EMPAT TAHUN PENTADBIRAN NAJIB: TARAF HIDUP RAKYAT MENINGKAT, EKONOMI MAKMUR

  • Now, Putrajaya denies giving RM100 million grant to bank-rejected firm

    Putrajaya today denied that it had awarded NSE Resources Corporation Malaysia Sdn Bhd (NSERC) a RM100 million grant, as claimed by a PKR leader. Malaysiakini reported that Deputy Science, Technology and Innovation Minister Datuk Abu Bakar Mohd Diah today revealed the list of grant recipients by his ministry. The list, which has more than... …

  • Obama to seek fresh start with Malaysia in overdue visit
    Obama to seek fresh start with Malaysia in overdue visit

    Barack Obama will this weekend become the first US president to visit Malaysia for nearly 50 years, seeking to put decades of uneasy relations behind him as both cast wary eyes on a rising China. Obama – who visits Saturday-Monday – is expected to tout the US's friendship with the economically thriving moderate Muslim nation. As one of... …

  • Malaysian jailed 8 weeks for Singapore border dash

    A Malaysian motorist who tried to dodge Singapore's border control has been jailed for eight weeks after a judge rejected his pleas that he was lost and overheating in his car, officials said today. Koh Chin Had, a 42-year-old poultry seller, tailgated another car passing through a raised barrier on April 13, triggering a security lockdown on... …

  • PKR denies holding prayers for 'martyr' Karpal

    PKR has denied that it will hold a 'thanksgiving' ceremony as well as prayers for 'martyred' DAP lawmaker Karpal Singh at PKR de facto leader Anwar Ibrahim's home tomorrow. This followed two widely circulated e-posters promoting the event online, bearing the logo of Anwar's fan club, the Anwar Ibrahim Club (AIC). "Example of Umno lies," Anwar tweeted when asked about the event said to be prayers for " syuhadah (martyr) Karpal". The poster features Anwar raising his hand in prayer behind …

  • KL school not allowed as Karpal memorial venue

    The Education Department has rejected the use of a school in Kuala Lumpur for a memorial service for Karpal Singh as it is perceived as a political event, said its organisers DAP in a press conference today. The memorial service was scheduled to be held tomorrow night at SJK(C) Chung Kwo near Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur, said acting DAP chairperson Tan Kok Wai. …

  • Student group not happy over Obama’s Universiti Malaya visit
    Student group not happy over Obama’s Universiti Malaya visit

    Student group Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) is against US President Barack Obama's (pic) scheduled visit to Universiti Malaya on Sunday where he is expected to host a town hall session with young leaders from Southeast Asia. In a statement, the student group said that this was because Obama had disappointed many quarters, including... …

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Taraf dan kualiti hidup rakyat semakin

baik, ekonomi negara semakin makmur manakala keadaan kewangan kerajaan terus

bugar dapat dirasai sepanjang empat tahun pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri

Najib Tun Razak.

Najib yang memegang tampuk pentadbiran negara mulai 3 April 2009 dan

memperkenalkan Gagasan 1Malaysia, komited melaksanakan yang terbaik dalam semua

aspek pembangunan negara, khusus untuk rakyat selaras dengan tema "Rakyat

Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Perjalanan Malaysia dalam menuju Wawasan 2020 untuk menjadi negara maju

berpendapatan tinggi mungkin dapat dicapai lebih awal apabila Program

Transformasi Kerajaan (GTP) yang dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun nyata

memberi kesan yang hebat terhadap kesejahteraan rakyat dan negara.

Hasil kejayaan negara boleh disaksikan daripada peningkatan Pendapatan

Negara Kasar (PNK) per kapita daripada US$257 pada tahun 1957 kepada US$9,970

pada tahun lepas.

Berdasarkan Laporan Tahunan Program Transformasi Nasional yang dibentangkan

Najib bulan lepas, kadar kemiskinan terus menurun daripada lebih 60 peratus pada

awal kemerdekaan kepada 1.7 peratus pada tahun 2012.

-- LAGI

NAJIB-EMPAT TAHUN 2 KUALA LUMPUR

Pendapatan isi rumah bulanan purata juga meningkat daripada RM4,025 pada

tahun 2009 kepada RM5,000 pada tahun lepas, menyebabkan kuasa beli rakyat

Malaysia adalah hampir dua kali ganda pendapatan per kapita yang ada.

Laporan itu juga menyebut bahawa kadar inflasi negara kekal berada di paras

yang rendah iaitu 1.2 peratus pada Disember 2012 iaitu antara yang terendah di

rantau ini.

Selaras dengan matlamat untuk menjadikan rakyat hidup dengan lebih selesa,

Najib memperkenalkan beberapa produk 1Malaysia bagi membantu mereka yang

berpendapatan rendah dan meringankan beban rakyat.

Pada pembentangan Belanjawan 2012, Najib mengumumkan bahawa Bantuan Rakyat

1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 diberi kepada isi rumah berpendapatan RM3,000

sebulan dan ke bawah dan ia memberi manfaat kepada lebih enam juta rakyat

Malaysia.

Bantuan itu kemudian diteruskan tahun ini dengan kriteria penerima diperluas

kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih

RM2,000 sebulan, yang akan menerima bantuan RM250.

-- LAGI

NAJIB-EMPAT TAHUN 3 KUALA LUMPUR

Ketika membentangkan laporan GTP bulan lepas, Najib turut mengumumkan bahawa

BR1M akan diteruskan dan dijadikan inisiatif tahunan, sekaligus menunjukkan

bahawa ia merupakan contoh terbaik iltizam kerajaan dalam menjunjung

kesejahteraan rakyat.

Melalui inisiatif jenama 1Malaysia juga, rakyat mempunyai alternatif

mendapatkan barangan keperluan harian dan perkhidmatan dengan kos yang secara

puratanya 20 hingga 40 peratus lebih rendah daripada harga pasaran.

Justeru, kerajaan pimpinannya telah memperluaskan lagi pembukaan Kedai

Rakyat 1Malaysia (KR1M), Klinik Rakyat 1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia,

pembinaan lebih banyak Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA), pemberian bantuan

Kebajikan Rakyat 1Malaysia (Karisma) dan Menu Rakyat 1Malaysia.

Krisis di Lahad Datu, Sabah, membuatkan Najib diuji hebat berhubung soal

keselamatan dan kedaulatan negara apabila pencerobohan pengganas bersenjata dari

Selatan Filipina berlaku Febuari lepas.

Nyata, beliau tidak gentar malah lantang bersuara menyampaikan mesej jelas

kepada kumpulan pengganas itu bahawa Sabah adalah hak Malaysia buat

selama-lamanya dan tegas menolak tawaran gesaan gencatan senjata.

-- LAGI

NAJIB-EMPAT TAHUN 4 KUALA LUMPUR

Bagi mengelakkan insiden seumpama itu berulang kembali, beliau telah

mengumumkan kewujudan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) meliputi 10 daerah di

Sabah sebagai memberi asas perundangan kepada Kawasan Keselamatan Timur Sabah

(ESSCOM).

Walaupun ada suara-suara sumbang yang mengatakan bahawa kejadian yang

menumpahkan darah ramai pasukan keselamatan negara dalam Operasi Daulat itu

sebagai sandiwara Umno, Najib menegaskan bahawa pengorbanan satria negara bukan

untuk diperlekehkan tetapi untuk dikenang dan dihargai semua rakyat.

Justeru, beliau mengumumkan penyerataan pangkat-pangkat dalam perkhidmatan

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia dengan Perkhidmatan

Awam Am berkuat kuasa 1 Januari tahun ini ketika berucap pada Majlis Perdana

Perkhidmatan Awam Ke-13 (MAPPA XIII) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

(PICC) bulan lepas.

Di samping untuk menghargai jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan negara,

langkah itu juga diyakini akan menaikkan semangat anggota pasukan keselamatan

itu untuk terus mempertahankan negara daripada pelbagai ancaman.

Di bawah Program Transformasi Komuniti, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC)

dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) ditubuhkan sebagai satu daripada langkah

strategik bagi mengembangkan permintaan untuk produk domestik, terutamanya

produk luar bandar.

-- LAGI

NAJIB-EMPAT TAHUN 5 KUALA LUMPUR

Berkonsepkan "Satu Hentian, Pelbagai Perkhidmatan", RTC pertama dibina di

Gopeng, Perak dan beberapa lagi dibuka di Kelantan, Melaka dan Pahang manakala

UTC pertama dilancarkan di Melaka, selain mini UTC yang ditempatkan di Sentul.

Umum mengetahui bahawa Parlimen akan dibubarkan secara automatik pada 30

April ini, justeru ramai yang ternanti-nanti pengumuman Najib bilakah beliau

akan membubarkan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13)

diadakan.

Najib yang akan mengetuai pasukan Barisan Nasional (BN) buat pertama

kalinya pada PRU kali ini mengatakan bahawa beliau memerlukan masa dan mahu

rakyat benar-benar merasai hasil dari segala dasar dan program yang dilaksanakan

di bawah GTP.

Beliau juga mahu kejayaan besar memihak kepada BN selain ingin menebus

kekecewaan PRU ke-12 pada 2008 apabila BN buat pertama kalinya hilang majoriti

dua per tiga di Parlimen serta empat negeri - Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan

Selangor kepada pembangkang.

Malah, pemilihan Najib sebagai Pengarah Pilihan Raya BN Selangor dilihat

mampu menyuntik semangat pemimpin parti komponen BN untuk berjuang habis-habisan

merampas kembali negeri itu.

-- LAGI

NAJIB-EMPAT TAHUN 6 KUALA LUMPUR

Pembangunan negara tidak akan tercapai sekiranya ekonomi negara tidak

stabil, sehubungan itu, beliau telah memperkenalkan Program Transformasi Ekonomi

(ETP) pada lewat tahun 2010.

Sejak ia dilancarkan, kadar pertumbuhan pelaburan swasta telah berkembang

lebih tiga kali ganda, mencatat peningkatan sebanyak 22 peratus pada tahun 2012,

ini menyaksikan bahawa sektor swasta memainkan peranan utama sebagai pemacu

ekonomi negara.

Agenda transformasi negara terus meniti kejayaan apabila Malaysia

mengukuhkan pelbagai tangga kedudukan di peringkat antarabangsa.

Mengikut World Bank Ease of Doing Business Report 2013, secara

keseluruhannya Malaysia merupakan negara ke-12 paling mesra perniagaan di dunia

selain menduduki tangga pertama dari segi akses kepada kemudahan kredit.

Malaysia juga adalah negara ke-14 paling berdaya saing di dunia, menurut

Institute of Management Development di dalam laporan World Competitiveness

Yearbook 2012/2013.

-- LAGI

NAJIB-EMPAT TAHUN 7 (AKHIR) KUALA LUMPUR

Globe Shopper Index oleh Economist Intelligence Unit menunjukkan Kuala

Lumpur sebagai pusat bandar beli belah kedua terbaik di Asia Pasifik.

Dalam pasaran modal pula, indeks KLCI Bursa Malaysia mencatat angka

tertinggi iaitu 1,688 mata pada 31 Disember tahun lepas.

Segala pengiktirafan global yang diberikan kepada Malaysia adalah satu

testimoni kejayaan kepada prakarsa GTP dan ETP sejak ia dilaksanakan dan

menunjukkan bahawa negara berada di landasan yang betul.

Najib dilihat bukan membuat pelbagai dasar yang hanya cantik dilihat di atas

kertas dan sedap didengar sahaja tetapi hasilnya dapat dirasai segenap

lapisan masyarakat.

-- BERNAMA

HAZ KNAA JM NH

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer The Malaysian Insider
    MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer

    The partner of an American passenger aboard the missing Malaysia Airlines flight MH370 has spoken about how a Fox executive who was recently sacked by the news station had contacted her offering to raise funds on her behalf. Sarah Bajc, whose partner Philip Wood is among the 239 people on board the missing plane, told the Sydney Morning Herald... …

  • MB: Only 29 days of water left in Selangor Malaysiakini

    Although heavy rain led to flash floods in parts of the Klang Valley yesterday, the Selangor government has said that taps will run completely dry in 29 days if rationing is not continued. "For now, we must continue with rationing as the level at the main dam, the Sungai Selangor dam, is below the critical level and can only last 29 days if rationing is not conducted," Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim said in a statement.   "We really hope the rakyat understands this situation and supports …

  • Dr Ling’s son chose wine over woman, court hears The Malaysian Insider
    Dr Ling’s son chose wine over woman, court hears

    The son of former MCA president Tun Dr Ling Liong Sik today reached an out of court settlement with his ex-girlfriend in a breach of contract suit over seven properties registered under their joint names. Ling Hee Leong and businesswoman Teh Chee Yen agreed to settle out of court after he took the stand briefly and testified that he had chosen... …