saya boleh katakan adalah idea inovatif LG bagi memperkenalkan 3D pada telefon adalah sesuatu yang bagus

Keunikan Tersendiri

Jika seseorang mengatakan tentang 3D, pasti LG bukan benda pertama yang disebut. Terutama jika seseorang tak perlu memakai kacamata hodoh untuk menikmatinya. Walaupun begitu fungsi ini adalah fungsi paling unik bagi LG 3D Max P720. Nintendo adalah yang mula – mula cuba memasarkan konsep ini secara besar – besaran bersama 3DS. Walaupun ia agak popular, namun saya tak rasa ia berjaya. BAgi saya 3D hanyalah satu gimik yang bukan untuk kesemua orang. Walaupun begitu pada P720 saya rasakan ia tidak dibuat dengan melebih. Ini adalah mungkin kerana walaupun namanya adalah 3D, 3D hanyalah sesuatu yang ekstra bagi P720.

Keseronokan Maksimum

Badan bagi telefon ini terasa amat kukuh sekali. 3D pada kamera telefon ini amat disukai saya dan terasa bagai budak yang baru terjumpa coklat. Dari segi hayat bateri pula, ia bergantung dengan berapa kuat kamu menggunakan 3D. Amat mengejutkan juga yang ia bertahan agak lama. Salah satu permainan yang datang dengan P720, Asphalt 3D dimainkan saya berjam – jam lamnya setiap hari (ya, memang saya ada banyak masa). Saya selalunya berhenti kerana telefon terasa bagai nak cair. Walaupun begitu, bateri tetap di dalam tahap yang memuaskan. Tanpa buat apa – apa sangat, ia dapat bertahan sampai sehari setengah.

Gile Panas

Bercakap tentang panas, efek 3D amat menguji pemproses dalamannya. Memang terasa benar kalau digunakan untuk waktu yang lama hingga mungkin ada risiko terbakar. Ataupun cair. Ataupun kedua – dua sekaligus. Mujurlah sebelum itu berlaku, bateri akan habis dulu. Cuma jangan cuba eksperimen ini di bawah matahari yang terik