Dua lagi ditahan berkaitan kes bunuh model Estonia

Polis Johor jumpa syarikat keselamatan susulan kejadian amuk

Dua lelaki ditahan tengah malam tadi berhubung kes pembunuhan model sambilan warga Estonia di Mersing.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Hasnan Hassan berkata kedua-duanya yang berumur 27 dan 30 tahun tinggal di Kuala Lumpur.

"Kedua-dua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Tinggi untuk direman dan ditahan sehingga 16 Julai ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam Hasnan berkata mayat mangsa yang dijumpai dalam laut di Pulau Rawa dekat Mersing awal bulan ini, pada mulanya dipercayai mati akibat lemas.

Regina Soosalu, 30, tiba di pulau itu pada 1 Julai sebelum ditemui lemas pada hari yang sama.

Sehingga semalam polis menahan enam individu di pulau berkenaan untuk membantu siasatan. – Bernama, 10 Julai, 2014.