FELDA AKAN BINA RUMAH PASANG SIAP UNTUK GENERASI KEDUA - ISA SAMAD

LANGKAWI, 29 Sept (Bernama) -- Felda akan membina rumah pasang siap sebagai

rumah mampu milik untuk generasi kedua kerana langkah itu lebih cepat dan murah,

kata Pengerusinya Tan Sri Mohd Isa Samad.

"Rumah pasang siap ini ada beberapa model dan kita akan pilih model yang

sesuai berdasarkan keluasan tanah. Paling lewat kita boleh laksana Januari

tahun depan dan kita juga mampu bina lebih 4,000 unit setahun," katanya kepada

pemberita, di sini malam tadi.

Mohd Isa berkata pada masa ini terdapat kira-kira 40,000 generasi kedua

felda yang telah berkeluarga dan tidak berminat keluar dari tanah rancangan

serta masih menumpang di rumah ibu bapa.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan mesyuarat agung ketiga Majlis Belia

Felda Malaysia (MBFM), diminta mengulas mengenai Belanjawan 2013 yang dibentang

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen semalam.

Menerusi belanjawan itu, Felda antara lain diberi tanggungjawab membina

20,000 unit rumah untuk generasi baharu dalam tempoh lima tahun dan diperuntuk

RM60 juta bagi membaiki rumah tradisi di bawah program ''Kasih Felda''.

-- LAGI

BELANJAWAN-REAKSI (FELDA) 2 (AKHIR) LANGKAWI

Mengenai program ''Kasih Felda'', Mohd Isa berkata sebanyak 100 unit rumah

telah siap diperbaiki dan lebih 600 lagi dalam proses untuk dilaksanakan.

Katanya Felda membelanjakan lebih RM650 juta kepada peneroka menerusi

pinjaman sehingga RM40,000 masing-masing, bagi membina atau membaiki rumah.

Mohd Isa juga yakin Felda berupaya melaksanakan tanggungjawab yang diberi

kerajaan menerusi Belanjawan 2013.

Mengenai MBFM, beliau berkata badan itu merupakan pertubuhan belia paling

aktif dan berjaya di negara ini.

Mesyuarat itu dihadiri 180 perwakilan dari 317 rancangan Felda seluruh

negara dan antara agenda ialah memilih jawatankuasa baharu bagi penggal

2012/2014.

-- BERNAMA

ZAJ ZI NM

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer The Malaysian Insider
    MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer

    The partner of an American passenger aboard the missing Malaysia Airlines flight MH370 has spoken about how a Fox executive who was recently sacked by the news station had contacted her offering to raise funds on her behalf. Sarah Bajc, whose partner Philip Wood is among the 239 people on board the missing plane, told the Sydney Morning Herald... …

  • My last moments with Pa: Ramkarpal Singh The Malaysian Insider
    My last moments with Pa: Ramkarpal Singh

    A week after the tragic crash that took the lives of veteran lawyer and politician Karpal Singh and his personal aide, Michael Cornelius, his son Ramkarpal recounts the final hours with his father that fateful day. This is his story, as told to V. Anbalagan, assistant news editor. “My parents (Karpal and Gurmit) had gone to Pantai Hospital... …

  • In Disney's shadow, homeless families struggle Associated Press
    In Disney's shadow, homeless families struggle

    KISSIMMEE, Fla. (AP) — When they moved from Georgia to the theme park playground of central Florida four years ago, Anthony and Candice Johnson found work at a barbecue restaurant and a 7-Eleven. Their combined salaries nevertheless fell short of what they needed to rent an apartment, so the couple and their two children have instead been hopping among cheap motel rooms along U.S. 192. …