GAJI MINIMUM, CADANGAN KURSUS URUS KEWANGAN ELAK PENCARUM BERSARA 'MISKIN'

  • DAP to decide next week who will run in Bukit Gelugor by-election
    DAP to decide next week who will run in Bukit Gelugor by-election

    The DAP central executive committee will discuss candidature of the Bukit Gelugor parliamentary seat for the upcoming by-election when it meets next Monday. Its secretary-general Lim Guan Eng said party leaders have, in the meantime, been told to refrain from making any announcement on the by-election to avoid distortion by mainstream media.... …

  • Don’t forget Pakatan’s common agenda, DAP reminds PAS as hudud row escalates
    Don’t forget Pakatan’s common agenda, DAP reminds PAS as hudud row escalates

    DAP will not bow to threats and will continue to resist the implementation of hudud as it is clearly unconstitutional, a party lawmaker said today. Puchong MP Gobind Singh Deo (pic) said the party's stand on the Islamic penal law would not waver, especially as it was against the Pakatan Rakyat agenda. Gobind's father, the late Bukit Gelugor... …

  • Jalan Bukit Bintang stretch closed to traffic from today
    Jalan Bukit Bintang stretch closed to traffic from today

    The 500m stretch of Jalan Bukit Bintang between Chulan Square and Menara Worldwide will be closed to all traffic beginning today. Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), in a statement today, said the closure was because of road rectification works following the detection of a depression beneath the pedestrian walkway in Jalan Bukit... …

  • KLIA2 found up to the mark, says Hisham

    The International Civil Aviation Organisation (ICAO) has found the Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2) to be safe and that it meets international standards, says Acting Transport Minister Hishammuddin Hussein.   He said ICAO had prepared a preliminary technical audit report on April 18 and it had been tabled to the cabinet yesterday.   "I think we are on track and it makes me proud to say that what we have promised the public - that KLIA2 will open as scheduled - will happen," he said …

  • Dropping Tony Pua from forum will cost BN youth support, says former MCA veep
    Dropping Tony Pua from forum will cost BN youth support, says former MCA veep

    A former MCA vice-president has spoken out against the move by the Malaysia Summit Australia (MASA) Conference to drop opposition lawmaker Tony Pua from the forum, saying that it would cost Barisan Nasional crucial support from youths. In a series of tweets, Gan Ping Sieu (pic) said barring opposition leaders from the Pakatan Rakyat pact would... …

  • Search for MH370 looks set for next phase, says report
    Search for MH370 looks set for next phase, says report

    After almost seven fruitless week of searching for Malaysia Airlines flight MH370, international agencies involved in the hunt are negotiating how to manage the next phase of the operation, The Wall Street Journal (WSJ) said in a report. Malaysian and Australian officials are said to be hammering out a new agreement that will set out critical... …

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Tempoh persaraan merupakan momen paling

manis bagi seseorang setelah bergelumang dengan dunia pekerjaan sejak berpuluh

tahun lamanya.

Pastinya tempoh ini merupakan masa untuk berehat dan melakukan aktiviti

kegemaran yang tertangguh atau tidak boleh dilakukan sewenangnya sebelum ini

selain menghabiskan lebih banyak masa dengan orang tersayang.

Namun jumlah wang persaraan yang tidak begitu memberangsangkan mungkin

membantutkan semua keinginan ini malahan ada pesara masih terpaksa bekerja

kerana menghadapi masalah kewangan berikutan kegagalan mengurus wang caruman

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), satu-satunya tabung skim simpanan

persaraan di negara ini.

Mengikut kajian KWSP, 70 peratus daripada ahli yang terdiri daripada

pencarum tidak aktif mempunyai simpanan persaraan di bawah RM50,000 dan akan

menghabiskan caruman mereka antara tahun pertama hingga tahun kelima persaraan.

Tanpa kedudukan kewangan yang stabil seperti tabungan sendiri, tanpa pencen

atau anak-anak yang boleh menanggung pastinya situasi ini menjadi pencetus

pelbagai masalah kepada golongan pesara ini.

-- LAGI

KWSP-BERSARA 2 KUALA LUMPUR

Menurut Pengurus Kanan Perhubungan Awam KWSP Nik Effendi Jaafar, dengan

pengenalan gaji minimum, KWSP berharap langkah ini akan dapat membantu untuk

meningkatkan simpanan KWSP ahli.

"Sebab utama yang menyumbang kepada keadaan ini ialah disebabkan mereka

berpendapatan rendah menyebabkan sumbangan yang rendah dalam KWSP sehingga usia

persaraan mereka.

"Adalah amat diharapkan dengan pengenalan gaji minimum oleh kerajaan yang

dikuatkuasakan pelaksanaannya mulai tahun ini, ia akan meningkatkan simpanan

pencarum," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Bagaimanapun katanya, KWSP ingin mengingatkan ahli bahawa tanggungjawab KWSP

adalah hanya menyediakan jaminan asas kewangan bagi persaraan ahli dan ada

kemungkinan jumlah simpanan tersebut tidak mencukupi untuk membiayai keperluan

kewangan ahli sepanjang tempoh persaraan mereka.

Oleh itu katanya, ahli digalakkan untuk tidak bergantung sepenuhnya

terhadap simpanan KWSP seperti memilih saluran pelaburan lain sedia ada dalam

pasaran untuk meningkatkan simpanan persaraan.

-- LAGI

KWSP-BERSARA 3 KUALA LUMPUR

"Di samping itu, untuk mengelakkan simpanan KWSP ahli menjadi kurang, ahli

diingatkan hanya membuat pengeluaran prapersaraan apabila keadaan benar-benar

memerlukan sahaja. Lebih penting lagi, KWSP ingin menekankan faktor utama untuk

menghadapi persaraan yang selesa adalah melalui perancangan kewangan yang

baik," katanya.

Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM), Datuk Wan Mahmood Pawan

Teh berkata satu panel bagi memberi kursus selok-belok pengurusan kewangan

kepada bakal pesara perlu diwujudkan bagi membantu meningkatkan simpanan

dan mengurus kewangan selepas bersara.

"Contohnya ada pelbagai cadangan supaya pencarum ini melabur dalam pelbagai

syarikat pengurusan aset dan sebagainya namun tiada sebarang penerangan secara

terperinci daripada pihak kerajaan agar mereka tidak terdedah kepada sebarang

risiko kerugian atau penipuan.

"Tidak semua pencarum termasuk daripada sektor swasta dapat mengurus wang

secara bijak. Jadi kita mahu setiap pencarum memahami selok-belok menabung,

melabur, berniaga dan membelanjakan wang secara berhemah menjelang hari

persaraan," katanya.

Perunding Kewangan Bebas, Fiona Tahir berkata pada usia 55 tahun, jika

seseorang menerima wang KWSP melebihi RM100,000 sekali pun secara kasar, mereka

tidak boleh hidup selesa berbekalkan wang sebanyak itu.

Cara terbaik seseorang perlu ada simpanan lain dan mesti menyimpan wang dan

melabur sekurang-kurangnya 10 peratus daripada gaji bersih bulanannya.

-- LAGI

KWSP-BERSARA 4 (AKHIR) KUALA LUMPUR

"Jikalau kita menyimpan wang melalui simpanan biasa dengan pulangan rendah,

ini tidak bererti. Simpanan perlu dilaburkan pada instrumen pelaburan yang

memberi pulangan yang lebih tinggi daripada kadar inflasi," katanya.

Justeru, beliau menasihatkan pencarum KWSP supaya melabur dalam Unit Amanah

kerana ia dapat meningkatkan jumlah simpanan persaraan yang ada dengan risiko

yang amat rendah.

"Namun harus diingat unit amanah merupakan pelaburan jangka panjang bagi

perancangan kewangan ketika persaraan, untuk pendidikan anak-anak, atau untuk

hal-hal kecemasan terutama berkaitan dengan kesihatan," katanya.

Katanya setiap pelaburan termasuk hartanah, emas dan sebagainya tetap

mempunyai risiko dan setiap individu perlu mempunyai simpanan atau pelaburan

lain di luar KWSP sebagai persediaan menghadapi persaraan.

Beliau juga mengingatkan mereka supaya jangan terjebak dalam skim pelaburan

tertentu yang meragukan seperti skim cepat kaya yang menjanjikan keuntungan

tinggi dalam masa singkat.

-- BERNAMA

SYASA KHY RHM

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer The Malaysian Insider
    MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer

    The partner of an American passenger aboard the missing Malaysia Airlines flight MH370 has spoken about how a Fox executive who was recently sacked by the news station had contacted her offering to raise funds on her behalf. Sarah Bajc, whose partner Philip Wood is among the 239 people on board the missing plane, told the Sydney Morning Herald... …

  • My last moments with Pa: Ramkarpal Singh The Malaysian Insider
    My last moments with Pa: Ramkarpal Singh

    A week after the tragic crash that took the lives of veteran lawyer and politician Karpal Singh and his personal aide, Michael Cornelius, his son Ramkarpal recounts the final hours with his father that fateful day. This is his story, as told to V. Anbalagan, assistant news editor. “My parents (Karpal and Gurmit) had gone to Pantai Hospital... …

  • Absolute power corrupts absolutely, Dr Mahathir reminds current leaders The Malaysian Insider
    Absolute power corrupts absolutely, Dr Mahathir reminds current leaders

    Malaysian leaders have been reminded not to look down on the public’s capability to topple a corrupt government as what had happened in the Middle East during the Arab spring, warned Tun Dr Mahathir Mohamad (pic). In his latest blog posting today, the country’s longest serving prime minister said that monarchs and dictators in the Middle East... …