Advertisement

Dua dibebas berhubung siasatan pembunuhan model

Kematian model Estonia: 7 dibebaskan dengan jaminan polis

Dua daripada tujuh lelaki yang ditahan berhubung kes pembunuhan model sambilan warga Estonia di Mersing awal bulan ini dibebaskan Selasa lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Hasnan Hassan berkata kedua-duanya dibebaskan setelah keterangan mereka selesai direkod.

Lima lagi lelaki yang berumur antara 25 hingga 35 tahun masih ditahan, katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata pihaknya sedang menunggu laporan penuh hasil bedah siasat dan ujian DNA mangsa serta akan merujuk kes kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya apabila siasatan selesai.

Orang ramai dinasihati tidak membuat spekulasi berhubung kes itu dan diminta menghubungi Bilik Gerakan Polis Johor di talian 07-2212999 sekiranya mempunyai maklumat berkaitan.

Model tersebut Regina Soosalu, 30, tiba di Pulau Rawa dekat Mersing pada 1 Julai sebelum ditemui lemas pada hari yang sama, yang pada mulanya dipercayai mati akibat lemas. – Bernama, 13 Julai, 2014.